Sabtu, 15 Jun 2013

Sabtu, 15 Jun 2013

Jerawat tanpa kenal usia..

Remaja Purba - Gelaran terbaru OKje terhadap kami seusia & sewaktu ngannya, orang kata kebiasaan jerawat melanda anak2 remaja dek perubahan hormon, kiranya jika remaja purbapun tiba2 berjerawat, kami belum layak digelar remaja purba, betul tak? tetap xmo ngaku diri tu udah dimamah usia, ahakkk..

Gara2 bercuti 3 hari, habis semua ikut bercuti, jika waktu kerja, reti pula pepagi & malam cuci muka, mentang2 sepanjang hari dok kat umah, bebas segala2nya, sedar tak sedar, tiba2 sebiji jerawat timbul berhampiran pangkal hidung, adoiiiiiiiiii, mulalah remaja purba ini celik sikit pintu hati untuk mencari jalan penyelesaiannya, maklumlah sudah berzaman muka bebas tanpa jerawat..

Kalian di luar sana mungkin punyai petua, meh le kongsi sama2...
Info mengenai jerawat:
Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan. 
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

16 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Cikgu sy kata.. Klu naik jerawat kn syukur sbb blh kurgkn risiko kanser..sbb jerawat nk buang darah kotor... Jgn picit..nnt lekat parut... Hehe

Umialya berkata...

Maria Firds\mmg xmo picit tp bila terasa ada sesuatu tang muka, tgnpn mulalah merayap cari sasarannya..

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak yg dah tua ini pun masih tumbuh bila tiba nak period dia pun menyusul dulu sebelum period. Macam dah bagi signallah tu.

Unknown berkata...

org kt jerawat sbb darah kotor..xtaula betul ke tidak..=)

Puan Kutu berkata...

jerwatni benda biasa la kot.tua muda pun kadang kena...klu muda tu org kata jerawat gatal.macam kita2 ni kerawat tensen kot.ahakz..

kurus berkata...

saya dah lama x tumbuh jerawat sejak ambil herbalife kak .. alhamdulillah memang banyak improvement ;)

QasehnyaRania berkata...

cer akak amik asam jawa adabi.pastu pi tepek kat tempat jerawat tu. pakai masa nk tido.in shaa ALLAH bgn pg esok dah kecut jerawat tu

Aisy Nasiha berkata...

Bestnya akak... Hihi, jgn marah ye.. Family saya mmg jenis tak berjerawat, jadi saya kadang2 tgk muka orang yg naik jerawat rasa muka dia tu manis je...

Kejab je tu, kan?

Umialya berkata...

Kakzakie.
period daa lepas..

Umialya berkata...

Kak Nah
Biasa dengar org kata gitu..

Umialya berkata...

Puan Kutu
Mungkin kot

Umialya berkata...

NoEn..
Ia nak gurau2 kot, hihihi

Umialya berkata...

Ieda..
alhamdulillah..

Umialya berkata...

QasehnyaRania
tak sempat buat, kecut daa..

Umialya berkata...

Aisy,
untungnya.. tepat sekali, ia kejap jer.. pagi ni dah nak hilang

OKje berkata...

Jadi remaja le gayanya tu UA hehe....
Kata org purba....Jerawat tumbuh sebab kuat berangan! Haha
Apa yg diberangankan tuuu....

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang