Hari pertama Ramadhan, kami anak beranak sudah idamkan macam2 jenis juadah berbuka, ishhhhhhhh nafsu makan semata2, tak baik tau..
Si Alya pula, sejak semalam kami sudah war2kan padanya bahawa hari ini kami semua berpuasa, diapun apa lagi, "nak puasa' berulang kali.
Sebaik balik dari pekan sehari tengahari tadi, cepat2 je dia cari makanan, "nak puasa, nak puasa", bila dijelaskan jika berpuasa kita semua tak boleh makan dan minum, cepat je dia balas semula kata2 kami, "alahhh.. adik nak puasalah", rupa2nya dia ingatkan puasa itu sejenis makanan yang boleh dimakan, tersenyum kami anak beranak melihat telatah lucunya itu.
Bila sudah ada bahan2 mentah, tak tau pulak nak masak apa, ader cadangan?, tolonglah, buntu sudah ni..
Bahan2 mentah:
- ketam, udang, ikan kembung
(rebus air asam kot!!),fish ball, tauhu telur,daging ayam (sudah perap untuk di panggang), ikan tongkol (simpan dulu) - Sayur sawi, taugeh, kucai, bendi & sayur apa, entah le, tak pernah makan tp hubby nak merasa
- Kueytiew
Pencuci mulut: Puding Strawberi Nona (latih anak gadis masak sendiri tapi sudah tinggal sikit setelah di makan dek Alya berulangkali.
Hubby lak awal2 lagi minta buatkan sambal bilis mentah kasi pedas, hurmmmm.. apalah kami anak beranak..
Hubby lak awal2 lagi minta buatkan sambal bilis mentah kasi pedas, hurmmmm.. apalah kami anak beranak..
Singgah kat pasaraya tadi, tengok ader lala, haihhhhh berkenan pulak tapi cuba kuatkan hati, jangan ikutkan nafsu makan tini oiiiiiiiiii, hihihi









5 ulasan:
perut lapar macam tu le kan.
kak, sambal bilis mentah tu...? mmm....
biasalah kak ..
ekek macam2 ada haa .. saya pun x terbagi idea tgk bahan2 mentah akk tuu
pelan2 pikir .. insyaallah , masak utk syarat berbuka memang x leh ikut nafsu ..
saya plan buat nasi lemak .. ke bazar utk beli ayam percik aje .. alhamdulillahh ;))
Cik Nor
Sambal ikan bilis mentah maksudnya tumbuk ikan bilis (yg kering, bukannya ikan segar), belacan, cili padi, last sekali perah kasturi.. siap...
ieda..
itulah.. makan ntuk berbuka je, maner leh ikut nafsu, hihihi
Bila byk sgt tu yg pening ;)
Masak lemak dan combine dgn sambal. Pasti sedap. Saya simple je. 2 menu dah cukup :)
hihii tu la, bila pose, mcm2 nak.. :-)
Catat Ulasan