Memaparkan catatan dengan label kek/tart/muffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek/tart/muffin. Papar semua catatan

Selasa, 25 April 2017

Selasa, 25 April 2017

Bila si cilik beraksi di dapur



Inilah aktiviti si cilik semalam  sempena cuti Pertabalan Agong. Si ibu cuma pantau sesekali & bagi arahan, 70% hasil air tangannya.

Nak harapkan si ibu,  keluar masuk  keluar masuk 'buttercup' dari peti ais, berzaman daa bahan tu tersimpan.

Sabtu, 5 November 2016

Sabtu, 5 November 2016

Aktiviti 2 beranak di hari minggu

 
Bluberry Cheese Tart


 
Panas dari Oven...

Cantik tak corak di atas tu? ia hasil kerja seni Alya, si manja kami, gayanya dah semakin mahir.

Dek penangan biskut raya Deepavali yang Auntie depan rumah hulur petang semalam, Alya teringin sangat nak merasa, jadi si ibu kena rajinkan diri 'berbaking', lagipun nak kembalikan pinggan itu, bak kata pepatah "orang berbudi, kita berbahasa", kalau tak,"idok hingin' nak uli adunan biskut bagai.

 
Gambar hiasan semata2
 ("Majlis menyambut menantu" hampir 2 bulan lepas, dah basipun... )

Rabu, 25 November 2015

Rabu, 25 November 2015

Edisi Menayang..

Gara2 jeles dengan Geng Kilauan Emas - Hainom Okje dok tayang Ikan Selar Kuning Sos Kicap semalam, erkkkkkkkkkkk tiba2 pagi ni ada pula gambar  Pizza, wowwwwwwwww cayalah, yang mana lebih sedap geng- Pizza Hut @ Homemade?

Cikgu Etuza dengan menu Soto hasil air isteri tercinta beliau manakala Teacher Nor Azimah dengan Sambal Ikan.

Kak Zakie pula dengan menu Cencaru Bakar, betul2 menggoda tau, nasib baik jauh, kalau tidak bawa mangkuk bertingkat untuk isi semua tu.

Apa kata hari ini kita tayang pula beberapa jenis makanan yang di masak sendiri @ 'homemade', kata omputeh.

Menu pertama, Laksa Asam, tiba2 teringin nak makan, jangan minta resepi k, maklumlah resepi kita main campak2 jer, alaaaaaaaaaaaaa kata orang ikut suka hati memasing nak masuk bahan2 ke dalam kuahnya, janji ada rasa masam, pedas, masin,, kiranya secukup rasa.

Laksa Asam (Laksa Penang)

Pssstttt: Agak2nya kalau letak ke dalam mangkuk putih Cikgu Etuza nampak cantik tak? ahakkkkkkk..


Spagetti Cabonara Mushroom 
(Saya guna Spagetti jenis Vermicelli), ia menu pada hari minggu yang lepas.

Pertama kali mencuba resepi ini..
Chewy Gooey Cheesy Brownies

(Sesiapa berminat, google ya, pasti terjumpa resepi ini, senang sangat (kawan2 yang tidak punyai asas membuat kekpun pasti menjadi) tapi pada pandangan saya, sila kurangkan sukatan gula (Mungkin tidak masukpun ok kot sebab sudah ada penggunaan coklat) sebab ia agak manis pada citarasa saya.

Opssssssssssssss cukup2lah menayang UA oiiiiiiiiiiiiiiii..

Sabtu, 16 Ogos 2014

Sabtu, 16 Ogos 2014

kepuasan

Pertama kali mencuba resepi ini, alhamdulillah hasilnya memuaskan hati walaupun semasa membancuh adunan, diri kepenatan setelah selesai  jalani tugasan rasmi diluar daerah..

Nampak gayanya lain kali boleh buat lagi..

Kek hokkaido

Khamis, 14 Ogos 2014

Khamis, 14 Ogos 2014

Bila teringin..

Gigih membuatnya..

Sebelum dibakar

Kek Pisang jer...

Soto

Alhamdulillah...

Sabtu, 26 Julai 2014

Sabtu, 26 Julai 2014

tersurat & tersirat

Apakah maksudnya itu??

Oven baru pemberian hubby semalam

Sedangkan..
Oven lama masih elok lagi cuma bersaiz kecil..
Berjasa kepada kami berbelas tahun sudah..

Nota: Masih tercari2 mood 'berbaking'..

Khamis, 1 Mei 2014

Khamis, 1 Mei 2014

Kek lagi..

Setiap bulan adalah bday Alya - "untungkan jadi anak bongsu.."

Tempahan khas dari kejauhan - hasil kreativiti sahabat merangkap 'exboss' 


Antara hasil seni beliau..(ambil dr fb)

Bagi teman2 yang tinggal di Kolumpur & teringin kelainan, boleh le tempah..

Khamis, 13 Mac 2014

Khamis, 13 Mac 2014

Doa buat MH370

Teruskan berdoa, mudah2an segala kebuntuan selama ini terlerai jua, aamiin..

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehNya" (Al Baqarah ayat 286)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Merujuk entri SAHABAT KARIBKU awal pagi tadi, maaf ye geng, UA tak berapa reti daa nak masak Sambal Bilis Rangup (dasar MANUSIA lupa daratan, hi3..), maklum le sekarang ini kita lebih mahir memasak masakan simple2 seperti menu di bawah, lagipun tekak kita udah ala2 omputih gitu dalam sehari dua ini walaupun HAKIKATNYA keenakkan BUDU tak mungkin dilupakan apatah lagi BELACAN mahupun CINCALUK, ahakkkkkkk

Kek Lapis Cream Cracker Cheese

Pssttt: jangan le salah faham k, kita bukannya riak tau, sesaja nak hilangkan rasa jeles tengok Sambal Bilis Rangup kat sana tadi, terliur geng.. hu3

Sabtu, 8 Mac 2014

Sabtu, 8 Mac 2014

Kek Karamel lagi

Sentuhan terakhir sebelum dibakar..


Rabu, 5 Februari 2014

Rabu, 5 Februari 2014

kemaruk

kek lagi..

model tetap si ibu..

Khamis, 30 Januari 2014

Khamis, 30 Januari 2014

persiapan terakhir

Teruskan misi & ambil cuti tahunan demi KAKAK tersayang

** "Balik kampung oooo balik kampung, hati girang..",
 Doakan perjalanan kami diberkatiNya, aamiin..

Oh ya.. tempahan DITUTUP, harap maklum, ahakkkkkkk..

Selasa, 28 Januari 2014

Selasa, 28 Januari 2014

tempahan khas


Demi memenuhi permintaan KAKAK tersayang.

Ianya dibuat dengan penuh kasih sayang walaupun di awal terpaksa 'bercintan cintun' dek KEMALASAN melampau, petang kang bersambung lagi.. (erkkkkkkkk teruknya tatabahasaku.. hu3).

Nota: Urmmmmm kena bertungkus lumus siapkan selewat2nya esok, nanti nak bawa balik kg.. oh ya.. sesapa nak tempah, cepat2 selitkan order sementara tempahan masih dibuka, opssssssss....

Selasa, 15 Oktober 2013

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidiladha

Salam aidiladha buat semua, semoga raya kali ini penuh makna dan disambut dengan kegembiraan, kami anak beranak beraya di sini cuma, agak sepi sedikit maklumlah ramai yang telah pulang berhari raya di kampung halaman masing2.

Sekarang anak2 kecil yang menemani cuma, hubby masih belum balik sesudah solat raya, dia sibuk membantu apa yang patut di luar sana.

'fresh' dari oven

Kek orang malas, itupun atas permintaan Dak Alya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rezeki yang dikongsi bersama, alhamdulillah..

Isnin, 19 November 2012

Isnin, 19 November 2012

kali pertama

 Muffin Durian

Cubaan membuat Muffin Durian,  sedap dan teksturnya gebu, resepi main campak2.. kiranya  tak membazir durian kat sudut dapur tu...

Nota: Sehari dua dok asyik keluar entri makanan jer, ia bukan bermakna laman ini sudahpun beralih arah...

Selasa, 6 November 2012

Selasa, 6 November 2012

Bila Kerajinan Melanda

 
Suka 'membaking' contohnya seperti muffin di atas tapi jangan tanya, muffin apa tu? ubahsuai resepi mengikut citarasa sendiri, pastinya ia seakan chipmore, kejap ada, kejap tak ada, maklum le anak2 sedang membesar..

Nota: Teringin mencuba sendiri 'Durian Crepe', maklum le nak beli tapi jauh.. 

Sayangnya 'Fresh Cream' pula sukar diperolehi di daerah sekecil ini, tak apa.. bila berkesempatan keluar daerah nanti, pasti akan dibeli banyak2 untuk dibuat stok..

Sabtu, 29 September 2012

Sabtu, 29 September 2012

selingan lagi...

Sebelum balik kampung semalam, sempat lagi menyiapkan tempahan Kek Coklat (ala2 muffin) & Apam Polkadot/Angre Bird.

Masih di dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan pic angre bird yang cun...

Jumaat, 21 September 2012

Jumaat, 21 September 2012

Angan2

Berangan2 nak dapatkan ini..
Oven yang 'besar & sebesarnya', sebaik2nya boleh bakar biskut satu adunan terus, jimatkan masa dan tenaga, gitu juga jika bakar muffin, idok perlu le nak tunggu 6 biji sekali masak, hentam jer 'labu' dalam tu semua, kang senang kerja tu...

Kat rumah bukannya xder oven tapi 'makcik' punya kecik sangat, yalah cuma jenama butterfly tapi ia sudah berjasa sejak berbelas tahun lepas 


Stand Mixer

Yang nipun nak jugak, senangkan jika nak buat roti, idok le lenguh tangan dok uli adunannya nak bagi naik berkali2 ganda, lagipun maner tau suatu hari nanti tiba2 terajin membuka tempahan untuk jualan tapi ader ke orang yang nak order?

Angan2 jelah dulu Makcik Tini oiiiiiiiii, buat masa sekarang, kerja rajin2, capai dulu Sasaran Kerja Tahunan yang diberikan oleh Majikan tu...

pssssstttttt: Sapa tau rega kedua2 peralatan itu?

Khamis, 13 September 2012

Khamis, 13 September 2012

misi malam ini..

Esok ada jamuan raya di sekolah anak, justeru itu saya kukuskan 'apam polkadot' sebagai bekalan, setiap kali kuih ini masak sekejap jer habis dipunggah dek hero & heroin, mereka makan bersama anak jiran.

Akhirnya tinggal beberapa ketul, itupun sebab saya cepat2 ambil dan masukkan ke dalam bekas untuk di simpan. Kang melopong anak manja ummi pagi esok apabila tak kesampaian nak bawa kuih ke sekolah.

Anak jiran siap berbisik ke telinga anak: "minta le ummi buat lagi, jualpun xper, saya nak beli, sedap.. tak sama ngan kuih lain.."

Setelah beberapa kali mencuba, saya ubahsuai resepi yang asal, jika sebelum ini, apabila sejuk jer, kuih ini agak keras dan setelah diubah suai sukatannya, ia memang lembut & sedap walaupun sudah semalaman.

Apam Polkadot

Sukatan terkini yang saya gunakan ialah:
4 biji telur (gred B) - simpan dalam peti sejuk
1 cawan susu segar / cair
200 gm gula caster
1 cam. kecil ovallete
260 gm tepung
3 cam. kecil baking powder
sedikit esen vanila
(Pewarna-ikut suka nak berapa jenis) 

Filing secukupnya.. (Terpulanglah nak letak inti apapun)

1) Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga adunan naik sekali ganda

2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titis pewarna ikut kesukaan. Masukkan ke dalam piping bag @ beg plastik yang bersih (buat lubang kecil di hujungnya)

3) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas yang diletak ke dalam acuan lompang (isi separuh dulu), masukkan filing dan picit adunan berlainan warna hingga 3/4 acuan.

4) Titis (dot. dot) ikut warna kesukaan, kukus guna api sederhana sehingga masak.

Rabu, 16 Mac 2011

Rabu, 16 Mac 2011

Misi menyiapkan muffin diteruskan

Sementara menunggu anak pergi kedai belikan serbuk koko, aku memulakan langkah awal pagi dengan  membancuh adunan untuk Muffin Vanilla memandangkan serbuk koko sudah kehabisan stok. 

Tak lama lepas tu, dia bawa balik coklat masakan.. errmmm nampaknya dah tersilap beli, maklumlah anak laki maka aku terpaksa ubah sedikit resepi mengikut kesesuaian. Kali ini aku menggantikan serbuk koko dengan coklat masakan cuma kena kurangkan gula separuh, kalu tak manis.. hasilnya tidak mengecewakan, sedap!!
adunan yang siap dibancuh, menunggu masa untuk dibakar


Muffin terakhir, buh adunan terlampau padat, gara2 nak perabis adunan -  kononnya nak cepat.. maklumlah dah mula jemu ngadap muffin dari petang semalam, kalu camnilah, tak nampak gayalah nak ber bz baking.. hu3

muffin yang siap di 'packing'

Ader le sorang dua anak2 jiran aka kawan sepermainan anak minta izin masuk ke dalam rumah kononnya nak tengok cara penyediaan muffin, dapatlah rezeki dorang seketul sorang.. maklumlah...

Si Hubby pulak tak sudah2 bertanyakan, bila kita nak balik kampung? hu3.. nantilah dulu, apa yang penting muffin  ini perlu disiapkan dulu, maklumlah guna oven jenama butterfly aje tapi amat berjasa pada kami sejak berbelas tahun dulu.. Inipun nasib baik le ia tak wat hal..

Gara2 Muffin Coklat Chip

Seawal pagi tadi aku terima mesej daripada anak buah di kampung yang akan mendirikan rumahtangga khamis nanti, dia minta tolong buatkan muffin sebanyak 100 biji untuk "majlis mengenal",   sepatah kata terkeluar, gileerr, grrrrrrmmmmm  dan blur buat seketika. Naper le tak cakap awal2???

Cuba bayangkan waktu kerjaku seawal jam 8 pagi hingga 5 petang, manakan sempat nak siapkan itu semua.. adoooiii, nak wat camner ni? 

Esok aku sudah ambil off, perancangan awal nak balik kampung tapi bila dapat tempahan pada saat2 akhir gini, terbantut segalanya, mula2 tu terfikir nak beli aje kek coklat gardenia, pastu packing satu persatu..

Entah camner, semasa balik waktu rehat, tergerak hati singgah di kedai dan beli bahan2 untuk buat muffin, kesian pulak kalu tak tolong.

Apatah lagi balik aje kerja petang tadi, aku memulakan kerja2ku membuat kek muffin coklat chip hingga ke malam.. bila packing dapat lebih kurang 50 biji tak termasuk yang dah di makan dek anak2.. nampaknya kena bersambung pulak hari esok bakinya.. tengah berkira2 nak wat muffin coklat  atau muffin vanilla?

Inilah resepi muffin coklat chip style umialya, main redah aje..

Muffin Coklat Chips

Bahan2
1/2 ketul (125 gm) Butter
1 cawan minyak jagung
300 gm gula perang
1 sudu teh essen vanilla
 1 sudu teh soda bikarbonat
500 gm tepung naik sendiri (Jika guna tepung biasa, tambahkan baking powder 1 sudu teh)
7 sudu besar serbuk koko
2 cawan susu segar (aku gunakan perasa coklat) - guna susu cairpun boleh
6 biji telur (gred B)
Coklat Chips secukupnya (nak lebih rasa coklat, masukkan banyak)

Cara2nya:

  • Panaskan oven 175'c
  • Campurkan tepung naik sendiri, soda bikarbonat dan serbuk koko, ayak
  • Putar seketika butter, minyak jagung dan gula perang
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan essen vanilla
  • Masukkan tepung tadi diselang seli dengan susu segar dan separuh coklat chip
  • Masukkan adunan ke dalam acuan muffin 3/4,  taburkan coklat chip
  • Bakar hingga masak (Lebih kurang 30 minit)
  • Dah siap pun..
Resepi 2

Bahan-bahannya:
A
 2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B
 2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3 biji telur
C
 3/4 cawan air panas

  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  • Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder, soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. 
  • Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
    Maka inilah hasilnya:

    Muffin yang siap dibungkus
    Lantaran kesibukan menyiapkan muffin maka kami anak beranak makan malam secara ala kadar aje, masak nasi, tumis sardin + terung dan goreng telur mata kerbau, simple sangat.. sekali sekala apa salahnya??

    Seronok pulak tengok dorang makan, berselera, mungkin dorang lapar kot. hu3..  sekejap aje nasi dan lauk habis.. nasib le korang, itu ummi belum buka bisnes 'baking' lagi.. kalu tak.. hari2 makan nasi berlaukkan telur rebus.. hu3..

     

    Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
    Design by Cik Kumbang