Entri pertama hari keempat 2014, cepatnya masa berlalu, saat2 kini kalau boleh biarlah masa itu berjalan lambat sekali (Mentang2 le bonus dah masuk..), banyak sangat urusan rasmi perlu disiapkan di dalam jangka waktu singkat.
Bila kerja2 rasmi berlambak di atas meja, hati tak tenang walaupun di hari minggu, nampak gayanya kejap lagi kena masuk pejabat, sekurang2nya dapat siapkan separuh dari tugasan tersebut, alhamdulillah, lega rasanya..
Suasana di rumah kini agak sunyi sepi apabila si kakak terpaksa rela tinggal di asrama sebagai pengganti anak teruna sedangkan OKje terpaksa menadah telinga menahan kebingitan akibat sakat menyakat di kalangan anak2 riang ribena kesayangan, pasti hari2 yang dilaluinya penuh dengan keceriaan.
Si ibu berhati kering melepaskan anak manja demi masa depannya, situasi jauh berbeza dengan si bapa yang lebih menampakkan ketidakyakinan terhadap keupayaan anak untuk menguruskan diri sendiri.
Pengubat rindu..
bersama sepupu2nya
Gambar dak Alya tetap ada, maklum le blog terhasil dek dia..









6 ulasan:
Ibu lebih mengenali hati budi, kelebihan dan kekurangan anak2 berbanding dengan bapa... si ibu lebih tau kebolehan anak2... :) maka tugas ibu juga la untuk meyakinkan si bapa.. :D
selamat tahun baru...
semoga kita sntiasa di bawah limpahan rahmat-NYA..
salam tahun baru..
semoga dalam rahmat dan kasih saying Allah selalu hendaknya
Anak dara dapat sek asrama yeh UA....Tahniah.....Form 1 ke?....kesian jugak tu, masih kecik....tapi kalau dia yg nak lain cerita!....
Pssst...mlm ni nampaknya terkawal! Hehe....
alhamdulillah. kalau dia sendiri nak psti berjalan lncar
kakak dah keasrama ye..kesian dak alya takde geng..untuk kebaikan kakak juga..biar derdikari dan pandai menguruskan diri di asrama ya
Catat Ulasan