Memaparkan catatan dengan label syafiq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syafiq. Papar semua catatan

Isnin, 15 Februari 2021

Isnin, 15 Februari 2021

Risiko ada di mana-mana

 

"Ya Allah, jagalah dia untukku, aamiin"

Hubungan rapat dengan rakan.


Moga keputusan ujian covid 19 anak bujang nanti adalah negatif,  aamiin..  

.............

Kemaskini: Alhamdulillah  keputusan negatif,  hanya perlu jalani kuarantin selama beberapa hari, tugasan harian sebagai frontliner 'memanggil2' 😊😊😊

Jumaat, 13 November 2020

Jumaat, 13 November 2020

Tempoh Kuarantin 2 minggu..

Alhamdulillah si bujang telah menamatkan tugasannya di Tawau, Sabah. 

Sebaik tiba ke KLIA,  terus di bawa ke tempat penginapan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu, setiap seorang diberi bilik berasingan. 


Makan minum disediakan 3 kali sehari,  gayanya tempoh 2 minggu adalah sessi mengemukkan badan, nasib awaklah anak,  sikit hari lagi bakal mewarisi gen bapanya, hu3

Nikmat apa lagi harus didustai.. 

Nota: Esok pula nak ambil adiknya di KLIA2, bujang junior dapat pelepasan balik dari Sarawak, petang nanti perlu ke Balai Polis untuk dapatkan permit perjalanan, harap2 diluluskan. 

Semalam dah pergi tapi tak berjaya, perlu mohon dalam tempoh 24 jam dan berpakaian rasmi lengkap, lelaki - baju kerkolar dan berkasut) 

Akhirnya... 
 
Agak2 nak kuarantinkan dia di mana?  😁

Ahad, 11 Oktober 2020

Ahad, 11 Oktober 2020

Doa dari kejauhan


Demi Agama,  Bangsa dan Negara,  tunaikan amanah yang diberi. 

Moga Abang baik2 sahaja di sana. 

#SabahNegeridiBawahBayu #YaAllahjagakandiauntukku #Frontliners #CegahCovid


Simpan sebagai kenangan.. 








Rabu, 1 April 2020

Rabu, 1 April 2020

Doa dari kejauhan..

Semalam 31/03/2020 merupakan hari pertama anak bujang melaporkan diri sebagai salah seorang anggota kesihatan, moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya, aamiin..

Alhamdulillah nasib baik anak lelaki, maka tiada kegusaran di hati kami walaupun dia memandu keseorangan tanpa ditemani ibubapa, lagipun Malaysia kini di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita perlu patuhi arahan agar wabak ini (covid-19) segera berlalu dan menyelamatkan semua.


Ingat abang pesanan, "Kita kerja dan menolong orang kerana Allah, barulah ada keberkatan"

