Isnin, 30 Disember 2013
Sabtu, 28 Disember 2013
Sabtu, 28 Disember 2013
Hari kedua part 3
Buah hati pengarang jantung kami
sorang dah tarik diri, dari dulu mmg tak minat bergambar
nak main 'game' cenggini, kena beli ezicash, min RM20 sekali topup, kejap jer melayang duit tu..
Si sulung beratur membeli tiket (indoor - family 2 dewasa, 2 kanak2 RM109), sekarang ini 'Taman Tema Luar - Outdoor ditutup selama 2 tahun untuk kerja2 menaiktaraf, memasing KECEWA..
Permainan 1
Permainan 2
Permainan 3
(3 permainan untuk RM109, berbaloi tak?)
Anak2 makin kecewa & mood merundum +++ termasuk si ibu, semangat untuk bermain salji & masuk ke rumah hantu terbantut, si sulung langsung tidak menunjukkan minat gara2 tiket agak mahal yang dikenakan, kononnya kesiankan kami le tu, jadi adik2pun sama, xmo masuk walaupun diberi kata2 semangat.
Akhirnya si sulung terjebak dengan permainan 'silap mata'.
Pose terakhir sebelum melangkah keluar..
'Outdoor' dalam pengubahsuaian..
Nota: Percutian kali ini PALING teruk & AMAT membosankan, ingatkan seperti 'Trip ke Genting Highlands' sebelum ini.
Kalau setakat nak bermain permainan 'indoor', baik ke 'Funfair' tapi jika sekadar membawa anak2 merasai pengalaman menaiki kereta kabel, kira ok le, bak kata lain - positifkan minda.
Rabu, 25 Disember 2013
Selasa, 24 Disember 2013
Selasa, 24 Disember 2013
Hari kedua part 2
Pose teristimewa pembuka bicara
Pastinya model cilik memenuhi entri ini..
Sebelum menaiki kereta kabel
Agak ketakutan..
Hampir boleh tersenyum.
Tempek gambar si kakak sekeping sebagai kenangan
Paling penting anak2 dapat naik kereta kabel..
Keluarga besar kami..
Bersambung daa..
Isnin, 23 Disember 2013
Isnin, 23 Disember 2013
Hari kedua..
Berposing di lobi hotel selepas 'checkout' untuk ke destinasi seterusnya.
psstt: Model 'Flowergirl' tak berbayar, kononnya baju 'puteri' yang dipilih oleh Alya sendiri..
Agak2nya Alya berposing kat mana ni?
Ahad, 22 Disember 2013
Ahad, 22 Disember 2013
destinasi kini
Bercuti bersama keluarga sambil membeli keperluan persekolahan anak2 (Bajet TEROVER sudah tapi barang mereka belum lengkap lagi, nampak gayanya bersambung esok ajelah)
Urmm itu le sapa suh singgah SOGO dulu siang tadi, kan dah rambang mata, anak2 mulalah mengambil kesempatan ke atas ibu mereka, memasing ada bahagian mereka.. dasar orang kg tapi citarasa bandar, mmg gitu gayanya)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CPUV ke 61/2013
INTI Cycle 1 Degree, rupanya daku masih disayangi dek Nufnang
Khamis, 19 Disember 2013
Khamis, 19 Disember 2013
Gara2 Nasi Bujang
Lewat malam tadi setelah anak teruna selesai bermain bola di padang, dia membawa balik 2 bungkus 'nasi bujang' (baru tau nasi bujangpun ada) RM2.50/bungkus yang dibeli dari restoran berhampiran taman perumahan ini.
Ia terdiri dari nasi putih (sederhana banyak) + telur dadar sepotong + sup shj (tanpa daging), "urmmmmm gamaknya budak2 ni teringin nak makan sup tulang kot", itulah yang terdetik di hati seorang ibu.
Bajet Ibu Mithali
Nasi Goreng
Khas buat sarapan si teruna yang akan menghadiri 'Kursus Undang2' - Lesen Memandu Kereta. (RM940 sebab sudah punyai Lesen Motor (P).
Nota: Biasanya waktu cuti cenggini, 'terlewat sikit' menyediakan menu untuk sarapan, maklum le si ibunya 'terlebih rajin'.
Selasa, 17 Disember 2013
Selasa, 17 Disember 2013
Lemau
Seiring cuti panjang, mood berblogpun agak lemau, ketandusan idea gitu, untungnya dak Alya, kalau boleh 24jam nak berkepit, langsung xmo berenggang, pantang si ibu masuk ke bilik air, terus diasak pertanyaan "Ummi pergi kerja ke hari ni? sian Alya", gamaknya anak bongsu memang cenggitu kot??, terlebih2 manja..
Hari ini plan nak buatkan 'ic' si kakak, besar daa anak dara kami, pejam celik pejam celik dah berusia 12 tahun, cepatnya masa berlalu, kalau orang 'dolu2' sibuk bermajlis bagai, kiranya mak bapak 'depa' dapat menantu daa, ahakkkk...
Cam biasa, dak tecik ni yang lebih2, abis 'terburai hiasan' bagai sementara nak tunggu masa untuk dihidangkan..
Sabtu, 14 Disember 2013
Sabtu, 14 Disember 2013
'perahsan..'
(tersilau le pulak..)
"Ummi.. Alya cantik tak?, ambil le gambar Alya, nanti ummi letak dalam komputer ya..."
"Urmmmmmm kali ini ummi xmo jawab, biarlah auntie kt luar sana tolong jawab bagi pihak ummi...."
Nota: Memang cengginilah sesapa yang punyai anak pompuan, kejanya MELAWA jer..
Laporan terkini
Bersiaran dari bilik penginapan
Modus luaskan sistem perparitan setelah banjir besar melanda daerah Kuantan hampir 2 minggu lepas, mudah2an selepas ini semuanya berkeadaan baik. Aamiin..
Khamis, 12 Disember 2013
Rabu, 11 Disember 2013
Rabu, 11 Disember 2013
duit lagi..
Sepanjang hari 'line' tenet cam siput, asik berputar2 kat atas tu, tetap xmo 'loading', udah namanya blogger tegar (biarpun tak sempat nak 'bw' sampai lebam dek kekangan masa), nak tak nak kena tambah GB lagi, baru le ia laju selajunya..
"Celcom2, pandai KAMU deh...."
Selasa, 10 Disember 2013
Selasa, 10 Disember 2013
busybody
Tidak terpilih..
Nota: Alorrrrr bukan orang lainpun - anak sendiri, pastinya WAJIB ambil peduli, iya idok?
Ahad, 8 Disember 2013
Ahad, 8 Disember 2013
pusingan 360'
Perjalanan tanpa dirancang, tiba2 kami menuju ke Cameron Highlands, kebetulan baru bawa balik seorang anak buah ke rumah petang kelmarin sempena cuti sekolah.
Hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami
Singgah minum teh
Alya bersama sepupunya
Alorrrr kakak, mencuka jer mulut tu, tau le ngidam x dpt makan ayam panggang, xder lak dalam menu kat sana, tak comel nak oiiiiiiiiii..
Cam biasa, posing maut Alya..
Sekejap jer berada di sini sebab anak buah 'bad mood', mabuk kenderaan & tiba2 dia menangis terisak2 rindukan familinya, jadi kami mengambil keputusan untuk menghantar dia segera balik ke pangkuan keluarganya, kain baju kami akan pulangkan kemudian.
urmmmm nampak gayanya, perjalanan kali ini kurang seronok apabila melihat dia di dalam keadaan sedemikian rupa, maklumlah tak pernah berpisah lama dengan keluarganya.
Sekurang2nya kami berpuas hati sebab hajat dia nak datang bercuti ke rumah walau seketika tercapai jua, sebelum ini kakak & abangnya kemari.
Perjalanan dari Cameron Highlands ke Gua Musang betul2 mencabar terutama hubby selaku pemandu, kabus terlampau tebal & ia menghalang penglihatan jarak dekat apatah lagi jarak jauh.
Akhirnya hampir jam 12 t/malam baru sampai ke teratak kami di daerah terpencil ini, alhamdulillah..
Labels:
Alya,
Cameron Highlands,
keluarga,
syamimi,
ummi
Langgan:
Catatan (Atom)













