Kisah di hujung minggu, kami ke Manjung, Perak menghadiri kenduri kahwin (bagi pihak pengantin lelaki merangkap adik ipar bongsu.)
Kalau nak bercerita panjang lebar, maaf ye, tuan rumah agak lemau, jika nak tunggu karangan yang berjela2, rasanya kisah ini dahpun basi sebasinya, jadi layan jerlah beberapa keping gambar yang ada.

Mukadimah, tentunya model cilik pengarang jantung umi

Kononnya bermake up, anak siapalah ni?
Alya dan sepupunya

"Tayang sikit wajah tuan tanah, ia agak ekslusif"
xmo renung lama2 tau, hi3

Besar daa anak dara umi..

Sebahagian dari rombongan Cik Kiah...

Kena bayar tol dulu baru boleh duduk, nasib le dik, kihkihkih..
Gelagat anak teruna & sepupunya
Pengantin tengah potong pulut kuning, dorang dok kalut perabihkan udang di meja pengantin, urmm..

Bergambar kenangan bersama pengantin

Sebahagian dari rombongan kami merangkumi ipar duai (cam le ramai sgt, hi3), saudara mara terdekat sebelah suami, alhamdulillah dengan adanya mereka memudahkan semuanya (sebagai pengganti arwah mil/fil.. )

Sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan, bergambar dulu

Buat adik dan pasangan, selamat pengantin baru, moga kekal bahgia selamanya, aamiin.. Maaf akak tak reti nak bagi ucapan panjang lebar.. hi3

Aissssyyyyy.... tak abis lagi makan anak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Perjalanan balik, singgah di Lata Seri Iskandar







Singgah sekejap, maklumlah dah nak masuk waktu senja

Laksa Telur Bersarang
Kalau dah hantu laksa, pantang terjumpa, terus beli untuk dibuat bekalan semasa di dalam perjalanan.













