Selamat datang buat si bulus ke teratak ini, jadilah kamu sebahagian dari keluarga kami..
Asalnya ia datang beraya dengan keadaan sarat mengandung.
Hari pertama hanya di laman rumah sahaja.
Hari kedua - selepas maghrib masih lagi menjadi tetamu kami.
Hari ketiga balik kerumahnya setelah lewat jam 9 malam (itupun kami letaknya di luar rumah tapi awal2 pagi sudah datang kemari)
Seterusnya jam 11 malam dan malam terakhir jam 2 pagi, akhirnya pada 21/6/18 dengan rasmi ia menjadi milik kami
"Alya nak ke kucing ni, jika nak, ambillah, Kak Qilah tak nak dah" tuannya bersuara
Sejak dari masa itu, si bulus terus berada di rumah 24 jam, dah pandai hantukkan kepalanya di bilik kami jika ingin menumpang rehat di tempat sejuk, ia mula lupakan tuan asalnya.. (ibarat sitanggang kamu ni Mel, ha3.. .)
Terima kasih buat jiran kami di atas pemberian si bulus ini kepada Alya, gembira sangat dia dapat pelihara haiwan kesayangan yang comel.
Berkali2 dia ucapkan "terima kasih Kak Qilah..."
Nantilah kita sambung lain kali kisah si bulus, nak sambung kerja hakiki....😀










14 ulasan:
Tentu Alya suka sangat dapat kawan yang comel tu.
Lepas beranak si Mel nanti, nampaknya bertambahlah ahli keluarga ye geng hihi.... Kena siap sedia dengan pasir kucing untuk anak anak si Mel tu geng... kang bersepah dia membuang. Kat rumah ni pun dah beranak pinak si Luna tu huhu... Tak larat dah
Dah beranakpun.. 😄😄😄
hai! lamanya tak singgah sini! anak saya punya la pujuk nak bela kucing tp mama dia lom sedia nak ada kucing..hihi
Salam UA,
Makanya bertambahlah tanggungjawab ya dek kerana penambahan ahli dalam rumah ^_^
Anak-anak saya suka main dengan kucing tapi mummy mereka tak benarkan mereka bela kucing sebabnya kalau mereka yang bela = mummy yang bertanggungjawab atas segala keperluan. So, mummy malas nak tambah ahli ^_^
CH kucing ni suka main2 sekejap aje..
Nak membela tidak lah..
Mcm hainom kata tu..
Najis nya tu yg tak menahan 😉
WP
Tentunya Alya suka sangat..
Mdm..
Kena ambil masa ntuk minat tu
MD, alasan semata2, ha3
CH..
Alhamdulillah syukur sgt, walaupn baru cecah usia sebulan tapi setakat ni tak pernah membuang merata2..
Nak kencing berak dlm pasir yg kita sediakam..
Wah akhirnya dapat jodoh pelihara miau kan Umi..jaga baik2 ya..rasanya kucing pandai doakan tuann ya yg menjaganya..anak saya kata lah..wallahualam
alamak umi pun siput ja entry dalam blog..datang dah M....s saya ni UMI hehehe. apapun teruskan jg blog
Terima kasih Cikgu, insya allah..
Ha3 tiba2 ketandusan idea
Catat Ulasan