Khamis, 31 Mei 2012

Khamis, 31 Mei 2012

Trip ke Cameron Highlands

Hari ahad yang lepas, kami ke Cameron Highlands, bertolak ke sana agak lewat petang, justeru itu tidak banyak tempat yang sempat dikunjungi, sekurang2nya ia dapat menghiburkan hati kesayangan kami.

Yalah.. setelah 3 minggu berturut2 bekerja tanpa henti, setiap minggu keluar daerah, walaupun kemana pergi sentiasa bawa bersama akan tetapi ia tidak sama ibu2 sepenuh masa yang sentiasa bersama mereka, itulah hakikatnya mempunyai ibu yang bekerjaya, sesungguhnya masa untuk anak2 begitu berharga.

wajah Alya yang baru bangun tidur, kusut masai je rupanya..


posing yang tak boleh dielakkan..

sampai je ke kawasan ini, tiba2 Alya membuang air besar, sebagai altenatifnya:-

guna 'mata air' aka air mineral semulajadi, ok le sbb untuk sampai ke destinasinya, jauh lagi..



pose yg tak boleh blah, suh je posing, terus lentuk kepala..

ermmm.. tiba2 tak boleh 'download' gambar, bersambung.....


Ahad, 27 Mei 2012

Ahad, 27 Mei 2012

Wet World Shah Alam

Cuti semalam kami telah mengambil kesempatan membawa anak2 'makan angin', tak jauhpun sekadar  dalam Malaysia je.

Pada mulanya kami punyai beberapa pilihan 'waterpark' yang terdapat di kawasan berhampiran, Gambang Water Park sudah selalu kami kunjungi, nak cuba tempat baru pula.

Cuba dapatkan maklumat melalui internet, terdapat 2 'water park' yang telah menarik perhatian kami iaitu Wet World Shah Alam dan Wet World Pedas, Negeri Sembilan, jika dilihat pada bayaran masuknya, Wet World Pedas jauh lebih murah, perancangan awal kami memilih lokasi ini dan selepas itu terus ke Melaka.

Semasa berada di dalam perjalanan (traffic jammed yang teruk & berlakunya kemalangan dimana kereta berlanggaran sesama sendiri), mb memasing2 ke majlis penutupan Hari Belia Kebangsaan yang bertempat di Putrajaya), kami cuba dapatkan maklumat terperinci dan pengalaman mereka yang telah pergi kedua2 lokasi ini, akhirnya keputusan muktamad kami ialah ke Wet World Shah Alam.

Perjalanan ke Pedas dibatalkan kerana maklumat yang diterima agak kurang memuaskan lagi2 apabila ada pengumuman 'Diminta ibubapa pastikan anak-anak tidak membuang air besar merata-rata di sekeliling taman air ini. Jika di dapati anak-anak anda melakukannya, pihak kami akan mendenda ibubapa kanak-kanak tersebut.' 

Alya bergambar dipintu masuk Wet World Shah Alam







Budak ni memang cukup berani, dia lebih suka berendam di dalam kolam untuk orang dewasa berbanding untuk kanak2..






Insya Allah jika punyai kesempatan, kami akan ke sini lagi, andai kata ditanya d iantara 'Water Part' yang menjadi pilihan kami?, tentunya pilihan utama ialah Gambang Water Part dan disusuli dengan Wet World Shah Alam (yang ini ok sbb airnya tidak begitu sejuk..), mungkin jika punyai rezeki lagi, kami akan ketempat lain pula.

Jumaat, 25 Mei 2012

Jumaat, 25 Mei 2012

Keputusan GA: Cuba teka

Jika diperhatikan pada lokasinya, kalian pasti terlihat sedikit karpet merah pada bahagian sudut bawah, sudah semestinya ia berada di bawah khemah..

Jawapannya ialah:-

Zoommmm
Belon yang berterbangan..

 ia milik Alya, belon ini telah terlepas dari pegangan tangannya dan melekat pada bumbung khemah, kesian Alya, asyik dok sebut je, belon adik, belon adik!!!!!.. nak ambil tak kesampaian sebab tinggi sangat...

Peserta GA yang telah meneka dengan tepat ialah:
Memandangkan cuma NoEn sahaja yang dapat meneka dengan tepat, maka dia adalah pemenang utama GA ini TETAPI awal2 lagi dia sudah menolak hadiah utama tersebut (sbbnya apron yang sangat cantik itu merupakan hasil kerjatangannya sendiri), maka hadiah yang bakal diperoleh oleh NoEn ialah sebuah 'Buku motivasi: Menjana Keluarga Bahagia & 1 hadiah lain' (sedang fikir2 nak bagi apa ye..., tahniah NoEn....
ok lah ye, tujuan asal GA ini adalah untuk berikan sesuatu buat kalian sebagai menghargai persahabatan kita, justeru itu, apa salahnya  kita perluaskan hadiah2 tersebut kepada rakan2 yang telah sudi meluangkan masa seketika untuk meneka,  untuk mempercepatkan proses undian, akak mohon bantuan En. Random untuk mencari pemilik "Hostess Apron" . 

10 orang teman2 yang telah sudi menyertainya iaitu:-
  1. Imaan 09 / Lea
  2. Citarasa Rinduan / ayu (kasi alamat cepat..)
  3. Fieda
  4. Aju
  5. NoEn
  6. Pn. Syg
  7. IeeDaz -  pos pd 27/07/12
  8. Nureen - blum dpt mklumbls
  9. mummy airis-arissa
Pemilik "Hostess Apron" ialah: 

buat rakan2 yang lain dan  Mulut Payau  (merupakan pengkomen terakhir -tak sempat teka sebab GA ini ditutup lebih awal) akan mendapat saguhati seketul FM  'Shah Alam Wet World Water Park' setiap seorang.

Buat kalian semua, sila emailkan nama, alamat dan no. telefon ke umialeeya@gmail.com untuk penghantaran hadiah..

GA: Cuba Teka..

GA kali ini adalah untuk menghargai kalian sebagai teman di alam maya, ermmm sebenarnya sudah lama tak berikan sesuatu buat kalian sebagai kenang2an..


Syaratnya cukup mudah (tak kisah le samada kalian 'follower' @ tidak, tiada paksaan):-

i) Cuma teka (TERHAD 2 KALI TEKAAN SETIAP SEORANG..)

'Apakah benda yang ditunjukkan oleh Alya pada gambar di atas?',

kemain lagi tang jarinya menunding sesuatu yang telah menarik minat dia, kejadian ini berlaku beberapa hari lepas iaitu semasa daku bertugas luar...

ii) Bagi jawapan pada entri ini. (jika terdapat ramai yang meneka dengan tepat, maka terpaksa menggunakan budi bicara en. random untuk mencari pemenang...)

iii) Tarikh tutup (dipercepatkan) :25 Mei 2012 aka 12 t/hari.

Hadiah utama:
Hostess Apron
(ditempah khas dari MamAlya Boutique, cantik sangat, sayang nak guna,  justeru itu ia dijadikan sebagai hadiah..)

Hadiah saguhati:
Buku motivasi: Menjana Keluarga Bahagia

Nota: Bagi teman2 yang cuma meneka sekali sahaja, apa kata cuba sekali lagi, maner tau ader rezeki kalian....... 

Khamis, 17 Mei 2012

Khamis, 17 Mei 2012

dalam seminggu

Banyak kisah2 telah berlaku dalam tempoh seminggu dua ini, ia betul2 menguji keimananku, seawalnya menerima perkhabaran bahawa anak buah di rawat di unit ICU, terus kami bergegas balik dan seterusnya  bergerak keluar daerah lainnya bagi menghadiri mesyuarat dalam jarak yang agak jauh, pergi balik hampir 1,000KM 360',  penat sangat2..

Selang beberapa hari kemudian, keluar daerah lagi bagi bertugas sempena Program YO! Pekan didaerah Pekan, semasa berada di dalam perjalanan, tiba2 kaki pulak wat hal, tak boleh berjalan secara tiba2 dan selepas 'check in' terus kaku di atas katil.

Keesokkan harinya terpaksa berpapah semasa menjalankan tugasan, nasib baik jadual bertugas tidak melibatkan banyak pergerakan kaki dan cuma menggunakan pergerakan tangan dan mulut, nasib baik punyai teman2 yang sudi membantuku untuk ke bilik air dsbnya.. terima kasih teman..

Selesai je program itu, kami terus bergegas balik ke rumah, kaki ini sudah tidak mempunyai kekuatan untuk melangkah dan mengalami kesakitan jika terpijak, ya.. akhirnya diri ini terpaksa dibantu @ mengensot je ke bilik air, esoknya jatuh pada hari minggu, daku cuba rehat sepenuhnya.

Malangnya walaupun sudah berehat panjang, ia masih tidak menunjukkan perubahan, kami sudah nekad untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan, malangnya ke semua klinik swasta ditutup dan kami cuba mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan di hospital berhampiran tapi akhirnya terpaksa batalkan hasrat tersebut memandangkan terdapat ramai pesakit sedang menunggu giliran.

Buat pertama kalinya, daku mohon keizinan boss untuk mengambil 'Cuti Kecemasan'  selama beberapa hari bagi memulihkan keadaan dan seorang rakan telah memperkenalkan rawatan perubatan cina iaitu dengan mengambil sejenis ubatan 'Ginseng' tapi kali ini tanpa perskrip daripada seorang doktor, Alhamdulillah ia berjaya mengurangkan kesakitan dan selang beberapa hari, diri ini dapat bangun serta berjalan walaupun di dalam keadaan yang agak lemah.

Setelah 3 hari bercuti rehat, hari ini daku memulakan tugasan rasmi tapi banyak memberi tumpuan terhadap tugasan yang tidak memerlukan pergerakan kaki..

Esok daku kena keluar daerah lagi 3 hari 2 malam bagi bertugas pada 2 program yang sudah terjadual, buat teman2, doakan daku sentiasa dibawah perlindunganNya dan diberikan kesihatan yang baik serta kaki ini mampu bergerak cergas, amin..

Selingan: terhibur melihat ragam teman2ku dikala dapat berposing ngan artis katakan...

Nota: Seringkali kedengaran kata2 di luar sana, haihhhh..  doktor, misipun sakit jugak,  mungkin diaorang lupa, kami cuma manusia biasa, Allahu Akbar...

Selasa, 15 Mei 2012

Selasa, 15 Mei 2012

selingan

Minggu lepas, kami melalui perjalanan yang agak memenatkan, malamnya bertolak balik ke kampung 'urgent' setelah dikhabarkan anak buah telah dimasukkan ke unit ICU, sampai ke kampung pada pagi keesokannya dan rehat seketika di rumah pusaka, tengahari terus bergegas ke HRPZ II.

Habis waktu melawat, kami segera menuju ke Kuantan bagi menghadiri Mesyuarat merentasi Terengganu dan melalui di tepian Laut China Selatan bagi melihat permandangan indah disekitarnya, sesekali berhenti rehat sambil menikmati makanan laut bergoreng dan bersantai ditepi pantai.


Inilah kisahnya anak kecil yang jarang2 ketemu pantai

Ralat:  Suami kempunan nak makan telur penyu, sampai kat Kuala Terengganu (Pasar Payang sudah tutup) hari sudah malam!!!

Selasa, 1 Mei 2012

Selasa, 1 Mei 2012

teman rapat


Amir anak jiran tetangga merupakan teman baik Alya walaupun kadang2 tu dorang bergaduh jugak, maklum le si Alya agak kedekut terhadap barang2 permainannya, kawan2 juga akan tapi jangan sesekali nak usik barangnya. Adat le kan, anak2...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang