Ahad, 30 September 2012

Ahad, 30 September 2012

anak2 & taman permainan

Anak2 memang pantang 'terjumpa' taman permainan, mesti singgah tanpa mengira masa dan ketika hatta di bawah cahaya matahari terik sekalipun.
sayangnya ia tak sesuai untuk kanak2 seusia 3 tahun, bahayakan!!!



tak boleh bermain, ambil gambarpun jadilah...

Sabtu, 29 September 2012

Sabtu, 29 September 2012

selingan lagi...

Sebelum balik kampung semalam, sempat lagi menyiapkan tempahan Kek Coklat (ala2 muffin) & Apam Polkadot/Angre Bird.

Masih di dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan pic angre bird yang cun...

Jumaat, 28 September 2012

Jumaat, 28 September 2012

Balik kg..

Insya Allah selepas solat jumaat kami balik kampung, ada tahlil 40 hari pemergian adik ipar & majlis aqiqah anak buah, doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik, aminnnn...

terharu..

Sangat2 terharu terhadap kalian yang sentiasa berikan sokongan padu sesama kita walaupun cuma berkenalan  di alam maya, antaranya:


maka hasilnya:

tertempek bersama iklan teman2 yang lain.




begitu juga:-

hasilnya


Kalian di antara sahabat2 yang akak kenali di alam maya.

Nota: Teman2 nak sample ke? Insya Allah 5 pengkomen terawal entri ini akan menerima contoh 'Minuman Kopi Barli' ini, buat kalian emailkan nama & alamat ke umialeeya@gmail.com.

Fieda & IntaNBerlian tak dikira ya...

Rabu, 26 September 2012

Rabu, 26 September 2012

Rezeki di pagi rabu

Alhamdulillah rezeki Dak Alya, awal2 pagi bakal dapat hadiah berupa sehelai baju T-Shirt hasil Mini Giveaway 7 anjuran Intan Berlian. Saya pasti rata2 teman sudah mengenali blogger yang sedang femes sekarang ni.



No. 9 pemiliknya....

Nur Alya Afiqah

Terima kasih buat pihak penganjur & juga buat Alisha, "Alya sayang semua, muahhhhhhhhhh!!!!!"

Selasa, 25 September 2012

Selasa, 25 September 2012

terkini - tq Nuffnang

 
Terbaru 5 BE sedang bermain2 di lamanku tapi... "trafficnya lancar tanpa jammed yang teruk", nak wat camner, entrinya idok memenuhi piawaian, apa2pn syukur alhamdulillah, ader rezeki buat anak2..

bila lapar...

Kesian ibu kucing kepunyaan jiran, ia kelaparan dan yang menjadi mangsanya ialah:


Dak Alya..

Ketika asyik menjamu selera, tiba2 diambilnya lauk ayam yang berada di depan mata,  menangis budak kecil ini sebelum diganti makanan yang lain.

Sabtu, 22 September 2012

Sabtu, 22 September 2012

Channel percuma - Astro

Bermula hari ini hingga 24 Sept, Astro bermurah hati untuk berikan channel percuma kepada pelanggannya,  apa lagi jom kita serbu beberapa channel seperti HBO, Disney dsb.

Nota: Jika hari2 dapat 'free' kan lagi bagus tu...

 


Mimpi..

Gara2 mimpi daku tersedar lewat (waktu subuh le mimpi enak2 mai, apa daa..), sudah le pagi ni  anak2 bersekolah ganti, kelam kelibut kami jadinya, mana nak siapkan anak2 & juga sarapan pagi untuk mereka..

Hubby lak belum balik dari masjid, ingatkan dia terlupa mengenai cuti gantian ini, rupanya tersadar kat sana tak boleh balik dek hujan turun agak lebat. (naik motor jer pg tadi..)

Pagi ini mereka cuma bersarapan dengan susu penuh krim magnolia + roti jer, bagi menutup kesalahanku sebagai ibu, bagi le duit lebih kat dorang, siap berpesan lagi: "rehat nanti beli nasi ya, jangan tak beli, nanti lapar.." (si abang agak 'berkira' sikit nak berbelanja kat kantin, dia rela berlapar sepanjang hari, paling2 tidakpun beli kuih jer seketul..).

Jumaat, 21 September 2012

Jumaat, 21 September 2012

Angan2

Berangan2 nak dapatkan ini..
Oven yang 'besar & sebesarnya', sebaik2nya boleh bakar biskut satu adunan terus, jimatkan masa dan tenaga, gitu juga jika bakar muffin, idok perlu le nak tunggu 6 biji sekali masak, hentam jer 'labu' dalam tu semua, kang senang kerja tu...

Kat rumah bukannya xder oven tapi 'makcik' punya kecik sangat, yalah cuma jenama butterfly tapi ia sudah berjasa sejak berbelas tahun lepas 


Stand Mixer

Yang nipun nak jugak, senangkan jika nak buat roti, idok le lenguh tangan dok uli adunannya nak bagi naik berkali2 ganda, lagipun maner tau suatu hari nanti tiba2 terajin membuka tempahan untuk jualan tapi ader ke orang yang nak order?

Angan2 jelah dulu Makcik Tini oiiiiiiiii, buat masa sekarang, kerja rajin2, capai dulu Sasaran Kerja Tahunan yang diberikan oleh Majikan tu...

pssssstttttt: Sapa tau rega kedua2 peralatan itu?

Khamis, 20 September 2012

Khamis, 20 September 2012

al fatihah..

Petang ini kami dikejutkan oleh pemergian teman sekerja lama ke rahmatullah akibat kanser mulut, sudah bertahun beliau menderita dan terlantar sakit.

Al fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat, amin..

Rabu, 19 September 2012

Rabu, 19 September 2012

khabar angin..

Baru menerima panggilan teman sejawat dari daerah lain

Teman   :   "Betul ke suami sis sakit..."
Saya      :   "Hahhhh  (terkejut...).. cer ulang sekali lagi, saya tak jelas", bukan tak dengar tapi was2 betul kah yang ku dengar ini..
Teman   :  "Dengar khabar suami sis sakit, tak tau le kot2 saya tersilap dengar tadi.." (kiranya dia mewakili teman2 yang lain...)
Saya      :   "bla. bla. bla,..... Terima kasih ya kerana ambil berat tentang kami..."

Saya terpaksa ulas panjang mengesahkan bahawasanya hubby berada di dalam keadaan sihat wal'afiat, entah gimana khabar2 angin cenggini boleh bertiup kencang nun jauh di sana...

Terima kasih teman kerana sentiasa bersama dikala suka dan duka.

Selasa, 18 September 2012

Selasa, 18 September 2012

tk Nuffnang..

Alhamdulillah sejak dua menjak ni Nuffnang sangat bermurah hati berikan beberapa "BE Nuffnang" terhadap kedua2 laman ini, hurmmm dapat le nanti belikan sesuatu buat si manja kami.. 

 Terima kasih tak terhingga buat teman2 yang sudi bertandang ke sini w/pun setiap hari dihidangkan entri - 'suam2 kuku'.

Gembira dapat berkenalan dengan kalian meskipun di alam maya cuma.

Isnin, 17 September 2012

Isnin, 17 September 2012

bolehkan?

Syawal sudahpun berlalu tapi hari ini diriku buat makan2 lak, ajak anak buah kat pejabat & teman2 rapat, aci tak?,  maklum le sepanjang hujung minggu kebelakangan ini jarang2 berada di rumah, berjalan ajer kerja kami laki bini.  Duit dah agak2 kering baru le reti nak dok rumah.

Walaupun tak ramai tapi terfikir nak siapkan 2-3 menu pilihan, yalah selera masing2 berbeza, teman2 diluar sana tu, sesapa yang dekat2 silalah ke rumah....

Sabtu, 15 September 2012

Sabtu, 15 September 2012

amin..

Alhamdulillah setelah agak lama kemarau, petang ni hujan turun biarpun seketika cuma, patut le seharian kami terasa bahangnya dan badan letih tidak bermaya. Ingatkan umur yang semakin meningkat @ disebabkn bendera merah mari, ngeeehh...

Nota: Butter dok kt luar dari tadi lagi, nak masak aper ye?, kejap nak buat kulit tart buah, kejap kek pelangi, kejap bla. bla. bla.. akhirnya abukpn tarak, alahai tini, entri entah aper2..


Jumaat, 14 September 2012

Jumaat, 14 September 2012

Segmen Pencarian Bloglist Sept - Okt


Nota: gara2 ngantuk.. mgkn knyang kot slps kuar beraya kat pejabat sebelah, itu le cari segmen cenggini




Khamis, 13 September 2012

Khamis, 13 September 2012

misi malam ini..

Esok ada jamuan raya di sekolah anak, justeru itu saya kukuskan 'apam polkadot' sebagai bekalan, setiap kali kuih ini masak sekejap jer habis dipunggah dek hero & heroin, mereka makan bersama anak jiran.

Akhirnya tinggal beberapa ketul, itupun sebab saya cepat2 ambil dan masukkan ke dalam bekas untuk di simpan. Kang melopong anak manja ummi pagi esok apabila tak kesampaian nak bawa kuih ke sekolah.

Anak jiran siap berbisik ke telinga anak: "minta le ummi buat lagi, jualpun xper, saya nak beli, sedap.. tak sama ngan kuih lain.."

Setelah beberapa kali mencuba, saya ubahsuai resepi yang asal, jika sebelum ini, apabila sejuk jer, kuih ini agak keras dan setelah diubah suai sukatannya, ia memang lembut & sedap walaupun sudah semalaman.

Apam Polkadot

Sukatan terkini yang saya gunakan ialah:
4 biji telur (gred B) - simpan dalam peti sejuk
1 cawan susu segar / cair
200 gm gula caster
1 cam. kecil ovallete
260 gm tepung
3 cam. kecil baking powder
sedikit esen vanila
(Pewarna-ikut suka nak berapa jenis) 

Filing secukupnya.. (Terpulanglah nak letak inti apapun)

1) Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga adunan naik sekali ganda

2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titis pewarna ikut kesukaan. Masukkan ke dalam piping bag @ beg plastik yang bersih (buat lubang kecil di hujungnya)

3) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas yang diletak ke dalam acuan lompang (isi separuh dulu), masukkan filing dan picit adunan berlainan warna hingga 3/4 acuan.

4) Titis (dot. dot) ikut warna kesukaan, kukus guna api sederhana sehingga masak.

kena kompaun..

Terkejut pabila balik tadi dapat surat "Notis Tuntutan Kompaun' bagi kesalahan meletak kenderaan di luar petak beberapa bulan lepas, ini mesti kerja hubby & dia sembunyikan perkara ini daripada pengetahuanku.

Jika awal2 bayar, idok le naik sekali ganda, hurmmmmmmm sabo ajelah..

yang mana satu...??

sumber: majalah ujang

Jawapan ini bukan hanya boleh digunakan untuk pengguna facebook sahaja, akan tetapi boleh diguna pakai untuk 'blogger' seperti diri ini.

Kebanyakan entri saya mengenai kisah2 percutian kami sekeluarga, gamaknya boleh masuk ke dalam kategori 'BERLAGAK' kot, ohhhhhhh tidakkkkkkkkkkkk... pengakuan jujurku, laman ini dibuka sebagai kenang2an buat anak2 apabila mereka dewasa kelak..

Rasa2nya kalian boleh masuk ke dalam kategori mana?

alahai anak..

Apabila punyai anak2 yang sedang membesar, macam2 kerenah, setiap daripada mereka punyai kelebihan dan kelemahan masing2.

Si abang sulung  jenis yang cool jer, marah le sebanyak mana sekalipun, diam membisu tetapi ligat semacam, pantang kunci motor ader depan mata, kejap je menghilangkan diri, beberapa kali daa motor tu bertukar cover dek penangan dia, hari2 dia berada di asrama, rasa tenang jer hati ummi dan abah tapi balik di hujung minggu terus gundah gulana, memang tak tenang..

Anak kedua lak, pantang tinggikan suara @ membantah kata2nya, air muka terus berubah dan mulutnya tak henti2 membebel ntah aper2 seakan orang lama2, kiranya melawan le tu sambil air mata mengalir laju. Sensitif sangat..

Anak dara yang ketiga lak, sangat2 'pemalas', kertas berterabur depan matapun boleh wat derk ajer, bila disuruhnya, antara dengar tak dengar, maner le kami tak bising hari2. Ingatkan dapat anak dara leh di bawa menolong ke dapur tapi....

Si Alya pulak, masih belum boleh dijangka, kecil lagi, setakat ni sudah tunjuk minat memasak, pantang buat kuih, sibuk le dia ke dapur membantu apa yang patut - pukul adunan kek dsb...

Gitu jugak mengenai makanan dan minuman, setiap mereka punyai selera yang berlainan KECUALI ayam masak tempoyak aka gulai masam dan bihun sup / soto / yang sewaktu dengannya, rasa2nya semasa mereka kecil2 dulu, kami suapkan makanan yang sama jer setiap daripada mereka. hurmmmmmm..

Selasa, 11 September 2012

Selasa, 11 September 2012

Percutian Tanpa Dirancang part 3

Entri terakhir mengenai percutian kami, nanti teman2 jemu pulak tengok gambar2 di lokasi sama jer, bukannya apa, ia sekadar kenangan untuk tatapan anak2 apabila mereka dewasa nanti..

Masih lagi kisah mengenai percutian kami di Cameron Highlands..


gaya xleh blah.. hihihi



 tak tau le, bila gamaknya Alya nak ubah stail berposing.. asik lentok kepala jer..
 

gaya 1 Malaysia x pnah 'miss'..

bergambar di kedai jualan bunga2an - cactus..

 Berehat seketika di Tanah Rata, makan2 tapi tak ambil gambarpun..



 
Beralih ke Ladang Teh pula..





  Tempat wajib untuk bergambar..

Isnin, 10 September 2012

Isnin, 10 September 2012

Percutian Tanpa Dirancang part 2

Seharian hujan turun renyai2 dan kami menggigil kesejukan tapi ia bukan halangan untuk terus menikmati keindahan alam di Cameron Highlands.


 
stail Alya dari dulu hingga kini

si kakak

Alya

 cucu sedara -Faiz


Alya & Faiz


Anak saudara sulung (hampir sama usia kami) & kakak

 sessi alas perut, semua makanan dihiasi strawberi & krim

Faris & Alya


Alya pinjam bunga jap ntuk bergambar..

 tertarik ngan buah anggur ni, ia betul2 buat kami tergoda, sedapnya.....

bersambung lagi...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang