Rentetan kisah kami kuar daerah minggu lepas, selepas ke TC, kami singgah ke sebuah pasaraya, tujuannya untuk membeli pakaian anak2..
Sementara tu, kami rehat jap sambil menikmati aiskrim (antara termahal yang pernah kami makan, maklum le orang kampung - biarpun bagi orang lain, ia sudah menjadi perkara biasa dan pencuci mulut asasi).. sayang seribu kali sayang Alya terlena, maka kami yang masih segar inilah yang menjamah aiskrim tersebut.
Dalam keseronokkan snap gambar anak (bukan disini), kami di tegur dek sorang pekerja yang mengatakan tidak dibenarkan ambil gambar semasa berada didalam supermarket ini, nanti disaman. (pertama kali aku tahu, pasaraya kat KL pun, tak penah lagi aku dengar bab saman menyaman ni..)
ehhh, betul ke?? ambik gambar kat pasarayapn boleh jadi kes saman menyaman jugak ke sedangkan x der satupun tempekan iklan yang mengatakan bahawa tak boleh ambik gambar kecuali di dalam wad (kawasan hospital).. ishhhh, malas nak fikir panjang.. ikut je le..














