Khamis, 21 Mac 2013

Khamis, 21 Mac 2013

Jurnal Penyusuan Alya

Alhamdulillah selama 3tahun 7bulan menyusukan Alya sepenuhnya tanpa pemberian susu formula, 3 hari lepas cuba ceraikan susu ibu menggunakan jus limau kasturi, pasti masam...

Tiba2 pagi tadi, disuruh dek hubby 'berilah susu pada Alya, sian dia, kurus daa..' takkala dia melihat perut Alya yang agak kempis sewaktu bangun pagi. Sebagai isteri mithali, kita wajib turuti perintah suamikan.. lagipun di hati ini sebak takkala menatap wajah Alya.

Pada mulanya dia menolak, yalah risau jika rasanya masam lagi tapi setelah diyakini, barulah dia menyusu semula, serentak dengan itu, terukir senyuman manis dibibir Alya. Gembiranya hati si ibu.

Balik rehat tengahari tadi, Alya berkata "Alya xmo nyusu ummi dah sebab Alya dah besar.." 'Alhamdulillah sayang, kamu anak yang pintar, sayang anak ummi..', maka bermula hari ini tamatlah sejarah penyusuan ibu buat Alya, Insha Allah.

Jika teman2 yang sudah lama bersama, tentunya tahu sejarah awal lahirnya blog umialya ialah bagi mencerita detik2 bersejarah & suka duka sepanjang penyusuan ibu buat Alya di Laman Coretan Peribadi  


Saya pasti inilah penyusuan terakhir yang mampu saya berikan buat anak2 kecuali berlakunya keajaiban & di atas ketentuanNya, bukannya tak mahu punyai anak kecil lagi tapi dek faktor usia, maka hasrat itu terpaksa dilupakan buat selamanya.

Inilah anak pintar kami hasil penyusuan ibu sepenuhnya, 
 'ummi sayang kamu..'

14 ulasan:

@LeenShamsh berkata...

setiap kali bace cerite alya kak tini dgn cerite alya noen, mest terdetik dalam hati..gugurls yg cerdik dan cerdas..wahhh ni betul2 puas menyusu same jugak dgn alya noen..mudah2an membesar sebagai anak2 hebat yg solehah!! sayang alya jugakk!!!

Unknown berkata...

kiranya,..mia sama usianya dengan mia lah yaa...owh..

Ayue Rejaluddin berkata...

Kesiannya...
Awal2 putus bf kot macam tu kak....
Cam makcik AJ dia tak letak mende masam....
Dia letak apa tah bagi pahit..
Terus anak dia tak bf dah pastu..

Puan Kutu berkata...

untunglah alya smop 3tahun lebih dr susu badan.anak sedara sy pun dh 3taun lebih still menyusu badan...tp alya ni bijak,dia sendiri yg taknak..alya bijak mesti berkat susu ibu kan..:)

CeqGu berkata...

Firas cikgu dah campurkan susu fm sejak balik kg ni. Cikgu risau sbb dah nak start keja.kalau pam, sikit jer dpat, firas mmg direct bf, bila bg botol, mcm kekok jer dia isap.

kurus berkata...

alhamdulillah alya memang gud gurls ! saya dulu zahrien 2 tahun 1/2 kak sbb dah x der susu
saya letak minyak cap kapak ekkeke
saya cakap saya sakit kat puting tuu
terus dia x nak eekeke ;)

LYAfrina berkata...

alhamdulillah.. kagum lya, akak mampu myusu penuh hingga ke usia ni.. untungnya alya, dpt spnuhnya khasiat susu ibu. klo la lya pon blh buat camni utk asya..

MulutPayau berkata...

Alhmdulillah ...beruntunglah Alya....anak saya yg sulung 2. Tahun lebih, tapi yg lelaki setahun lebih jer menyusu...

OKje berkata...

haha...terpaksa jugak Alya ucap selamat tinggal pada nenen hehe ...anak2 okje pun lama jugak nyusu macam Alya jugaklah tapi tak ekslusif le...campur

Cikrosecute berkata...

Pernah jugak mengalami perasaan begitu...sekrg nie syifa tgh menyusu lagi...

eita berkata...

dah besar rupanyer....mkin bertmbh bijk lh

Aisy Nasiha berkata...

kagumnya dengan akak.. nak hampir 4 tahun menyusukan anak.. pasti banyak pengalaman ni.. untung alya juga

IntaNBerliaN berkata...

saya harap kali ni saya dapat menyusukan aqilah sampai 2 tahun... kalau alisha dulu, saya stop lagi 3 bulan nak 2 tahun...

saya ni target, at least minimum saya nak 4 orang anak.. so, saya xleh nak jarakkan anak lama2 sampai 3 4 tahun, bukan pe... nanti dah tua, takut berisoko.. hihi

Si Matatajam berkata...

Mmg bagus susu ibu ni..banyak khasiatnya...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang