Sabtu, 5 November 2022

Sabtu, 5 November 2022

Musim Konvokesyen


Bujang Junior


Diq Nor

Fiqah

Alhamdulillah selesai sudah majlis Konvokesyen anak2 kesayangan umi pada 3 waktu yang berlainan.

Tunggulah Konvo Alya pula, Insya Allah jika dberi rezeki dan dipanjangkan umur, aamiin..


Ahad, 2 Oktober 2022

Ahad, 2 Oktober 2022

Nasib kucing geladangan

Beginilah nasib kucing geladangan, mengharapkan belas ehsan dari insan prihatin.

Nota: Kedua2 belah misai si ibu telah diguntimg pendek, pasti mereka anak beranak adalah mangsa buangan.. 

Moga ada yang sudi bawa balik ke rumah untuk menumpang kasih. 

#Masjid Maran, Pahang


Rabu, 24 Ogos 2022

Rabu, 24 Ogos 2022

Selamat hari lahir buah hati umi


Pejam celik Alya dah menginjak ke usia 13 tahun.

Pertama kali tidak punyai kesempatan untuk raikan bersama.

Doa dari kejauhan, moga anak umi menjadi seorang anak yang solehah, baik dan pintar.

Jaga diri elok2 di sana dan belajar rajin2 demi mengejar sebuah cita-cita.

Kami sayang kamu


Khamis, 23 Jun 2022

Khamis, 23 Jun 2022

Bila umur separuh abad

Ubat-ubatan sudah bertukar status kepada 'makanan asasi'  suami,  jenuh temani si dia  berulang alik ke hospital. :)

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik, aamiin..


Jumaat, 17 Jun 2022

Jumaat, 17 Jun 2022

Rindu kenangan

.                               12 tahun berlalu

                    Masih segar dalam memori

Tiba-tiba rindu kenangan lama, rakan2 blogger yang semakin hari semakin menyepi, di sinilah kami berkongsi rasa.

Alhamdulillah kami punyai 1 group WhatsApp, sesekali dapatlah kami bersembang.

Nota: Model cilikpun sudah meningkat usia remaja dan berdikari kini demi mengejar sebuah cita-cita.

Ahad, 27 Februari 2022

Ahad, 27 Februari 2022

Minggu terakhir persekolahan dan kelas kafa

 

Menu saya untuk jamuan akhir tahun di sekolah Alya - nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar disediakan oleh kawan merangkap ibu kepada pelajar.

Masing2 bawa menu berbeza.

Sessi pagi - sekolah




Sessi petang - kafa


Jumaat, 25 Februari 2022

Jumaat, 25 Februari 2022

Bekalan terakhir di hari persekolahan rendah

 

Setelah 6 tahun tanpa ketinggalan.

Sekejap masa berlalu, Alya akan masuk ke Sekolah Menengah tahun ini.





Rabu, 26 Januari 2022

Rabu, 26 Januari 2022

Alahaiii scammer..

Seawal pagi lagi sudah keluar mencari 'rezeki tersepak..'

Maaf ya, saya salah seorang pembayar cukai yang sudah lebih 20 tahun laporkan pendapatan tahunan.

Setakat ugutan cukai tertunggak, senyum je sambil layan.


Selasa, 25 Januari 2022

Selasa, 25 Januari 2022

Selera berubah

Setiap hari bawa bekal ke pejabat

Sesekali maggi juga pilihan di hati.

Nota: Standby bekas pakai buang, aura beli luar kononnya..🤭

Ada tak peel sama dengan saya?




Khamis, 20 Januari 2022

Khamis, 20 Januari 2022

Sesekali beraksi di dapur

Setiap kali perayaan CNY, tibalah musim Ngaku, setahun sekali je muncul.

Hasilnya.. 
Kerepek Ngaku Homemade

Sedap tau, rugi tak cuba.


Terkeliru sudah..

Risau umi, mana tahu tengah bersilat, tiba2 tertukar kepada acara taekwondo, maklumlah pemegang tali pinggang hitam taekwondo.

Nota: Anak bujang beraksi...



Khamis, 13 Januari 2022

Khamis, 13 Januari 2022

Rezeki

 

Disebalik kedukaan, terselit kegembiraan.

Setelah dikuarantinkan selama 11 hari akibat positif Covid 19 pada penghujung September 2021, alhamdulillah layak dibuat tuntutan elaun wad sebanyak RM400/hari.

Terima kasih En Zaki selaku Agen Insuran AmMet Life Takaful, beliau sentiasa mengambil berat dan bertanya khabar dari masa ke semasa serta berusaha keras membantu dan membuat semakan pada borang tuntutan sebelum  di hantar ke HQ.

Bayaran bulanan antara RM166 70 hingga RM200 (bergantung kepada usia), mur2 sahaja, bolehlah untuk kita rakyat marhain . 

Anak2 4 beradik semua ada "Medical Card" kecuali saya sebab masuk insuran pada usia yang lewat tapi bolehlah .

Erkkkk kemain lagi saya ya? Yalah benda baik buat apa nak sembunyi2.

Sesiapa berminat nak masuk insuran, bolehlah menghubungi En Zaki 0139324849, Agen AmMetLife Takaful


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang