Rabu, 30 Disember 2015

Rabu, 30 Disember 2015

ww

Sementara menunggu pesanan sampai.

Lokasi: Pizza Hut...

Isnin, 28 Disember 2015

Isnin, 28 Disember 2015

Suatu senja..

 

Subhanallah, betapa indah ciptaanNya..

Tiba2 teringat di zaman kanak2 dulu, suka sangat tengok awan berarak sambil fikiran melayang jauh.

Lokasi: Lebuhraya Central Spine Road (CSR), laluan dari Kuala Lipis, Pahang  ke Gua Musang, Kelantan

Ahad, 27 Disember 2015

Ahad, 27 Disember 2015

Hentam jer labu...

Laksa lemak serba kekurangan

Itulah bila teringin, kurang bahanpun jadilah, janji dapat makan, lagi2 bila berada di dalam situasi 'Perut Kosong aka Lapar', pasti sedap hingga menjilat sudu, jemput makan semua... 


Sabtu, 26 Disember 2015

Sabtu, 26 Disember 2015

Resepi Sos Lada Hitam

 
Menu petang semalam

Korang percaya tak, Alya boleh habiskan 2 hidangan Lamb Chops untuk sekali makan?

Gara2 sering menerima pujian melangit si cilik Alya , maka dengan rela hatinya saya ingin berkongsi resepi sos lada hitam simple tapi sedap & kena dengan selera kami, ia sesuai dihidangkan bersama Lamb Chops, Chicken Chops, BBQ dan sebagainya.

Kalau kalian nak tahu, setiap kali Alya minta siapkan Lamb Chops, pasti dia akan menggunakan kaedah psikologi - "Ummi ni Cheflah,  sedap ummi masak.." , dia akan ulang ayat yang sama sehingga berjaya menghabiskan sisa2 makanan di dalam pinggan, "hahhhhhhhhhh kembang hidung tau asyik kena puji jer, hu3"

Resepi Sos Lada Hitam:

Sedikit buttercup (kalau xder, minyak masakpun jadilah)
1 camca besar tepung (bertujuan untuk memekatkan sos nanti)
1 labu bawang besar (Terpulang, nak kisar kering/cincang halus/tumbuk lumat)
Lada Hitam (Ikut kepada kepedasan yang dikehendaki, saya guna lebih kurang 1 - 2 camca besar - ditumbuk halus)
Sos  tiram, kicap manis secukup rasa
Sedikit sos cili * (pilihan..  tak masukpun tak apa..)
1 kiub pati ayam @ sesudu kecil serbuk pati ayam
Air (lebih kurang secawan +) bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki.

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan tepung, kacau hingga keperangan
  3. Masukkan bawang besar & lada hitam, tumis lagi hingga  bawang hampir garing (guna api kecil, pastikan sentiasa dikacau)
  4. Masukkan air, kiub pati ayam, sos tiram, kicap manis, sos cili secukup rasa, renihkan seketika, siap (tak perlu terlalu pekat sebab apabila sos lada hitam sejuk, ia akan bertambah pekat..)
Resepi ini tidak lagi memerlukan penggunaan garam dan gula, penggunaan sos tiram + kicap manis sudah memadai. 

Resepi:  Lamb Chops

Jumaat, 25 Disember 2015

Jumaat, 25 Disember 2015

Penghargaan

dari PTPTN

Sedar tak sedar sudah beberapa kali dalam bulan Disember saya transfer RM melalui sistem TAP Bank Islam, ia bagi membayar Pinjaman PTPTN anakanda setelah menarik diri dari pengajian di UiTM awal Disember yang lalu.

Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin, sebagai ibu, semestinya saya tidak akan biarkan mereka dibebani hutang.

Insya Allah jika dimurahkan rezeki, untuk anak2 yang lain, kami akan cuba elakkan pinjaman PTPTN, bagilah kepada mereka yang lebih memerlukan dana pendidikan.

Khamis, 24 Disember 2015

Khamis, 24 Disember 2015

Sesekali bersama....

Sempat lagi mencuri masa menikmati keindahan alam semulajadi

Lagi keindahan ciptaanNya, subhanallah..




Sambutan diluar jangkaan, Alhamdulillah..
Aktiviti Bersewang

 

Pemberian bantuan...
Lokasi: Pos Buntu, Raub, Pahang.

Rabu, 23 Disember 2015

Rabu, 23 Disember 2015

Tips elak kehilangan...

Tempahan khas buat anak2 terutama 'Kakak' yang akan tinggal di asrama, harap tiada lagi aduan mengenai kehilangan barang asas.

"Letih sangat dengan anak2 ni, kejap mengadu kehilangan sandal, kain tudung, seluar track di jemuranpun sama, macam2.. duit poket jangan ceritalah, dalam kelaspun boleh hilang, itulah 'kakak', kamu cuai sangat...."

Nota: Kasi tempek nama penuh, xder nama manja k, apa kata semua kain baju tempek nama, boleh k gitu?? ahakkkkkkkkkkkk

Selasa, 22 Disember 2015

Selasa, 22 Disember 2015

Keindahan Alam Semulajadi



Sungai bersih dan tidak tercemar, sesuai untuk seisi keluarga berkelah dan mandi manda.

Lokasi: Lata Lembek, Raub.

Isnin, 21 Disember 2015

Isnin, 21 Disember 2015

Percaturan

 
Alhamdulillah selesai sudah dokumen2 yang diperlukan.

"Buat Abang, sila pandang ke depan, jangan toleh ke belakang lagi, kami yakin abang boleh, masa depan abang sudahpun nampak. 

INGAT pesan kami.. jangan sesekali lupa padaNya & belajar rajin2 k, xmo lagi study saat2 akhir, moga kejayaaan sentiasa milik abang, aamiin.."

**** Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Ahad, 20 Disember 2015

Ahad, 20 Disember 2015

Feveret si bongsu

Permintaan Alya minggu lepas, Alhamdulillah dapat tunaikan.. "Makanlah sayang sepuas hatimu"..

Nota: Nasib baik bertugas luar hari ini, terjumpai sebuah gerai buah2an menjual durian. RM5/kg cuma..


Sabtu, 19 Disember 2015

Sabtu, 19 Disember 2015

Melayang lagi...

Ginilah gayanya bila merancang perjalanan jauh, paling utama "servis" kereta dulu, semoga semua dipermudahkanNya, aamiin...


Jumaat, 18 Disember 2015

Jumaat, 18 Disember 2015

Angan Mat Jenin..

 Nasi Goreng Kampung homemade

"Meh kita bersarapan dulu sebelum membawa anakanda menjalani 'Medical Check Up', 

Nota: Agaknya kalau laman ini bertukar dari laman peribadi ke laman masakan, glemer tak?? maklumlah saban hari tertempek gambar makanan, opssssssss

Update: Alhamdulillah semuanya Normal & tiada masalah (Medical Check Up percuma sebab membawa bersama Surat Tawaran).

Khamis, 17 Disember 2015

Khamis, 17 Disember 2015

Khas buat kakak..

Moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah, belajar rajin2 ya sayang, kami semua sayang kakak, muahhhhhhhhhhhhhh....




Rabu, 16 Disember 2015

Rabu, 16 Disember 2015

Kekeringan idea

 
Menu di awal pagi tadi, syukur padaNya ke atas rezeki yang diberikan.

Mohon idea sahabat2 diluar sana...
Menu yang sesuai untuk masakan berasaskan ketam, apa ya?

Nota: Baru sehari menjadi surirumah, dah xder idea, camnerlah rakan2 yang sepanjang masa menguruskan rumahtangga & memasak untuk hidangan keluarga? - sarapan pagi, minum jam 10pagi, makan tengahari, minum petang & makan malam.

Percayalah, kalian adalah terbaik di kalangan yang terbaik, saya mengaku kalah..

Selasa, 15 Disember 2015

Selasa, 15 Disember 2015

Penantian Suatu Penyiksaan..



Bukan anak sahaja yang resah, kami sebagai orang tua lagi gelisah, maklumlah banyak persiapan perlu diuruskan lagipun cuti gantian yang dimohon sudah diluluskan, kiranya kini di dalam mood 'cuti mari'

 Checklist kami..
  1.  Surat Tawaran tempat latihan ( 3 salinan) - 16/12/15 @ 5.00ptg baru boleh muat turun. (sabarlah duhai hati....)
  2.  Borang Pemeriksaan Kesihatan-1 set + 3 salinan (Ujian Darah untuk Hep.B & C done Alhamdulillah - Non Reactive, Rapid Test (Ujian untuk HIV) di KKIA nanti sebelum ke Hospital untuk siapkan "Medical Checkup")
  3. Sijil Asal PMR/SPM - 1 set + 3 salinan (siap)
  4. Surat Beranak Asal dan salinan fotostat - 1 set + 3 salinan (siap)
  5. Kad Pengenalan Asal & salinan fotostat - 1 set + 3 salinan
  6. Gambar Warna berukuran Pasport - 6 keping
  7. Borang Perjanjian Biasiswa - 5 keping + setem hasil 
  8. Borang akuan sumpah - 2 keping 
  9. Borang Akuan Penjamin 1 dan 2 (Saya sebagai Penjamin 1, Abang kandung - Penjamin 2), perlu ke rumah abang, Insya Allah dalam masa terdekat.
  10. Pakaian semasa lapor diri, pakaian sukan, pakaian rasmi - siap
  11. Bantal, cadar, selimut 
  12. Peralatan diri - siap 
  13. Wang Perbelanjaan untuk dia sementara menerima biasiswa
Doakan semua dipermudahkanNya, amiin...

Nota: Di dalam membuat persiapan anak sulung, terlupa pula keperluan persekolahan anak2 yang lain KECUALI Alya, dia seorang jer yang dah lengkap. Insya Allah akan siapkan kesemuanya di dalam masa cuti berbaki ini.

Kiriman rakan blogger..

 

Terima kasih buat Nor Azimah di atas kiriman Sambal Ikan Terengganu Homemade, walaupun berkali2 NA minta alamat tapi saya berdiam diri, bukan sombong tapi segan untuk menerimanya, bak kata orang2 dulu "malu tapi mahu..", Lagipun niat saya tinggalkan komen di laman rakan2 adalah untuk menjalin ukhwah sesama blogger, tiada niat tersembunyi.

Naluri saya tetap mengatakan Rakan Kilauan Emas kesayanganku - Hainom OKje yang berikan alamat kepada NA. "Betul tak Geng??, jika benar telahanku, terima kasih kerana mewakili rakanmu ini.."

Sedap tau sambal ikan yang dibuat oleh NA, memang sudah lama saya tidak makan sambal ikan, rupa2nya ada juga rezeki untuk saya walaupun pada awalnya kemain lagi 'JUAL MAHAL', hi3.

Pssstttt: Tengah berkira2 ni nak balas apa, mungkin sambal berbalas sambal kot, tungguuuuu....

Isnin, 14 Disember 2015

Isnin, 14 Disember 2015

Agak2 koranglah.....

Sanggupkah nak makan bihun goreng yang dihiasi "Cik LIPAS"?

 
Cuba perhati betul2, elok jer merayap mencari makanan.

Nota: Salah satu sebab kenapa saya suka membawa bersama periuk belanga walau ke mana sahaja pergi, bukan sebab kedekut @ berjimat tapi was2 dengan tahap kebersihan di kedai makan.


Ahad, 13 Disember 2015

Ahad, 13 Disember 2015

Dua dalam satu

 
Berlibur seketika selepas hadiri kenduri kahwin 

 
Mood kecewa sebab tidak dapat mandi manda.
  1. Tiada persiapan persalinan pakaian, maklumlah tiada perancangan ke sini
  2. Air keruh 
  3. Dipaksa menjadi model cilik
 
Nampak sangat wajah stress, tiada keceriaan, ahakkkkk.

 
Lagi dan....

 
lagi.

Korang nak kenal ke "TUAN TANAH KEDAUNG?",
Meh nak kasi tunjuk wajah 'AYUku..' uwekkkkkk.....

























Jap2, ada kat bawah tu...


















































 
arghhhhhhhhhhhh kecik udah le...

 
xmo gelak2 k, maklumlah niat asal untuk makan kenduri, tentulah melaram abis, bye, jumpa lagi, muahhhhhhhhhhhhhhh....

Jumaat, 11 Disember 2015

Jumaat, 11 Disember 2015

dua dara pingitan

 
Inilah sepasang anak gadis kami, cepatnya masa berlalu..

 Agak2nya ada persamaan tak pada wajah mereka? 

Nota: Kenangan terakhir kami di Dungun, bila agaknya dapat ke sana lagi setelah anakanda berhenti dari pengajian setelah menerima tawaran KKM?

      Selasa, 8 Disember 2015

      Selasa, 8 Disember 2015

      Seadanya..

      Takkala Geng Kilauan Emas kita memenuhi selera Tuan Anas Jilapah, kitapun nak join sama, yalah.. wanita bekerjaya bukan semestinya tidak perlu memasak, kitapun nak pahala jugalah geng,  bila direnung2 owhhhh "rupa2nya awaklah sumber inspirasiku.. walaupun kadang2 ia RENTUNG, opsssssssss."
      Mee goreng ala2 mamak homemade

      Menu petang ini, ia permintaan 'SUAMI TERCHINTA', tiba2 dapat panggilan semasa di pejabat tadi, dia minta goreng mee lagi.

      Al kisahnya malam tadi, semasa sedang menggoreng mee, tiba2 ramai pula rakan2 anak masuk ke dalam rumah untuk menonton siaran Astro first, cerita apa? entah, sayapun tidak pasti, terus kami berikan kepada anak2 & mereka sedikit seorang, itulah seadanya, kata orang cukuplah sekadar merasa.

      Lagipun kami tidak tahu pula mereka bertandang secara tiba2, rasa tidak sampai hati nak makan takkala ada tetamu.

      Oh ya kiriman Cikgu Etuza sudahpun diterima siang tadi, macam2 Cikgu ini, segan sangat, asyik menerima kiriman dari Keningau jer.. Apa2pun terima kasih diucapkan.

      Rabu, 2 Disember 2015

      Rabu, 2 Disember 2015

      WW



       View di LPT

      Subhanallah, cantikkan ciptaanNya


       

      Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
      Design by Cik Kumbang