Jumaat, 29 April 2011

Jumaat, 29 April 2011

Cuti

Hari ni aku sudah mula bercuti, kalu orang lain cuma 3 hari aje kan tapi aku dapat 4 hari (ambil cuti gantian sehari), kalau boleh nak bersambung lagi cuti seminggu tapi apakan daya, tugasan rasmi sedia menanti di awal bulan.

Akhirnya tertunai juga hajat di hati nak bercuti lama2 dan dok bergolek2 ngan anak,  tambahan pula agak  lama  juga aku tak dapat rehat secukupnya.

Kalau boleh, cuti yang agak panjang ni aku nak rehat aje kat rumah,  ini tidak, setiap minggu kalu xder tugasan rasmi, asyik berjalan aje kerja kami, dah le ia mampu perabihkan duit gaji secepat mungkin, hu3

Peelku yang sukar diubah sejak 2 menjak ni, apabila aje bercuti, aku cuba tinggalkan semua urusan rasmi di pejabat, xmo daa bawa balik ke rumah hingga sampai ke peringkat teruk, handsetpun bercuti sama, maksudku ia kemas rapi dok tersimpan dalam beg tangan dengan nada 'silent', masa nak pergi kerja barulah kalut mencari...

Nak dijadikan cerita, pagi tadi semasa kakak dan keluarganya 'on the way' nak balik kampung dari rumah  MIL di Melaka, dia ader mesej nak singgah rumah, malangnya jam 3ptg tadi, aku baru baca, termenung seketika, sedihnya tak dapat jumpa mereka!!

Adoiiiii  ralatnya dihati, naperlah aku boleh terlupa nak periksa mesej dan panggilan masuk? mentanglah dapat bercuti awal, nak enjoylah kononnya!!! akhirnya diri sendiri yang rugi..

8 ulasan:

jemarioren berkata...

ha tu le, silent kan lagi.
cuti2 ni ada gak orang yang nak ziarah kita. cuti katakan...

Umialya berkata...

jemarioren
kan dah terkena daa... hu3

Aimmie Qistina berkata...

saya pun suka silent handset..pastu gelabah mana ek sy letak???

Umialya berkata...

Mie
hehehe.. ingatkan akak aje yg g2 gayanya

ayukhairy berkata...

alahai..kesiannya akak ye..

tak pe la kak, tak de rezeki untuk jumpa diaorg..


mmmm..akak cuti ni pergi mana??

Umialya berkata...

ayu
hu3..

ntah lg, abahnya ajak ke CH sok tp rasa cam x semangat aje sbb minda tu kata nak rehat, rehat dan rehat..

Ayu lak ke mana?

zati embong berkata...

kak,terasa cm nak amek MC je esok.hihi

sakit perut O.o

Umialya berkata...

Naper Jat, tersilap makan @ cik P hampir tiba?

Rehatlah...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang