Sabtu, 13 Oktober 2012

Sabtu, 13 Oktober 2012

terima kasih teman

Alhamdulillah berkat doa teman2 semua, pekerjaan sampingan kami sekeluarga mula membuahkan hasil, selepas waktu pejabat tadi, kami menerima panggilan dari luar daerah untuk membuat tempahan barangan 'Smart Herbs' seperti kopi barli, kacip fatimah dsb. 

Memandangkan pembelian agak banyak dan jarak yang munasabah, kami mengambil keputusan untuk menghantar sendiri pesanan tersebut biarpun melepasi sempadan negeri ini. (alahai, sejam lebih jer perjalanan..)

Untuk pengetahuan semua, pelanggan ini baru minggu lepas mendaftar sebagai ahli (kiranya ambil masa seminggu sebagai tempoh percubaan menjual produk smart herbs) dan ini merupakan pesanan pertama mereka bagi memenuhi permintaan yang tinggi di sana.

Jika dilihat pada bonus yang diperolehi malam ini, ia mencecah sehingga RM84.24, ini belum dikira dengan keuntungan setiap penjualan produk. sememangnya tidak merugikan bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu sebagai pekerjaan sampingan.

Apa2pun terima kasih teman diatas doa kalian, tiap2 hari tolong iklankan produk 'kopi barli' percuma di laman masing2 seperti IntaNBerlian, Fieda , Izan Mama Mia dan NoEn, akak sayangggg kamu, insya allah ader rezeki lebih, kita kongsi sama2.

Nota: Pernah ditipu apabila melakukan pembelian di dalam jumlah yang banyak tapi langsung tidak dimasukkan ke dalam sistem, justeru itu kami cuma memperolehi keuntungan bagi penjualan produk tanpa bonus (zero..), alhamdulillah berkat kesabaran kami, kini dapat status sebagai 'mobile stokis' dan boleh mendaftar sendiri ahli dsb , insya allah cuba buat yang terbaik buat mereka.

12 ulasan:

Unknown berkata...

sama-sama....semoga jualan makin meningkat yer....

kurus berkata...

sama - sama kak ...
semoga terus suksess

saya baru pagi nie nak cuba minum kopi barli tuu
kalau enak .. insyaallah saya sambung order ngan akak ;))

Unknown berkata...

Semoga rezeki tini dan keluarga semakin bertambah dan berkat ya!

Kasih Salina berkata...

owhh..akak jual produk kesihatan ye..

mieya berkata...

Alhamdulillah, rezeki.

suhaina laui. berkata...

alhamdulillah rezeki keluarga....semoga terus sukses...

suhaina laui. berkata...

alhamdulillah rezeki keluarga....semoga terus sukses...

mummY daniSha berkata...

semoga terus suskes!

ajumohit berkata...

tahniah kak, insya allah setiap usaha akan membuahkan hasil, moga maju dan sukses hndknya

MulutPayau berkata...

Alhmdulillah..rezeki, semoga terus maju dan jualan semakin mningkat...

@LeenShamsh berkata...

ustaz pahror juoi pun minum ni..sedap tak kak?kite suke kopi jantan..ade rase mcm tu tak? hehee

IntaNBerliaN berkata...

alhamdulillah.. rezeki akak... Tuhan akan tolong mereka2 yang bersabar & berusaha.. kena tipu tu adlh ujian utk akak.. Tuhan nak tgk samada akak akn terus berusaha atau sebaliknya... Apa2 pun, saya doakan moga bisnes akak makin maju.. (",)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang