Selasa, 15 Januari 2013

Selasa, 15 Januari 2013

nak kata apa erk..

Selepas waktu pejabat tadi, singgah seketika ke sebuah pasaraya untuk membeli keperluan dapur, semasa sessi membayar, mata asyik tertumpu jer pada wajah 'cashier', mungkin pekerja baru kot..

Tak tahu nak kata apa, dia langsung tak mesra pelanggan, pada mula2 sampai hingga ke akhir riak wajahnya 'masam' jer, sesekali tengok juga pada skrin komputer, tiba2 terlihat dia 'punch' 2 kali pada susu dutch lady 'ok tak apa, inilah masa aku nak kenakan dia.." -  terdetik di hati kecil ini.. (Jahat tak??)

Selesai membayar, saya berpura2 semak bil kemudian bertanya "Naper susu Dutch Lady ni sampai 2 kali bayar, saya beli satu pack jer?", cashier itu terkejut lantas ambil bil tersebut untuk semakan, terus dia pergi mencari penyelia, kelam kelibut jadinya, agak lama selepas itu, barulah dia sampai dengan wajah tersenyum kelat - "Hurmmm retipun nak senyum.."

"Kak.. minta maaf ye, barang yang dah bayar tak boleh dipulangkan semula" (maksud dia, duit yang diterima tidak boleh dipulangkan kembali, betul tak??), wajahnya agak pucat dan saya berpura2 tidak berpuas hati, " Kak ambil satu lagi ye..", pintanya merayu.

Agak lama saya mendiamkan diri, dia merayu sekali lagi, "Boleh kak ye, saya minta maaf sangat2.." , "Oklah.." sepatah jawapan daripada saya tapi masih lagi kaku di situ, apabila melihat dia bersungguh2 dan ingin berlari untuk mengambil susu tersebut (kebetulannya ramai pelanggan sedang beratur..), "Tak apalah, layan pelanggan, biar saya pergi ambil sendiri, sebenarnya saya dah nampak tadi awak punch 2 kali, tapi bila tengok wajah awak stress jer, saya malas nak tegur...." - aci tak saya kata gitu..?

Hati wanita, walau sekeras manapun cair juga apabila mendapat ucapan kemaafan, sebenarnya bukanlah saya nak marah @ terasa hati, sekadar untuk berikan pengajaran padanya, nak buat lebih2 kesian pula, lagipun dia baru jer nak mulakan kerjaya.

11 ulasan:

Unknown berkata...

pelik jugak yer smpai tk bole nk refund. Tp respct dgn umi alya. Sgt baik hati.

nurbijen berkata...

boleh pulak mcm tu.... nasib baik akak sporting :)

Unknown berkata...

Budak baru jadi cashier kot..takpalah at least dia dapat satu pengajaran hari ni, tapi kira sporting la awak..

kurus berkata...

kekekke jahat kak ! .. ;))
tapi at least dia sedar ..agaknyee dia ada masalah bopren .. uish2 ... selalu bila melibatkan masalah akan terserlah dlm perbuatan kita kan ..dan akibah dia .. hurmmmmmmmm ;)

CeqGu berkata...

biras anis kena lagi teruk kak, siap cashier tu hempas2 barang dan cakap kasar lagi bila kena tegur....haihhh

OKje berkata...

OKje pun tak suka kalau jumpa org masam cam tu ( jahat jugak ni) he..he...
bukan susah sangat nak senyum pun!!
Sokong apa yg umialya buat tu... biar dia tau!

IntaNBerliaN berkata...

adoila... saya kan, kalau muka msm2, rosakkan mood je tau.. hihii

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

apa yg akak buat tu betol sgt...senyum pn susah kan haru betol la

@LeenShamsh berkata...

kak tini mmg cekaplah n tahu manfaat peluang :)

Si Matatajam berkata...

Memang patut pun akak bahasakan dia skit..

Puan Kutu berkata...

akk ni mmg toleransi orgnya..cashier tu tengah stress la tu..sabo jer la!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang