Isnin, 29 September 2014

Isnin, 29 September 2014

Macam cantik jer, macam comel jer..

Korang ada??

Nota: "Mini Zoo" milik abang ipar..

Ahad, 28 September 2014

Ahad, 28 September 2014

Bila teringin

Rajinkan diri memasak MALANGnya famili tidak suka jenis2 makanan bersantan dan dipenuhi beranika sayur2an, urmmm nampak gayanya "sendiri masak sendiri makan".

Kemaskini: "Nasib baik Alya suka, idok le keseorangan habiskan semua itu."

"Amacam Geng, ada rupa Lontong tak?? maklum le kita tidak mahir memasak masakan jawa."

Sabtu, 27 September 2014

Sabtu, 27 September 2014

Kisah Semalam

Pertandingan mewarna

Hadiah Saguhati,

Alhamdulillah sekurang2nya tidak pulang dengan tangan kosong sebab bukan semua peserta dapat, cuma 20 peserta terbaik selain 3 orang pemenang.

Hari inipun ada pertandingan mewarna anjuran Bank Rakyat, awal pagi Alya sudahpun berada di sana, abahnya hantar, jap lagi si ibu akan meyusur ke sana bagi sokongan, k byeeee.....

Rabu, 24 September 2014

Rabu, 24 September 2014

doa restu...

Petang nanti bermulanya 'final exam' si bujang nun jauh di sana.

'Buat abang, semoga berjaya, ummi dan abah sentiasa doakan yang terbaik'

Nota: Sejak dua menjak ni banyak entri berkisarkan kisah si bujang, nak buat camner, diari hidupku memang tercipta untuk kisah suka dan duka kami sekeluarga..


Isnin, 22 September 2014

Isnin, 22 September 2014

Langkah Pertama

Alhamdulillah berkat doa semua, si bujang telah berjaya di dalam peperiksaan Online sabtu lepas, tahniah abang, buat semua, terima kasih diucapkan.

Untuk si bujang, ia permulaan yang baik dan pastinya bertuah sebab dapat kutip pengalaman paling berharga di usia yang masih terlalu muda.

"Walaubagaimanapun abang kena persiapkan diri dengan 'Final Exam' yang akan bermula 24 September nanti", jangan seperti kata pepatah "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran"

"Maafkan ummi sebab tidak sempat berikan sokongan tempohari, maklum le di saat itu berada nun jauh di sana dek tugasan rasmi.."


Sambil merasai kehangatan PRK N01 Pengkalan Kubor.

Salah satu aktiviti di sana.

Pastinya Dak Tecik ada bersama.

Khamis, 18 September 2014

Khamis, 18 September 2014

Resah..

Siang tadi menerima tetamu yang tidak diundang, seorang ibu bersama jiran tetangga datang mencari anak gadisnya 13 tahun,  sebaya dan seasrama dengan 'kakak'.

Pada mulanya mereka ingatkan dia bersama anak gadis kami meronda2 kawasan taman perumahan tapi rupanya meleset, entah ke mana menghilang.

Hingga ke saat ini masih belum dijumpai & puas sudah dicari merata tempat tapi tidak ditemui. Langkah terakhir kini membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurut sumber terdekat, si anak ini telah keluar dari rumah bersama sebuah beg pakaian siang tadi tapi tidak dimaklumkan ke mana arah tujuan ketika si ibu punyai urusan luar & tinggalkan sekeping nota di rumah jiran supaya tolong tengok2kan ibunya.

"Ya Allah selamatkanlah anak ini, bukakanlah pintu hatinya supaya dia kembali ke pangkuan keluarga segera, aamiin"

Nota: Jam 11.30 malam, menerima perkhabaran gembira, anak ini sudahpun ditemui, alhamdulillah

Rabu, 17 September 2014

Rabu, 17 September 2014

Doa buatmu

"Buatkan yang terbaik, Insya Allah abang boleh.."

pssttt: "Sambil cari pengalaman.."

Nota: Biarlah anak2 menentukan masa depan mereka, bergantung pada minat memasing, janji ia tidak lari  dari landasan, lagipun ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.


Ahad, 14 September 2014

Ahad, 14 September 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan

Jemputan buat si bujang tapi sayang seribu kali sayang, dia tidak dapat hadir, maklumlah sedang hadapi 'final exam'.

"Ummi tahu abang kecewa, sedih tidak dapat hadir sebab jauh, lagipun pada minggu tersebut, peperiksaan akhir semester sedang berjalan, apa2pun 'good luck', moga kejayaan sentiasa bersama abang.."

Isnin, 8 September 2014

Isnin, 8 September 2014

seadanya

Rehat tengahari, sempat masak char kuey teow ala2 "Penang mari", alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki yang ada..


Sabtu, 6 September 2014

Sabtu, 6 September 2014

Entri Khas

Buat Cikgu Etuza

Saya berjaya masuk tapi MALANGnya..

Ia cuma punyai 2 laman sahaja tanpa blog PESONA, Kemanakah ia menghilang..??

Nak kata terdelete, tak mungkin sebab laman ini masih boleh dilayari di alam maya untuk bacaan umum.




Menjadi tanda tanya, kenapa ia punyai 2 laman sahaja?

Mungkinkah Cikgu sudah keluarkan diri sebagai Pengarang dari blog PESONA?? Seakan2 Laman PESONA tidak bertuan kini... 

Banyak 'setting' yang hilang..

Saya sedang mendapatkan maklumbalas dari pihak Google, mungkin pihak mereka akan memberi maklumbalas melalui talian personal Cikgu @ email 'ezakehidupan@gmail.com', harap ia memberi sinar kepada laman PESONA nanti.

** Masih tercari2 jawapan, jangan mudah berputus asa..

Nota: Mohon bantuan rakan2 diluar sana yang bijak pandai supaya Laman PESONA dapat dikembalikan kepada tuannya, saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..

Jumaat, 5 September 2014

Jumaat, 5 September 2014

spek baru

Kepunyaan si bujang - gantikan spek mata lama yang hilang bersama beg sandang (diletak atas rak perpustakaan.)

Nota: "Pengajaran buat abang, jangan sesekali letak barangan berharga merata tempat"

Isnin, 1 September 2014

Isnin, 1 September 2014

Ku digoda & tergoda

Gara2 entri OKje, maka terhasillah Kikari versi UA tapi guna ayam yang diperap rempah ratus & digoreng separuh masak, sedap..

Tak ubah suai resepi, bukan UA namanya, maklumlah gunakan bahan asas yang ada di rumah jer..


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang