Sebagaimana entri sebelum ini, rakan kami merupakan seorang peguam telah menumpangkan anak2 beliau sekembalinya mereka pada sessi persekolahan pagi dan menghantar kembali ke kelas fardu ain & tuisyen mengikut jadual yang ditetapkan. Maklumlah beliau kerja tidak menentu masa dan sering keluar daerah, rumah pula jauh dari sini.
Semalam anak bongsunya telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Selayang atas masalah kesihatan dan sudah menjadi tanggungjawab kami menjaga mereka sementara papanya datang ambil, suasana berbuka puasa semalam gamat & riuh sekali, maklumlah apabila berbuka ramai2 macam2 peel timbul, sesudah itu pantau mereka bermain bunga api.
Ingatkan hari ini sekali lagi mereka berbuka disini, masak makanan kesukaan mereka tetapi malangnya 10 minit waktu berbuka, papanya sudah datang ambil, hubby telah menjemput mereka semua untuk berbuka puasa sama2 tetapi di tolak dengan alasan makanan sudah tersedia dirumah.
Kami cuma sempat bekalkan kuih muih & air minuman untuk berbuka di atas kereta sebab mereka kejarkan masa, naluri keibuan masih terasa ralat sebab untuk sampai ke rumah mereka, paling awalpun ia ambil masa 40minit, siankan "along, kakak & kak chik", hurmmmm.
Nota: Kirim duit raya buat bekas 'anak angkat' kami, suzila melalui Nur, hati masih lagi terluka gara2 keegoan insan bergelar 'LELAKI' a.k.a bapa dia, bagi yang mengikuti coretanku dari dulu pastinya tahu kisah ini, xperlah ANAK ORANG apatah lagi mereka kini sudahpun berada di dalam kedudukan selesa dan senang, bukan lagi dibelenggu kemiskinan.
Kadang2 tak boleh tipu diri sendiri bahawasanya diri ini merindui dia, maklumlah setelah lebih 2 tahun kami bersama harungi suka dan duka.
Nota: Kirim duit raya buat bekas 'anak angkat' kami, suzila melalui Nur, hati masih lagi terluka gara2 keegoan insan bergelar 'LELAKI' a.k.a bapa dia, bagi yang mengikuti coretanku dari dulu pastinya tahu kisah ini, xperlah ANAK ORANG apatah lagi mereka kini sudahpun berada di dalam kedudukan selesa dan senang, bukan lagi dibelenggu kemiskinan.
Kadang2 tak boleh tipu diri sendiri bahawasanya diri ini merindui dia, maklumlah setelah lebih 2 tahun kami bersama harungi suka dan duka.









11 ulasan:
aduh kenapa macam tu sekali , apa salahnya tunggu sekejap sementalah dah nak masuk waktu berbuka kan kak
huhuh hati org nie x sama .. entah ape yg dia fikirkan kan kak ..
nluri keibuan.....nper la tk tunggu skjp kn...alahai....a
huhuhu, byk udang.. byk garam....
mcm2 peel orang, kan? amat susah nak expect kalau mengikut kaca mata sendiri...
apa salahnya tnggu skjap,dah dekat waktu berbuka tu...macam2 prangai orang ni kan....
Yerla knp xleh nk tgu pdhal dh nk berbuka tu..
Sabar yer kak...
Susah nak kata. Kdg kala kita mmg kena sentiasa mengalah dgn sikap manusia sebegini. Akak dah bekal makanan tu, Insyaallah ada yg boleh di alas sementara sampai di rumah.
Bila terbit rasa sayang memang hubungan tak boleh dipisahkan kan kak, moga Akak bersabar, mana tahu boleh berkunjung ke rumah mereka bila raya nanti
Maaf dah lama tak berkunjung ke sini kak, ;)
salam kak..sedih lah pulak baca coretan ni..kesian dengan budak2 tu..at least biarlah berbuka dulu di rumah akak..biasalah tu, setiap tindakan manusia ada alasannya yang tersendiri.
ada kisah disebaliknya lagi ya..nnti iza nk cari dan baca..
patut masuk la kejap kan..emm memang x patut juga dia buat gitu..kalau sy pun mahu terkilan juga..
naluri keibuan kak..anak org terasa mcm anak kite..kalau boleh sesedap anak kita makan biarlah diorang pun rasa yg sama
Catat Ulasan