Adoiii, aku ni ngalahkan orang ngidam aje, 2 hari lepas semasa ronda2 di sebuah pasaraya, terpandang krim keju (cream cheese) Philadelphia, tiba2 terbayang Tart Keju, sedapkan!!
Aku terus sambar seketul cream cheese, di fikiran ini mulalah berangan2 nak masak Tart Keju Blueberi tapi nak wat bila ye?
Petang semalam, aku dah kuarkan butter tapi essen vanilla pulak xder, justeru itu misi membuat tart tenggendala, rehat t/hari singgah jap di kedai beli essen vanila dan teruskan misi ngadun pastri dan sejukkan dalam peti ais, sebaik sahaja balik keja ptg tadi, misi menyiapkan tart bermula.
Maka inilah hasilnya:-
Gambar tak cantiklah. hu3
Resepi Tart Keju Blueberi ala umialya
Bahan2nya
Untuk Pastri
1 ketul buttercup (250gm) - Boleh campur 125gm margerin n 125 gm mentega (guna margerin sepenuhnyapun ok)
100gm gula halus
1 camca teh essen vanilla
1 biji telur (gred B)
500gm tepung superfine (Tepung biasapun bolehlah)
Cara2nya
i) Masukkan buttercup dan gula ke dalam mangkuk, pukul hingga rata (tak perlu kembang)
ii) Masukkan telur dan essen vanila
iii) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, adun sehingga menjadi doh (xmo adun lama2 ye, nanti tak ranggup)
(Simpan seketika ke dalam peti ais)
Untuk Krim Keju
1 ketul krim keju Philadelphia (250gm)
50 gm gula halus
50 gm mentega (tadi main agak2 je)
i biji telur
6 camca besar krim putar2 camc besar tepung
i biji telur
6 camca besar krim putar2 camc besar tepung
secubit garam jika suka (tak masukpun)
** Campurkan kesemuanya, pukul hingga rata dan berkrim.
Filing Blueberi @ apa2 aje perasa yang digemari.
Cara2nya
i) Panaskan oven pada suhu 175'c
ii) Ambil sedikit pastri dan tekankan ke dalam bekas tart, kemaskan tepinya menggunakan pisau, cucuk bah. dalam doh menggunakan garfu bagi mengelakkan ia mengelembung.
iii) Bakar 15-20 minit (hingga sedikit kekuning2an)
iv) Angkat dan masukkan sedikit filing blueberi dan lapiskan dengan krim keju dan hiaskan dengan filing tadi (aku main letak aje, xder hiasan2nya, x minat seni2 ni, janji siap dan sedap. hu3)
v) Bakar lagi selama 10 minit, angkat dan sejukkan
Nota: Tart Keju saiz agak besar dapat sebanyak 15 biji manakala kulit tart yang lebihnya (17 keping) nak buat tart telur pagi esok. Mungkin jika buat nipis2 lagi dapat lebih lagi kot!!
Nota: Tart Keju saiz agak besar dapat sebanyak 15 biji manakala kulit tart yang lebihnya (17 keping) nak buat tart telur pagi esok. Mungkin jika buat nipis2 lagi dapat lebih lagi kot!!









5 ulasan:
rasa creamy2 tgk tart kak.huhu
jat xpernah mengidam nk makan pas2 buat sendiri kak.hihi
Jat..
he3, brgntung mood jugak!!
rajinnya kak tini.. terer masak lak tu..
erm, nak tanya pendapat peribadi laa.. klu ngidam menda2 cam ni, berbaloi buat ke, berbaloi beli.. maksud lea, faktor kos laa.. kepuasan hati, mmg laa buat sendiri lg puas ati kan kak..
Imaan aka lea
sbb minat, kepuasan tamb.pulak bila cepat aje habis
Berbaloi @ tidak? bagi akak tak rugi sbb bahan2 mentah yang tak habis akan digunakan dari masa ke semasa, ada2 aje kuih muih yang nak dibuat.
tapi kalu sekadar nak wat sekali aje dan orang yang sudi makannya xder
Baik beli aje, kiranya tak berbaloi sebab kosnya agak mahal dan penat aje buat, last sekali terpaksa dibuang
psssttt...tp jgn suh wah kuih muih lama, mmg x reti
sedapnye.
Catat Ulasan