Khamis, 25 November 2010

Khamis, 25 November 2010

Kali terakhir

Nampaknya ini adalah entri terakhir untuk minggu ini, buat sementara waktu aku terpaksa melupakan seketika dunia 'blogging' yang sudah sebati dengan kehidupanku dimasa lapang. Aku pasti merindui teman2 seangkatan dan juga sudah pastinya akan ketinggalan beberapa topik menarik  hasil nukilan teman2 diluar sana.

Naper ye, adakah aku  membawa diri? rajukkah? atau masih ada perasaan  kecewa lagikah atas peristiwa semalam? alaaaa.. dah tua2 ni x perlu lagi nak rajuk majuk ni, malu kat anak2 je..

Sebenarnya esok aku kena kuar daerah lagi bersama sorang staf untuk beberapa hari demi menunaikan tugas dan amanahku terhadap kerjaya, sebagaimana akujanji yang telah termenterai sebaik sahaja menerima jawatan ini. Maka hasilnya, aku mampu membantu keluargaku seadanya dan apa yangku miliki kini adalah hak kami bersama, tiada rahsia antara kami.

Kemana ye haluanku kali ini?? Insya Allah akan dimaklumkan kemudian hari bersama2 pic Alya. Insya Allah


Rabu, 24 November 2010

Rabu, 24 November 2010

Kecewa, kecewa dan kecewa

Tak tau nak mulakan dari maner, sejak balik keje petang tadi hingga kini, perasaan ini tidak tenteram sekali,  sedih, kecewa, moody  teramat sangat. Naper ye???

Entah le, salah siapa? semua xmo ngaku kesilapan, semua mengelak.. BENCI!!!  habis stok EBM Alya di dalam frezeer hampir2 cair, aku sedang mencari jawapannya:-
  •  Mungkin pintu peti ais tidak ditutup rapat? 
  •  Mungkin juga dorang tertutup suiznya?
tapi jika suiznya tertutup, tak mungkin  ais pack yang tersusun rapi di pintu frezeer dan ais yang berlambak didalamnya juga hampir2 cair  (biasanya ia dapat bertahan 24 jam jika berlakunya masalah elektrik).

ermmm, jawapannya yang pasti:- pintu frezeer tidak ditutup rapat iaitu selepas dorang bukakan untuk ambil ais.. GERAAAAMMMM...  apa nak buat ni..

Tengahari tadi, aku di pejabat dan tak balik ke rumah seperti biasa, mungkin jika balik ketika itu, keadaan tidaklah seburuk kini. YA Allah..apa aku nak buat ni??

Isnin, 22 November 2010

Isnin, 22 November 2010

Tag - istilah bahasa dengan anak

Hari ini aku telah di tag dek KasehKu a.k.a Lynd berkenaan dengan 'istilah bahasa dengan anak', ambooiiii Lynd, mentang le akak anak dah ramai, sesuka ati je tag akak ye!! apa2pun akak cuba jawab sejujur2nya:-


  1. Private Part:- Boy -bird    Girl-pepet (sama ngan Iea a.k.a imaan09)
  2. Punggung - kekal lg istilah punggung
  3. Buang air besar - BO @ Yak *maner2 tercapai dek akalku)
  4. Buang air kecil - PU @ buang air ye!
  5. Pukul - nak kena ni @ bagi kan!
  6. Tidur - tido
  7. Breast feeding - susu
  8. Makan - makan
Akak dah jawab, maka akak nak tag pula:
  • Hasmah (dah lama daa akak x dengar bebelannya)
  • Ena (sila ambik ye w/pun akak x smpat g umah bgtau)
  • Syamila
  • dan sapa2 yang punyai anak, x kira le anak sndiri ke @ anak sedara, anak angkat bla. bla. bla, moga anda sudi menerimanya.

Ahad, 21 November 2010

Ahad, 21 November 2010

Sekitar Majlis Hari Lahir

Sebenarnya tidak terlintaspun nak buat majlis hari jadi Syazmi, inipun secara kebetulan.

Balik kenduri tengahari ini, ajak hubby ronda pekan kot2 ader kedai kek dibuka, maklum le, niat asalnya nak buatkan sendiri kek coklat sempena meraikan hari lahir dik mie tapi keadaan yang tidak begitu mengizinkan. Alhamdulillah, kedai kek ader di buka maka kami singgah untuk membeli sebiji kek coklat.

Sampai je ke rumah, terdapat anak2 jiran berkumpul 2, 3 orang lantas dijemput je mereka menjamah apa yang ader, x sempat nak masak apa2 lagi, nampaknya jimat le tenaga ummi nak buatkan bihun soto sebagaimana permintaan dik mie pada awalnya (tapi nampak gayanya menu tu kena buat jugak untuk minum petang nanti.. al-maklum le, daging ayam sudah dikeluarkan daripada frezzer pagi tadi.)
comotnye mulut anak ummi.

Sebenarnya selepas majlis ni, ramai lagi anak2 jiran merangkap rakan mereka datang makan kek ( hidangan ala kadar je..)  tapi mood nak ambil gambar kosong, Mimie yang sibuk melayan dorang ni, tu le, sapa yang suh datang lambat.. hu3

Sabtu, 20 November 2010

Sabtu, 20 November 2010

Selamat Hari Lahir

Buat anak manja kami yg sememangnya sinonim  ngan gelaran Dik Mie, tak kiralah peringkat umur berapapn, yang kecik2pn tetap panggil dia dengan gelaran itu, Kami ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 11'  mulakan tekad baru, tak nak lagi manja2, silap sikit, rajuk, mudah sgt mengalir air mata, bak kata org, sensitif.. tak mancho le ngan status anak lelaki, bolehkan?? hu3.. teruk ummikan mengenakan anak sendiri..

Nampaknya hari ni tak sempat buat sebarang acara untuknya, kepala ummi pula dah pusing2 sejak dari pagi lagi, mungkin 'mabuk daging kot!! mandilah guna air hangat berulangkalipun tapi masih tak jalan lagi. Insya Allah.. jika ummi tak sempat buat kek, nnt ummi pergi beli je yang dah siap kat kedai..bolehkan?? kesian pulak kat dia,  sekurang2nya kena le ader sebiji kek coklat kegemarannya..

Jumaat, 19 November 2010

Jumaat, 19 November 2010

Masih lagi di dalam mood aidiladha

Sekejap je dah masuk hari raya ke 3, menu yang istimewanya sempena raya aidiladha tentunya berasaskan daging, akupn dah mula muak daa bila tengok daging. Sudah le di pagi raya wajib ader rendang daging.

Alhamdulillah, meskipun tahun ini hubby tidak berkesempatan untuk membantu di dalam aktiviti ibadat korban memandangkan kekangan masanya tapi rezeki kami tetap ader.
Sebahagian daripada daging korban, banyakkan!! 
kami telah memanjangkan sedekah ini kepada mereka yang memerlukannya, itupun frezeer masih lagi padat + dengan stok EBM Alya.

Salah satu menu daging korban tentunya sup tulang + 'gear box', taukan?? alaaa, itu loghat kami di pantai timur, sedaaaapnya... nyum3

Itu adalah diantara menu semalam. Pagi tadipun aku cuma masak menu berasaskan 'ikan tongkol + daging ayam + sayur2an. simple tapi sedap.

Kalu boleh sehari dua ni aku cuba elakkan menu berasaskan daging, biarlah masak lauk lain pula tapi tup, tup, petang ni kami dapt lagi sup tulang seperiuk (bukan semangkuk ye)  + kari daging pemberian jiran, waduuuuhhh, tak boleh elak, nampaknya inilah lauk untuk makan malam kami, nak tak nak, kenalah juga habiskan lauk ini. Orang kata, rezeki jangan di tolak, musuh jangan sekali2 dicari, ye tak???

Musim2 ini, periuk tekanan (pressure cooker) amat berguna bagi kami terutamanya bagi mempercepatkan proses memasak seperti menyediakan sup tulang, jika sebelum ini proses merebus mengambil masa yang agak lama tetapi setelah menggunakan periuk ini, ia cuma mengambil masa 45 minit - 1 jam, cepatkan!! jimat masa dan sudah tentunya menjimatkan penggunaan gas.

Tart Telur

Adoooi, teringin sangat nak makan tart telur, (dah tua2 ni, dah x ngidam daa..)  mula tu cadangnya nak buat pagi raya tapi tak kesampaian, awal2 pagi raya, butter dikeluarkan daripada frezeer dan masukkan ke dalam mangkuk, nak tau apa nak jadi, malamnya sebelum masuk tidur, simpan semula butter tersebut kedalam peti ais, gitu juga keesokkan harinya, awal2 pagi lagi keluarkan, cadangnya balik keje petang tu boleh le buatkan kuih tart ini tapi seperti hari sebelumnya, simpan semula.

Hinggalah ke hari ni, call anak jam 10 pagi tadi minta dia tolong keluarkan butter tu daripada peti ais dan biarkan ke suhu bilik, Insya Allah, balik rehat tengahari, kena buat juga. Nekad hati ini.

Ingatkan nak kongsi resepi tart telur dengan rakan semua, mana tau, kot2 kalian nak mencubanya dan ia juga sebagai rujukanku, mana le taukan, dilain masa, tiba2 terlupa pulak sukatannya, bolehlah rujuk kat sini. (walhal aku main campak2 je, ikut suka je nak masukkan sukatan banyak mana, janji siap dan paling pentingnya sedap)

Tart Telur
Bahan2 (kulitnya)
250gm (1 ketul) Butter @ Margerin
440gm Tepung Gandum
100gm -125gm Gula Halus (terpulang kepada memasing, kalu suka manis, boleh tambah lg, tapi ingat, kesihatan perlu dijaga)
2 biji telur (aku ambil bah. kuningnya sahaja)*
sedikit essen vanila*
* di campur dan pukul seketika

Cara2nya:
Gaulkan butter, tepung dan gula (guna hujung jari je bagi memastikan kerangupannya) sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan campuran telur dan gaul hingga menjadi doh. (tambah ais sesudu dua jika perlu)

Isinya (filing)
1 tin susu cair 
-1 cawan Air Suam
-1/3 Cawan Gula Pasir 

1 camca kecil esen vanilla
-4 biji telur

Campurkan kesemuanya dan tapiskan.
(untuk hari ni,cuma bancuhkan 1/2 sukatan bahan untuk filing, inipun cukup2)

Cara2nya

Ambil sedikit pastri dan tekan kedalam acuan, kemaskan bah. lebihan tepinya menggunakan pisau.
Cucukkan bah. tengahnya menggunakan garfu
Bakar lebih kurang 15-20 minit menggunakan suhu 175'c atau sehingga kekuningan
Keluarkan dan tuangkan filing tadi secukupnya
Bakar lagi lebih kurang 15-20minit (hingga tart tadi masak)
Angkat dan biarkan seketika sebelum di keluarkan daripada acuannya, sejukkan.

Sedap tau, kalu kali ader masa terluang, boleh le mencubanya

Acuan Tart

Rabu, 17 November 2010

Rabu, 17 November 2010

Salam Aidiladha

Buat semua umat Islam diucapkan selamat menyambut hari raya haji (Aidiladha), Mohon maaf sekiranya ada diantara bingkisan di laman ini ada terkasar bahasa, mungkin menyinggung perasaan rakan semua.

Raya kali ini kami x berkesempatan untuk balik kampung, banyak sgt urusan yang perlu disiapkan.  Cuti pun cuma sehari je.
Sempat lagi buatkan muffin vanilla & strawberi pagi ni

Di antara rentetan kunjungan anak2 jiran selepas solat raya tadi (sila abaikan masa yg tertera di pic, terlupa nak edit)
 
di antara menu hari ini ialah:-
  • Nasi Dagang + gulai ikan tongkol & kari ayam
  • Laksa Asam
  • Lemang + rendang daging
  • Dadih
  • Tapai (masuk dalam bekas dadih je, maklum le dok taman.. nak cari daun pisang susah)
  • Kuih muih 

Sabtu, 13 November 2010

Sabtu, 13 November 2010

Mungkinkah??

Naper le sehari dua ni langsung tiada idea nak buat entri baru dan semangat  berblog merundum ke 'zero'? Mungkin letih dan penat ngan prog. tempohari? bukan setakat tubuh badan je, suara pn antara keluar ngan tidak, sengal2 gitu, mungkinkah ini adalah tanda2nya??? @#$%^. oh, tidddaaaakkkkk!!! hu3. 

Apatah lg minda yang agak bercelaru, byk perkara yang perlu difikir dan disiapkan dalam jangkamasa terdekat. Insya Allah, moga cuti mingguan ini dapat mengembalikan mindaku ke asal dan lupakan seketika urusan rasmi.

Apa yang pasti, salah satunya, kekecewaan dijiwa ini masih lagi menebal ekoran pic2 yang dirakam semasa berada keluar daerah 2,3 hari lepas ter'FORMAT'.. habis kesemua kenangan Alya dan peristiwa sepanjang program itu hilang.

Ahad, 7 November 2010

Ahad, 7 November 2010

Alya suka sgt bantu ummi

Bertuahnye ummi bila punya anak yang suker membantu, tak caya?? jom tengok je aksi Alya  (baru bangun tidur) setelah ummi sibuk buat persiapan untuk kuar daerah beberapa hari lagi. 

Sib baik le, bila Alya bangun tido tadi, aku dah siap masukkan kain baju ke dalam bag dan cepat2 zipkannya.. kalu tak??, ntah le..






 

Wajah natural Alya ngan muka tak berbasuh lg. hu3

Khamis, 4 November 2010

Khamis, 4 November 2010

naper le karang ni pelupa sgt2

Waduuuuh, petang ni baru teringat ansuran kete lum bayar lg.. naper le perkara yang gitu penting buleh luper pulak, x pasal2 dapat surat warning dr bank, patut le duitnya terlebih je, sib baik aku x sempat berjoli sakan.. huwwwaaaa!!

Nampaknye isnin nnt minta tlg abi g bank bayarkan.. tu le, semua dok kat kepala ni, dia lgsg x nak tlg ingatkn, sudah le  semo bil2 kita yg kena settle kan.. maner le terarat nak ingat semo itu tamb. pulak krg ni busy gileeerr.. ngan prog. luar yg byk berlambak2 d tambah lg.. otak dok fikir pasal odit, odit dan odit.. biler le nak siap.. biar le lekas sikit.. x le berdebar nunggu buah yg tak gugur. hu3

Selasa, 2 November 2010

Selasa, 2 November 2010

xtau tajuk aper, blank daa..



Masih lagi kisah si Alya semasa di MVH tempohari, aktifnya ngalahkan anak laki2, panjat sana, panjat sini.. langsung xleh dok diam
 
buat le aper yg patut omeeeeyyy ye, janji bahagia. hu3

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang