Memaparkan catatan dengan label lain2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lain2. Papar semua catatan

Isnin, 28 Disember 2015

Isnin, 28 Disember 2015

Suatu senja..

 

Subhanallah, betapa indah ciptaanNya..

Tiba2 teringat di zaman kanak2 dulu, suka sangat tengok awan berarak sambil fikiran melayang jauh.

Lokasi: Lebuhraya Central Spine Road (CSR), laluan dari Kuala Lipis, Pahang  ke Gua Musang, Kelantan

Rabu, 2 Disember 2015

Rabu, 2 Disember 2015

WW



 View di LPT

Subhanallah, cantikkan ciptaanNya


Jumaat, 12 Disember 2014

Jumaat, 12 Disember 2014

Pungguk merindu

Cantikkan pemandangan di atas.

Isnin, 29 September 2014

Isnin, 29 September 2014

Macam cantik jer, macam comel jer..

Korang ada??

Nota: "Mini Zoo" milik abang ipar..

Sabtu, 28 Jun 2014

Sabtu, 28 Jun 2014

renung sejenak..

Salam Ramadhan buat semua..

Isnin, 23 Jun 2014

Isnin, 23 Jun 2014

Renung sejenak



Isnin, 30 Disember 2013

Isnin, 30 Disember 2013

iklan jap..



Khamis, 10 Oktober 2013

Khamis, 10 Oktober 2013

selingan




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CPUV ke 51/2013
Sony Nex 5-T

Alhamdulillah, rezeki lagi, tq nuff




Ahad, 6 Oktober 2013

Ahad, 6 Oktober 2013

Sekadar kenangan

Program semalam

Keberangkatan KDYTM Tengku Puan Pahang
Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Alhaj ke daerah ini.

Rabu, 4 September 2013

Rabu, 4 September 2013

situasi berbeza


Bercanda di tepian pantai mencari ketenangan lewat senja

Suasana hiba lewat malam..

Psstt: Masih ada sehari lagi..

Ahad, 4 Ogos 2013

Ahad, 4 Ogos 2013

selingan

Rita Rudaini & anak2...

Nota: Suka tengok pic ini..


Ahad, 28 Julai 2013

Ahad, 28 Julai 2013

Ramadhan ke 19

Pejam celik pejam celik kita sudahpun masuk Ramadhan ke 19, nampak gayanya beberapa hari lagi kita akan menyambut Syawal, alhamdulillah persiapan raya sudah 80%, cuma tinggal kuih2 raya & songkok buat 2 beradik itu.

Menu sahur kami, seperti biasa saya akan menyediakan hidangan nasi dan lauknya pagi ini - 'Ayam masak Gulai Darat' & baki kepak ayam Pizza Hut, petang semalam kami berbuka di Pizza Hut bagi memenuhi permintaan anak2, lagipun sepetang berada di luar daerah bagi melawat jiran kami di hospital serta membeli persiapan raya buat famili.

Mengenai perkembangan semasa jiran kami, 2 beranak telah berpisah tempat rawatan di mana bapanya telah dipindahkan ke HUKM, Kuala Lumpur (keadaan kritikal..) dengan segera manakala si anak yang baru selesai menjalani pembedahan tulang rahang kekal di hospital itu. 

Kisah kemalangan ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi pantai timur semalam, tengok pic kereta, memang remuk teruk kerana telah terlanggar belakang lori bijih besi dan Mingguan Malaysia hari ini m/s 19 (laporan tidak tepat - "'Mangsa' & dua rakan cedera",  sebetulnya 'mangsa' & anak perempuan serta rakan anaknya cedera).

Sedih sangat apabila mereka terpaksa berpisah jauh, si ibu menemani bapa jauh di sana manakala anak di jaga oleh kakak & ibu saudara di negeri ini. Marilah kita sama2 doakan moga mereka kembali pulih seperti sediakala sempena syawal bakal menjelma, aamiin..

Nota: Aiyaaaaaaaaaa kasut raya Alya sudah dibuat basahan, nampak gayanya kena beli len....

Jumaat, 26 Julai 2013

Jumaat, 26 Julai 2013

Tragedi Ramadhan..

Seawal pagi dikejutkan dengan berita kemalangan jalanraya seorang jiran kami bersama anak gadisnya dengan sebuah lori biji besi hampir selepas waktu berbuka puasa semalam.

Terkedu seketika sebab kamipun melalui jalan yang sama lebih kurang pada masa itu (mungkin lebih awal sedikit..) yang sememangnya sempit, tidak sekata, berbukit bukau, berliku & rosak teruk (keadaan semalam) serta banyak lori keluar masuk, sudah banyak kemalangan maut berlaku di situ.

Sekarang dipindahkan ke hospital daerah lain dan keadaan mereka dikatakan kritikal, marilah kita sama2 doakan kesejahteraan mereka anak beranak, semoga ada keajaiban yang berlaku, aamiin...



Ahad, 14 Julai 2013

Ahad, 14 Julai 2013

Perginya tak kembali..

Mood sedih, kami baru jer kehilangan 2 ekor ikan emas kaler hitam, ntah naper, tiba2 ia mati serentak di dalam akuarium, moga baki ikan emas yang masih ada tidak ikut jejak yang sama , sob3..

Carian google..

Nota: Apa daa kamu Tini oiiiiiiiiii, ikan matipun wat entri?

Rabu, 19 Jun 2013

Isnin, 6 Mei 2013

Isnin, 6 Mei 2013

ada2 ajer..

RM50 yang dikeluarkan dari mesin ATM
Camner leh terlepas erk? 
biasanya mesin ATM tu cerdik sangat, yang koyak2, lemau2 xmo diterimanya.

Sabtu, 23 Mac 2013

Sabtu, 23 Mac 2013

Kelakarnya..

Emaill spam lagi..

dan..


ini

&

kelakarkan, kesemuanya menggunakan nama melayu & kononnya muslim..





Rabu, 6 Mac 2013

Rabu, 6 Mac 2013

Cukai Pendapatan

Selesai 90% mengisi borang e-filing online, kemudian status itu dibiarkan 'pending', naper banyak sangat baki tunai yang perlu dibayar walaupun sudah dibuat Pemotongan Cukai Berjadual setiap bulan?

Masa terima gaji setiap hujung bulan tersenyum lebar jer tapi bila kena bayar cukai cenggini lagunya, ngelat erk, mulalah lengahkan masa, aci tak?? alaaaaaaaaaaa tarikh tutupnya lambat lagi, 30 Aprilkan?

Untuk rujukan kita semua



Rabu, 6 Februari 2013

Rabu, 6 Februari 2013

tak terkata..

Terkejut apabila mendengar perkhabaran yang dibawa oleh teman sepejabat, baru kejap tadi seorang anak kecil di dalam lingkungan usia 4-5  6 tahun terlanggar dek kereta di depan sana.

Katanya pemandu itu tak sempat nak elak sebab dia tiba2 keluar dari celahan kenderan 'parking', sib baik terkena bah. cermin - berkecai juga menanda pelanggaran ini berlaku agak kuat.

Sedih sebab ia adalah kecuaian ibubapa kerana biarkan anak sekecil itu merayau bebas ke sana ke mari di kaw. bandar (tempat yang sibuk) tanpa pengawasan. 

Nota: Ibubapa si kecil yang berdarah kacukan Pakistan & Melayu itu adalah peniaga kedai perabut.

Walaupun secara umumnya kita tahu, kadang2 nak kawal anak supaya dok diam2, 'x mo pi' mana2 agak sukar tapi 'lagumana' sekalipun, ia tanggungjawab ibubapa menjaga keselamatan mereka, 'sementelah' lagi dia 'anak  kecil' yang 'nggak ngerti' apa2.

Bak kata pepatah:  "Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna", menangis air mata darahpun xder gunanya, iya dokkkkkkk?? 


Entri Gerammmmmm.... 

Kemaskini: Baru balik melawat, budak itu di dalam keadaan fobia, dimaklumkan sudah banyak kali  kejadian ini berlaku tapi tetap dibiarkan anak itu melintas jalan utama seorang diri.

Khamis, 31 Januari 2013

Khamis, 31 Januari 2013

Masalah air pula..

Sambung cuti lagi barang sehari, yalah nak buat camner, lemau masih tak hilang2, xmo le g kerja dalam keadaan mamai, kerja banyak tapi antara nak buat dengan tak nak buat jer.. baik ambik cuti, rehat2kan minda, lagipun anak teruna no. 2 tak begitu sihat, dapat 'mc' 4 hari berturut2 dek penangan 'campak'.

Seawal pagi lagi, keseluruhan kawasan bandar ini tidak berair, naper ya? tangki besar 'pecah' kot.. harap2 ia tak berpanjangan le, dok harap pada air simpanan yang di dalam tangki itu xder banyak mananya, rasa cukup2 jer untuk kegunaan hari ini.

Bab tak ader air ini yang melemahkan semuanya, setakat ini sudah 5 cerek air dipanaskan untuk di buat air mandian, yalah selama ini diajar mandi menggunakan 'water heater' siang malam, mau tak melatah apabila pepagi kena mandi air sejuk termasuk si ibu (yang tak sedar diri...)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang