Jika orang lain, gembira sangat dapat cuti panjang, berlainan pula dengan Alya, dia menghitung hari untuk ke sekolah..
Buat latihan untuk subjek tahun 3
Susah sikit katanya sebab dia belum belajar lagi..😀😀, "biar umi dan kakak jadi cikgu tak bertauliah, sekurang2nya apabila guru mengajar, Alya mudah faham nanti. "
Minggu depan akan mulakan kelas tambahan, di daerah terpencil ini susah untuk dapatkan pusat tuisyen, untung bagi mereka yang tinggal di bandar2 besar, pusat tuisyen berlambak cuma perlu sediakan duit sahaja.
Kelengkapan sekolah hampir siap 100% cuma tali leher belum beli lagi, "tak apa nak, perlahan2.. "
Asyik cuba pakai baju sekolah, guna tie abang masa sekolah rendah dulupun jadilah, owhhhh anak.. 😀😀
















