Alhamdulillah selesai sudah bersahur untuk kali ini, semua anak2 beri kerjasama yang baik termasuk si kecil kami iaitu Alya.
Seawal jam 4 pagi sudah berada didapur sediakan makanan untuk bersahur, tiba2 terdengar suara Alya kejutkan kakak dan abangnya, nasib baik dia tak meragam, itulah anak yang masih menyusu susu ibu, pantang ummi tiada disisi, cepat aje dia terjaga.
Anak2 sudah dibiasakan untuk mandi sebelum menjamah makanan, maklumlah diawal pagi selera makan agak berbeza berbanding waktu lain, sekurang2nya mereka dapat habiskan sepinggan nasi sebagai alas perut sepanjang hari berpuasa.
Punyai isi rumah yang ramai merupakan satu bonus buat kami, apabila makan dalam keadaan berebut2 menimbulkan suasana yang ceria (walaupun kadang2 memeningkan kepala melayan kerenah mereka yang pelbagai).
Hari ini anak2 bercuti sempena menyambut bulan ramadhan, seronoknya!!!









14 ulasan:
syok juga riuh2 cenggitu. lama dah tak rasa macam tu
Jemarioren
riuh rendah tanpa mengira waktu, hehehe
dapat bayangkan suasana tu.. maklumla ena pun adik beradik ramai juga.. memg meriah bila time nak bersahur dan berbuka, raya apatah lagi.. tp dah kawin ni raikan sahur & berbuka dengan family kecik kami je la.. huhu..
Bgsnya pagi2 dh mandi, seronoknya mmbygkan suasana mkn beramai2 mklumla pg2 mmg kurang selera mkn
sama la.. anak-anak saya pun semua jaga masa bersahur... boleh terbayang riuh rendah bila keluarga besar :)
selamat berpuasa... semoga kita sama-sama beroleh keberkatan, Insya Allah :)
salam ummi laya..selamat berpuasa!
ena
sonokkan!!
ajumohit
kalu mandi berselera sikit dorang makan
nur
tu yg bestnya
azatie
selamat berpuasa
alya yg kejutkan?hihi comelnya.hihi
jat sorg je kak sebualan puasa ni.sedih je.
Jat
alahai siannya.. jomlah sama kami!!!
awalnya akak bersahur ye..hehe
ayu
akak kena bgun masak, tak suka lauk yg dipanaskan semula
Catat Ulasan