Bagi memujuk Alya yang merajuk sebab tidak dapat ke sekolah awal pagi tadi, saya telah membawa dia bersiar2 di kawasan taman perumahan kami, selepas itu melencung ke gerai makanan yang terletak di kawasan perumahan yang tidak jauh dari rumah untuk membeli roti canai.
Rasanya sudah parking motor jauh dari kenderaan lain, tempatpun tidaklah sesibuk mana, ketika sedang order roti canai, tiba2 kedengaran kecoh di hujung sana, waduhhhhh rupa2nya motor kesayangan kami telah dirempuh dek kenderaan yang dibawa oleh seorang wanita.
Kisahnya begini, sewaktu wanita itu sedang mengundur kenderaan, dia tidak nampakpun motor itu, apa lagi terus disondolnya motor kami tanpa belas kesian, topi keledar pulak terpelanting ke atas jalan raya, sudahlah ia kepunyaan anak teruna, baru jer beli " orang kata tengah sayang lagi.."
Wanita tadi minta saya periksa jika ada kerosakan, entahlah sayapun bukannya reti sangat bab2 kenderaan ini, pastinya yang nampak di depan mata cuma brek tangan & no. motor yang patah, cover tercalar sikit.
Dia rasa bersalah sangat2 dan hendak tanggung kos pembaikian jika ada sebarang kerosakkan, pada pemikiran saya, sudah tak ada rezeki lagipun sikit jer tu & tidak perlu dapatkan ganti rugipun tak apa.
"Hurmmm tak apalah, tak mahal kot, biar saya ganti sendiri, jangan risau, tak ada masalahpun", itulah jawapan saya, lagipun dia berulangkali minta maaf diatas kecuaiannya.
Balik ke rumah, terus hubungi hubby mengadu kononnya 'terjatuh', tidak bagitaupun perkara sebenar, kang letih telinga kena bebel sebab tidak minta sikitpun gantirugi.
Alhamdulillah hubby tak marah, lagipun dia tahu isteri dia ini memang keberatan hendak bawa motor bagi menghantar & mengambil anak tusyen tapi hubby yang beria minta tolong, lagipun dia ada kerja -"Bini manja katakan, semua kerja 'laki' yang buat, bininya reti masak, itupun yang simple2 jer, ahakkk.."
"Sebenarnya saya faham sangat daa peel laki merangkap buah hati kesayangan saya itu, rasa2nya tak salah kot saya sembunyikan perkara sebenar demi kebahagiaan rumahtangga kami?", cewahhhhhhh ayat tak menahan tu, lagipun biarlah saya yang keluarkan bajetnya nanti.
Jawapan hubby: 'xper, brek tu tak mahalpun, di bawah RM10 jer, nanti Syafiq (anak sulung) balik rumah jap lagi, minta dia pergi hantar kedai, repair..'
Sebaik jer anak teruna kami sampai ke rumah, terus minta dia bawa motor ke bengkel, tanpa melengahkan masa diapun mendengar arahan si ibu ini tanpa sebarang bantahan.
Tidak lama selepas itu, dia balik semula dan memberitahu bahawa bukan brek motor jer rosak tapi melibatkan bahagian dalaman jugak, kos yang diperlukan lebih kurang RM70-80 tapi bukan hari ini sebab ketiadaan sparepart, ia kena order dulu.