😂😂😂

~~~~~~

Jumaat, 1 November 2019

Jumaat, 1 November 2019

Throwback 21/10/19

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Konvokesyen anak bujang.


Tahniah abang, moga ia jadi pemangkin untuk adik,2

Psttt: Kemain lagi semangat duduk di kerusi depan sekali ☺

Khamis, 5 Oktober 2017

Khamis, 5 Oktober 2017

Alahai anak..

Status WhatsApp anak bujang di utara..  

Walaupun lempeng cuma,  ia tetap menjadi pujaan, korang ada?  😂😂😂

Minggu lepas,  pos sambal hitam buat bujang junior yang berada di seberang lautan, jadilah sebagai pengganti diri. 

Demi anak,  si ibu gigih ke dapur siapkan bekalan sambal hitam.

Pengubat hati kami



Khamis, 5 Mei 2016

Khamis, 5 Mei 2016

Misi mencari Laksa Ikan Sekoq, jommmmm..

Sejak dua menjak anak bujang merantau nun jauh di utara, boleh dikatakan setiap bulan kami ke sana, bayangkan dari bulan Januari hingga April tahun ini, sudah 4 kali kami ke sana, meredah perjalanan yang jauh.

Terbaru pada minggu lepas, seawal jam 3 pagi kami bertolak dari sini, seram juga bila terpaksa melalui jalan berbukit & sunyi sepi, tiada line telefon, dengan erti kata lain di tengah2 hutan sebelum singgah di Masjid Ringlet, Cameron Highlands tepat jam 5:30 pagi untuk solat subuh.

Entah le bapanya, di hatinya ada taman, rindukan anak bujang le tu, bukan seperti si ibu, berhati batu, keras & sekerasnya, ishhhhhhhhhhhhhhh tak kuasa nak kenangkan orang jauh, hu3..

Bila berada di Bandaraya Alor Setar, rugi jika tidak singgah membeli makanan, bukan apa, amat murah jika berbanding dengan daerah sini, bayangkan "Chicken Chop" baru berharga RM3.90 hingga RM5.00, Ayam Goreng Celup Tepung RM 1/ketul, Sate RM0.35/1 cucuk walaupun hakikatnya setiap kali ke sana, tidak pernah lupa lagi membawa bersama beras, bawang dan sebagainya, masak tetap masak, maklumlah Ibu Mithali (masuk bakul, angkat sendiri k...), kiranya membeli makanan lain adalah sampingan.

Sepagi kami mencari gerai menjual 'Laksa Ikan Sekoq', mengidam katanya, menurut rakan, ada berhampiran Istana Negeri, Jalan Anak Bukit,  malangnya sampai kesudah kami tidak ketemu.

Akhirnya setelah bertanyakan tuan kedai semasa singgah makan tengahari sebelum 'check in' homestay, kami ketemu juga dengan kedai menjual Laksa Ikan Sekoq, Jalan Gangsa Mergong, memandangkan baru selesai makan tengahari, kami beli bungkus & makan di homestay.

 RM4 sepinggan

Sebelum balik ke destinasi, kami menyinggah lagi membeli beberapa bungkus Laksa Ikan Sekoq dan Nasi Ayam Tat sebagai bekalan, maklumlah setelah beberapa kali singgah di R&R, makanan yang terjual di sana tidak menepati selera kami.

 
Tidak berpuas hati makan Laksa Ikan Sekoq di sana, balik ke rumah masak sendiri & bawa bekal ke pejabat, ubahsuai menu ikut citarasa - "masam, masin, pedas" secukupnya, barulah ada urmmmmmmmmmmmmmm..

 
Makan le sepuas hati UA oiiiiiiiiiiii, xder siapa nak larangpun. 

Selain dari Laksa Ikan Sekoq, rugi kiranya tidak singgah di "Zakaria Laksa Teluk Kechai", kuahnya memang cair dan yang unik, ia di tambah dengan "Sambal Nyior" sebagai pemekat & penyedap kuah, paling suka, ia menggunakan laksa yang dibuat sendiri, mula terbayang kuah lemak jika digadingkan dengan laksa segar, fuhhhhhhhhhhh mantop, pergi sekali lagi, wajib terjah...

Harganya murah jer iaitu RM14/1kg, ikut timbangan laksa, ia lengkap dengan kuah, ulam dan sambal kelapa

Malangnya anak2 tak gemar laksa jenis ini, bayangkan kami suami isteri kena habiskan laksa 1kg, itulah gelojoh sangat, apa salahnya beli 1/2kg jer...

Sememangnya tak mampu weyhhhhhh nak habiskan, maka terpaksa simpan untuk sarapan pagi.

 
Wajah anak manja umi yang tidak terurus & kepenatan sebagai penyeri laman.

Sabtu, 23 April 2016

Sabtu, 23 April 2016

Ke sini pula...

 
Siapa tau gambar ini kat mana?

Kenangan di Muzium Kota Kuala Kedah

 

 
Gambar curi..

pssstttt: susah betul nak ambil gambar mereka..

 Jika ke mari, rugi jika tidak merasa Laksa Kedah.

Pasni ini nak cari Laksa Ikan Sekoq..

Jika tak fikir anak bujang merantau nun jauh di sana, tak ingin ke sana

Perjalanan yang jauh

 Penuh onak dan duri

 
Itu ia, pokok tumbang menghalang perjalanan

 
Momentum terindah, susahnya nak tengok 2 beradik terlentok begini, kalau idok bak kucing & anjing, bercakaran.

11 jam weyhhhhhhhhhhhhh perjalanan, penat, itulah yang perlu kami lalui di dalam tempoh beberapa tahun ini, yappp.. selagi si bujang masih di sana merantau demi masa depannya.

Buat abang di sana, belajar rajin2, jangan mudah berputus asa, bak kata pepatah "alang2 celuk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".

Final pertengahan Mei nanti - "Good Luck, moga kejayaan bersama abang, aamiin..."

"Abang fikir senang " itulah di antara keluh resah si bujang, mentang2 le dia tengok si ibu enjoy jer dengan tugasan padahal penuh dengan pelbagai cabaran.

Nota: 2 bulan ++ tanpa entri.

Jumaat, 25 Disember 2015

Jumaat, 25 Disember 2015

Penghargaan

dari PTPTN

Sedar tak sedar sudah beberapa kali dalam bulan Disember saya transfer RM melalui sistem TAP Bank Islam, ia bagi membayar Pinjaman PTPTN anakanda setelah menarik diri dari pengajian di UiTM awal Disember yang lalu.

Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin, sebagai ibu, semestinya saya tidak akan biarkan mereka dibebani hutang.

Insya Allah jika dimurahkan rezeki, untuk anak2 yang lain, kami akan cuba elakkan pinjaman PTPTN, bagilah kepada mereka yang lebih memerlukan dana pendidikan.

Rabu, 23 Disember 2015

Rabu, 23 Disember 2015

Tips elak kehilangan...

Tempahan khas buat anak2 terutama 'Kakak' yang akan tinggal di asrama, harap tiada lagi aduan mengenai kehilangan barang asas.

"Letih sangat dengan anak2 ni, kejap mengadu kehilangan sandal, kain tudung, seluar track di jemuranpun sama, macam2.. duit poket jangan ceritalah, dalam kelaspun boleh hilang, itulah 'kakak', kamu cuai sangat...."

Nota: Kasi tempek nama penuh, xder nama manja k, apa kata semua kain baju tempek nama, boleh k gitu?? ahakkkkkkkkkkkk

Isnin, 21 Disember 2015

Isnin, 21 Disember 2015

Percaturan

 
Alhamdulillah selesai sudah dokumen2 yang diperlukan.

"Buat Abang, sila pandang ke depan, jangan toleh ke belakang lagi, kami yakin abang boleh, masa depan abang sudahpun nampak. 

INGAT pesan kami.. jangan sesekali lupa padaNya & belajar rajin2 k, xmo lagi study saat2 akhir, moga kejayaaan sentiasa milik abang, aamiin.."

**** Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Ahad, 29 November 2015

Ahad, 29 November 2015

Suka dalam duka


Alhamdulillah anak teruna sulung berjaya di dalam temuduga bagi Jawatan Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagaimana minat & harapan dia.

Pada masa yang sama, kami perlu buat keputusan yang tepat demi masa depan walaupun dengan hati yang berat..

Maka UiTM Dungun kini tinggal kenangan, ia mampu bertahan 3 semester cuma, sudah tertulis rezeki dia di bidang lain, apa2pun moga dipermudahkanNya segala urusan, aamiin..

Isnin, 12 Januari 2015

Isnin, 12 Januari 2015

Kembali ke sekolah

Pendaftaran tadika Alya.

Itu baru seorang anak, ia belum dikira pembelian barang2 keperluan persekolahan mereka 3 beradik dan bayaran asrama kakaknya.

"Sempena tahun baru, kelas baru,  umur baru, jadi semuanya nak baru walhal kasut sekolah baru jer beli 2 minggu sebelum sekolah cuti tempohari, urmmm salah siapa sebenarnya?, Ummi juga yang salahkan sebab ikut kehendak anak2.."

Semua kelengkapan persekolahan anak2, kami siapkan secara berperingkat, bermula sedari awal cuti sekolah, kami sudah belikan kain untuk tempahan uniform kakak, gitu juga alat tulis, kasut sekolah dan sebagainya, ada peluang terus beli sedikit demi sedikit, jadi tidaklah berputih mata tengok RM 'melayang2' depan mata.

Pokok pangkalnya kita sebagai ibubapa perlu punyai kesedaran menyimpan secara tetap setiap bulan walaupun di dalam jumlah yang sedikit dan membuat persediaan dari awal, lainlah golongan atasan, mereka langsung tidak terasa duit keluar masuk.

Nota: Sayu baca BH hari ini takkala melihat anak2 belajar dengan memakai baju biasa dan duduk di atas lantai simen di salah sebuah yang terlibat dengan banjir di Gua Musang.

Bermuhasabah diri..

Sabtu, 29 November 2014

Sabtu, 29 November 2014

Keheningan Pagi..

Doakan perjalanan kami dirahmatiNya, aamiin

Isnin, 27 Oktober 2014

Isnin, 27 Oktober 2014

Selesai sudah

Alhamdulillah selesai sudah sessi temuduga si bujang awal pagi tadi, jika ikut jadual yang diberikan masanya jam 11.58pagi tapi kami sampai seawal jam 9 pagi, jadi dia dapat no. 8, kiranya sekejap sahaja sessi temuduga.

Anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan, persiapannya cukup mudah dan ringkas janji siap, semua sijil dan pengesahan pada salinannya, kami suami isteri bertungkus lumus memastikan ia tersusun ikut urutan dan lengkap, cuma minta tolong dia mencari bahan2 dan maklumat berkaitan dengan jawatan, malangnya dia buat derk jer hinggalah ke saat2 akhir apabila si ibu sendiri mencari maklumat dan berikan kepadanya. (Sememangnya dia anak manja, semua nak bersuap, mengalahkan adik2..)

Jika dulu dia yang beria, asyik bertanya dari masa ke semasa jawatan yang di mohon melalui SPA 8 dapat ke tidak, kononnya sebab minat.

Malam tadi sempat bertanya padanya beberapa soalan, pakaian untuk dipakai sudah lengkap ke belum, sudah  seterika ke tidak dan sebagainya? jawapannya cukup mudah, "baju tu tak perlu gosok dah ummi, elok jer..." terus saya minta nak tengok.

Alahai bertuahnya anak, dibawa baju yang agak lusuh dan berkedut seribu, masa sudah ke angka 11 malam, nak beli kat mana daa? terus capai pakaian dari tangannya dan gosok. Selesai sudah bab pakaian maka hati si ibu tenang, awal pagi tadi dia pakai t'shirt cuma semasa di dalam bilik, masuk ke dalam kenderaan barulah disarungkan baju berkolar dan berpakaian lengkap.

Sebaik turun dari kenderaan, barulah terlihat tali pinggang yang dipakai sememangnya lusuh, fuhhhhhhhhhh stress seketika, mulalah mulut si ibu pot pet pot pet tak henti2 sebab sebelum ke mari sentiasa bertanya mengenai pakaian, minta belikan jika perlu tapi dia tetap bagitau semua ok.

Bercerita megenai temuduga tadi, rasanya ramai calon yang gagal hadirkan diri pada hari pertama temuduga, maklumlah maklumat diperolehi seawal petang khamis lepas (selepas waktu pejabat) melalui email sedangkan kami di Pahang bercuti sempena Hari Hol (Jumaat), semua pejabat tutup, pastinya mengalami kesukaran. 

Mungkin mereka gagal hadir sebab:-
  • Bukan semua calon mempunyai komputer dan internet di rumah, saya bayangkan jika berada di kawasan pendalaman yang tidak punyai line telefon dan internet, cuma mengharapkan di Cyber Cafe apabila sesekali keluar ke bandar.
  • Gagal mendapatkan pengesahan pada salinan sijil (sebahagian dari calon tadipun ada yang tidak mendapatkan pengesahan, jadi mereka diberi tempoh untuk menghantar dokumen tersebut - budi bicara penemuduga)
  • Calon yang berada di daerah2 yang jauh, tidak sempat datang ke mari dan pastinya memerlukan bajet yang banyak untuk bermalam.
  • Masalah kenderaan.
Sebaik melangkah keluar tadi, si bujang tersenyum lega, kononnya dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik (walaupun jawapan tadi ada yang salah sebab main agak2..), lagipun semua dokumen lengkap tapi sebagaimana saya katakan tadi, ANAK LELAKI, dia main hentam jer LABU lagipun dia merupakan calon lelaki pertama yang masuk dan termuda, 

Penemuduga pula adalah Pegawai Lelaki, memang sempoi sebab jika dapat bilik temuduga yang satu lagi adalah Penemuduga Wanita, maka semua Misi, Visi jabatan dan semua yang berkaitan di tanya, ia sememangnya soalan di luar jangkaan.

Jika mengikut perancangan awal, cuma hubby yang menemani dia sebab saya kena buat persiapan 'Pembentangan Prestasi Negeri' untuk dibentangkan pada mesyuarat nanti dan akan bertolak lewat tapi hati ibu tetap tak tenang membiarkan dia bersama abahnya (pastinya 2x5, bapa dan anak) maka 2 hari berturut2 walaupun Cuti Hol dan cuti mingguan, rela bertapa di pejabat untuk siapkan urusan rasmi sebelum memohon cuti rehat melalui HRMIS dan memaklumkan kepada Pengarah Negeri.

Setengah jam berada di sana,  siap sudah temuduganya (tidak ikut masa yang diberikan, mungkin ia disebabkan kehadiran calon yang tidak ramai), maka kami meronda2 seketika sementara menunggu bas untuk balik ke sana jam 2.30petang (si bujang terus balik ke destinasi, tidak betah menunggu semalam lagi, maka cuma tinggal kami 3 beranak di sini sebab saya perlu hadiri mesyuarat hari esok).
Gambar curi si bujang di Terminal Bas tadi

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang