'Penat woo...' baru jer lepas menjahit lencana sekolah anak2, 'menci tau..' bab2 menjahit ni 'makcik' memang mundur ke belakang, cukup2 malas.
Setelah itu kemaskan baju sekolah anak2, baju2 yang sudah lama asingkan, beri laluan kepada baju2 baru pula, dalam dok asing2kan itu, terpandang 3 helai uniform sekolah menengah (kepunyaan abang) yang masih baru dan belum berpakai memandangkan awal 2012, dia telah dilantik sebagai 'Pengawas Sekolah', jadi beli baju & kasut kaler lain.
Nampak gayanya untuk tahun 2014, tak perlu beli lagi uniform sekolah untuk si adik, itupun jika ingat. -"jimat makcik!!!"
Baju Pengawas si abang pula masih ada sehelai belum berpakai, kemudian terbeli lagi 2 pasang uniform sementara baju lama masih lagi elok dan berpadanan.
(Sayangnya... itulah kadang2 membeli mengikut hawa nafsu, bukannya keperluan - dah masuk ke dalam golongan RIAK le ni, huhuhu..).
Baju si kakak pula, masih lagi di kedai jahitan, telefon siang tadi, katanya esok baru siap. Alhamdulillah boleh dikatakan hampir 90% keperluan persekolahan termasuk buku2 anak sudah siap, cuma baju melayu putih anak teruna kedua belum ada lagi.
Semasa keluar daerah tempohari, letih mencari baju melayu 3 - 4 buah pasaraya, semuanya tidak berpadanan dan apabila penat, dia pula bagi cadangan 'pakai yang tahun ni jer ummi, elok lagi, alaaa pakai sekali seminggu jer..', senang dah hati, dapat berjimat..
Sampai je ke rumah minta dia cuba pakaikan baju melayu yang sedia ada, 'hurmmmm... tak boleh..dah senteng le sayang..' si ibu gelengkan kepala, nampaknya kena mencari lagi di dalam jangkamasa terdekat ini.
Begitu juga dengan pencarian beg sekolah, 3 beradik ok jer termasuk Alya tapi si abang sulung membantah dengan alasan boleh guna beg sekolah lama (kononnya kesiankan kami setelah berbelanja melebihi bajet pada hari tersebut..).
Akan tetapi pada keesokkan harinya dia minta duit sebab hendak beli sendiri beg sekolah (Mahal lak tu kat daerah kecil ini..), alasannya beg lama sudah lusuh, alahai anak.. rupanya dia tak nak kita campur tangan, citarasa dia memang tidak sama dengan kami. 'Hurmmm.. itulah peel anak2 apabila mereka sudah besar panjang. '
Nota: Persiapan sekolah untuk 4 orang anak (termasuk dak alya..), orang sibuk beli barang2 sekolah, dia pun join sekali..