Jumaat, 24 Januari 2014

Jumaat, 24 Januari 2014

Rezeki tanpa disangka

Kisah anak teruna lagi, kelmarin dia telah disunting oleh Pemilik Pusat Tuisyen & petang semalam selesai menjalani temuduga Guru Tuisyen 'Mathe' Sambilan. 

Asalnya 'Sir' datang ke rumah untuk memaklumkan tuisyen kanak2 tadika akan dimulakan, pada mula itu agak berminat untuk si manja kami - Alya tapi apabila tengok pada kadar yuran yang dikenakan, hati agak berbelah bahagi, sememangnya bulan pertama ada diskaun iaitu RM70 + pendaftaran RM50 (setiap hari sabtu jam 9.00 pagi - 12 t/hari, manakala bulan kedua serta seterusnya RM150/bulan (4 kali sebulan, berbaloi tak di daerah terpencil ini??).

Berbalik kepada kisah anak bujang tadi, kebetulan semasa 'Sir' datang, si abang sedang membantu anak gadis kepada jiran di sebelah rumah menyelesaikan soalan matematik form 5 di luar pagar (sambil lepak & bersembang ramai2 sesama mereka..).

Mungkin 'Sir' berminat cara pengajaran dia & setelah berbincang secara tak formal, dia diminta hadir ke Pusat Tuisyen keesokan harinya bagi menjalani temuduga dan berjaya.

Kemudian dia diberi pilihan samada untuk mengajar Pelajar Sek. Men - Form 1-3 @ Pelajar Sek. Ren Tahun 5 & 6, akhirnya dia memilih subjek Mathe sekolah rendah & sains tingkatan 1 manakala seorang rakannya akan mengajar matapelajaran Bahasa Melayu tahun 5 & 6.

Maka bermula Feb nanti bertambah le kerjaya sampingan anak teruna, siang hari bekerja di kantin sekolah bersama 'Makcik' Asrama sek dia dulu & sebelah malamnya mengajar tuisyen. Sekurang2nya dia dapat pengalaman berharga & masanya tidak terbuang begitu aje.

"Nampak gayanya masa berfutsal selepas jam 10 malam le pula ya abang..")

22 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Alhamdulillah. Kerja yg sesuai tu.. bolehla tambah pengalaman si abang... dapat juga buat apa yg disukai pada masa lain..sesuai sgt tu.

Wah rate tuisyen macam tu ke? Saya tak pernah nak ambil tahu. Mahal kot bg saya..

Mat Som Sadona berkata...

aLHAMDULILLAH
Rezeki anak namanya tu
Dan moga rezekinya akan terus murah dan melimpah-ruah
selepas ini

Kakzakie Purvit berkata...

Alhamdulillah... satu langkah bijak dan bermanfaat. Bagus sangat dan kakak tumpang rasa happy. Walau tunggu result tapi Umi pun taklah bimbang apa dibuat sebab dah tahu jadual padat abang long siang dan malam..

OKje berkata...

Maknya jugak yang kenyang hujung bulan ni hehe...... Makan besar le nampak gayanya yeh hehe
Bagus anak bujang awakkan UA....dia tak suka main game yeh?

Unknown berkata...

hujung bulan boleh tuai hasil. heheh :D

Umialya berkata...

game? budak2 mesti suka tp udah dikawal ketat dek umminya yg anti game sejak abis belajar kursus IT dulu (udah cikgu pesan xleh men game dlm komputer..kang tak pasal2 rosak lappy, melayang duit lagi, maklum le kita bukannya org kaya, kan abangkan.. hu3)

Sesekali jerlah, itupn semasa si ibu tidur..

Umialya berkata...

akakpn rasa mahal..

Umialya berkata...

alhamdulillah rezeki anak..

Umialya berkata...

Alhamdulillah kak..

Umialya berkata...

jgn harap le syuk si ibu nak menuai hasil setiap bulan, udah di kata kami lagi banyak duit dari dia, lepas le ntuk belanja harian, syukur alhamdulillah

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. bagus tuh.. sambil2 ngajar, boleh ulangkaji balik ilmu yang dh lama2 tuh. moga jadik cikgu tuisyen yg disayangi. Amin~

nurbijen berkata...

murah rezeki anak teruna UA :)

Nor Azimah Ali berkata...

Alhamdulillah, moga jadi guru terbaik yea..rezekianak dan rezeki mak juga tu

ayukhairy berkata...

Murah rezeki anak sulung akak tu ye..
Bagi ayu mahal la kak..kat sini sebulan rm 80-120..tu pun tgk subjek apa


*akakkkkk...rindu*

Umialya berkata...

Nafira..
Alhamdulillah..

Umialya berkata...

alhamdulillah..

Umialya berkata...

Nor Azimah..
Langkah pertama sblm ke alam kerjaya sebenar, mudah2an, aamiin..

Umialya berkata...

ayu..
i miss u 2.. (padahal hari2 jmpa dlm fb.. ahak)

eita berkata...

alhamdulillah..rezeki kan...rugu kalau tolok

Umialya berkata...

eiita..
yalahkan, pengalaman yg paling penting

MulutPayau berkata...

Alhmdulillah rezeki..dapat jugak cari pengalaman..
Rasanya mahal lah rega bayaran tusyen tu...

Maria Firdz berkata...

Alhamdulillah.. Rezeki dariNya..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang