
Surprise lagi.

Kali ini sudah boleh tersenyum, jika tidak 'mencuka' jer, segan katanya.
Kejutan di atas kerajinan Alya belajar dan mengulangkaji pelajaran tanpa rasa jemu.

Alhamdulillah keputusan peperiksaan akhir tahun.
"Tahniah sayang...."
Terima kasih kepada semua (termasuk kalian rakan2 blogger) yang sentiasa mendoakan kejayaan Alya dari masa ke semasa, doa yang baik memberi aura positif buat anak2 dengan izinNya, Insya Allah.
Kedudukan ke 3 dalam kelas
Subjek tertinggi
Hari ini 23/11/2016 (Rabu) Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang. Insya Allah Alya salah seorang darinya.
Nota: Guru kelasnya pula tiba2 kehilangan telefon sejak petang semalam, tak dapatlah tengok Alya naik pentas, sob, sob, sob.. (Moga hari ni dah jumpa, aamiin... )

'Surprise'kan Guru Kelas sebagai tanda penghargaan.
Terima kasih juga kepada semua guru kerana mengajar dan mendidik Alya umpama anak sendiri, jasa kalian tidak mungkin terbalas.
Psttt: Jangan salah faham, ini bukannya entri riak @ menunjuk2, sekadar kenangan untuk Alya apabila dewasa nanti, mana tau kot2 blogspot masih percuma di masa akan datang & tidak padamkan "Diari Hidupku" sebab hampir 100% berkisarkan kisah Alya.

















































