Jumaat, 1 Februari 2013

Jumaat, 1 Februari 2013

sebak..

Alhamdulillah malam ini hubby telah membantu seorang anak remaja yang ditangkap kerana cubaan mencuri baju t-shirt dipasar malam, hampir2 budak itu akan dibawa ke IPD.

Bukan menyokong perbuatan remaja tersebut tetapi kita fikirkan perkara yang positif, kemungkinan besar dia inginkan baju tersebut tapi tidak berkemampuan.

Sebenarnya hubby paling tidak suka apabila diajak ke pasar2 tapi entah kenapa pada malam ini, selesai solat berjemaah di masjid, dia tergerak hati meronda2 di pasar malam seorang diri, tiba2 terserempak dengan kejadian ini, dia merayu agar dibebaskan remaja terbabit dan bersedia membayar ganti rugi sebagaimana yang diminta oleh tuan punya. 

Menurut hubby, tiba2 dia terbayangkan adik bongsunya yang berada di perantauan seorang diri, justeru itu apabila terpandangkan wajah remaja tersebut mampu membuatkan dia "cair hati".

Alhamdulillah.. bersyukur & terharunya sebab dia telah mengeluarkan remaja tersebut dari kesukaran & membayar harga baju itu, bukannya mahalpun - RM20 cuma. Berkali2 anak remaja itu mengucap kesyukuran & terima kasih di atas pertolongannya.

Mudah2an remaja ini tersedar dari kesilapannya, sama2lah kita doakan.. amin.

14 ulasan:

Cik Rose berkata...

ye, kadang-kadang rasa kasihan tu singgah di hati..

harap sangat remaja tu berubah:) jangan ulangi lagi kesilapan ini.

Cik Rose berkata...

ye, kadang-kadang rasa kasihan tu singgah di hati..

harap sangat remaja tu berubah:) jangan ulangi lagi kesilapan ini.

nurbijen berkata...

sejuk hati baca kisah ni... semoga remaja tu tak mengulangi kesilapan macam tu, amin!

Aisy Nasiha berkata...

harapnya budak tu dah insaf dan tak buat lagi...
ada masanya mmg banyak hal kita rasa sebak, kan kak? kenapalah jadi macam tu?

mieya berkata...

Budak sekarang kak. Tak mahu berusaha untuk medapatkan sesuatu, sebaliknya jalan pintas yang dipilihnya. Semoga dia akan berubah.

kurus berkata...

hurmm semoga remaja itu insaf kan kak .. bukan semua org boleh maafkan perbuatan mencuri nie ..
nak jadikan ia pengajaran ! .. ;)

Ena's Stories berkata...

napela mesti nak mencuri...byk lagi jalan yg ada kalu nak dptkn baju tu pun...

nasib baik ada insan yg sudi membantu...

CeqGu berkata...

Sbb tu dlm islam sblm jatuhkan hukuman mesti siasat betul2 dulu kenapa org tu mencuri. Boleh jadi dia dalam kesempitan hidup sgt2....

IntaNBerliaN berkata...

saya yg baca cite ni pulak rs sayu... betoi tu kak, kita harus pk dr segi positif.. apa punca dia mencuri.. maybe dia kesimpatan hidup kan...

apa2 pun moga dia sedar n x ulanginya lagi

mummyrinazone beauty berkata...

Btl kak harp Allah buka pintu taubat buat dia.jgn dia mencurilg..tp btl gk mana taudia xbkemampuan..tp memcurikn xelok.harap dia lbh phm lepasni

intanfirdaus247 berkata...

kadang2 sesuatu perkara tu kita selesaikan dengan cara yg lembut dan cara yg lembut tu juga buat seseorang tu beruubah menjadi lebih baik..moga remaja tu insaf dan berubah menajdi manusia yg lebih baik..ameen

adianiez AIDA berkata...

alhamdullillah...
moga remaja tu berubah & tak buat lg pe yg dia dah buat tu...
In Shaa Allah...

Si Matatajam berkata...

Mudah-mudahan tindakan suami akak tu menyedarkan budak tu...

Puan Kutu berkata...

sayu baca cerita ni..walau apa pun mencuri tu mmg satu perbuatan dosa..

tp macam akk kata la mungkin dia tak mampu.bukan mahal pun kan..semoga dia dpt pengajaran..

baik hati akk n suami.semoga Allah membalasnya...:)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang