Tahun ini agak hambar, tiada majlis hari lahir puteri bongsu kami, maklum 24/8 jatuh pada hari bekerja dan kebetulan kami baru sampai dari kampung uruskan borang perjanjian PPISMP bujang junior, penat sangat.

Sementara waktu beli kek secret recipe sepotong seorang, tidak boleh beli sebiji, maklumlah si tukang makan berada jauh di seberang lautan.
Kebetulan anak saudara kami cuti sakit 2 hari sebab demam, jadi boleh balik awal ke rumah.
Insya Allah selepas zohor nanti akan raikan diluar, tak pasti lagi lokasinya, terpulang kepada permintaan dia bersama kakak2nya.
(nak makan kenyang2pun tak dibagi oleh anak2, dorang risau jika plan makan di luar berubah ikut mood si ibu yang sememangnya di luar jangkaan 😄)
Abang2nya tak dapat balik.. ðŸ˜
~~~~~~~~
Akhirnya

Sebulat suara pilihan anak2, kami ikut jer..
Sesudah itu
Haluan kami ke sini
Mencari tempat sejuk..
Pemandangan malam




























