Rabu, 22 Februari 2012

Rabu, 22 Februari 2012

Tahniah Lea

Alhamdulillah hari ini dapat mesej dari rakan blogger Imaan09 aka Lea memberitahu mengenai kelahiran Puteri kedua mereka Nouri Ilham binti Mohd Zarif seberat 3.25kg pada 22.02.2012 (cantik tarikh ini..) pada jam 8.01 pagi di Hospital An-Nur, Bangi, mesti comelkan persis kakaknya Ruhil Imaan.

Tahniah buat Lea dan suami, teringin nak tengok bayi kecil ini tapi kekangan masa dan jarak yang jauh membataskannya, jangan lupa 'upload' gambar baby ye Lea buat tatapan kami biarpun cuma melihatnya di alam maya..

Selasa, 21 Februari 2012

Selasa, 21 Februari 2012

hati2 memilih gerai makanan

Biar gambar menceritakannya
hmmmmm tak terkata jika ketemu situasi sebegini..

Sumber: facebook

Khamis, 16 Februari 2012

Khamis, 16 Februari 2012

'kebizian' melanda

Nampaknya dalam seminggu dua ini diriku terpaksa hadkan masa berblog memandangkan masa begitu mencemburuiku.

Buat teman2, mohon maaf sebab tidak berkesempatan menziarahi kalian, setiap hari masa begitu pantas berlalu, cepat sangat2, Insya Allah jika punyai masa terluang, diriku akan cuba 'blog walking'.

Hari ini sepanjang hari berada di Cameron Highlands bagi menghadiri menyuarat, jika hari2 sebelum ini, pasti punyai kesempatan untuk mengambil gambar Alya di bawah rimbunan daun2 teh, malangnya hari ini tidak berkesempatan. 

Insya Allah 2 hari lagi kami akan kembali ke sini bagi merealisasikan program yang dirancangkan, bayangkan masa yang tinggal untuk membuat persiapan cuma sehari sahaja tapi aku yakin, 'team work' yang kami amalkan dari dulu mampu membuahkan hasil yang memuaskan.

Sepanjangku berada di CH pada hari ini, pelbagai perkara telah berlaku samada rasmi atau personal, pertamanya seawal pagi mendapat penggilan guru bahawa si abang  tiba2 deman semasa berada di sekolah, nampaknya diriku terpaksa minta tolong gurunya hantar dia ke pejabat, kemuadian minta tolong anak buahku - a untuk menghantarnya balik ke rumah selepas jam 1 petang nanti, maklumlah rumah berkunci dan kunci rumah pula berada di dalam pegangan si adik.

Panggilan kedua  anak buahku Nor, beliau ingin mengambil cuti tanpa gaji sebulan bagi menjaga kakaknya yang sedang menderita sakit di hospital, buat sementara ini disyorkan supaya dia menghabiskan cuti rehat tahun lepas yang masih berbaki dan cuti rehat untuk bulan Jan/Feb sementara cuti tanpa gaji diluluskan.

Panggilan ketiga dari pemandu teksi yag membawa klien menjalani ujian mamogram di WCDBC dan dia memaklumkan bahawa mesin mamogram telah rosak secara tiba2, justeru itu, dia meminta izin untuk membawa klien ke Pantai Medical Center, Ampang, berlakunya beberapa perkara diluar jangkaan (antaranya kecoh sebab surat rujukan berada di WCDBC..) dan dia terpaksa menunggu membawa klien pulang dengan sabarnya, terima kasih En. Harith dan hampir jam 8 malam tadi baru sampai.

Alhamdulillah 40 orang klien yang dihantar dengan bas ke Hospital Tung Shin juga selamat sampai ke destinasi dan malam ini suami sudah membawa si abang ke Unit Kecemasan untuk mendapatkan rawatan dan dia mendapatkan surat pelepasan sekolah untuk tempoh 2 hari.. 

Nampaknya sudah larut malam dan diri ini perlu rehatkan badan, maklumlah esok merupakan persiapan terakhir untuk program kami dan balik dari Cameron Highlands petang Ahad, kemudian pada hari isnin  terus ke Kuantan bagi menghadiri mesyuarat lagi.

Selasa, 14 Februari 2012

Selasa, 14 Februari 2012

bercampur baur

Entahlah, gembirakah tidak hati ini apabila dikhabarkan oleh suami bahawa petang nanti kami akan menerima exora bold , sedangkan di hati ini tetap sayangkan yang lama..
pinjam pic google..

Iyalah.. selama 6 tahun ia berkhidmat untuk kami, tak pernah meragam kecuali tayarnya pecah semasa terpijak 'lopak dalam' yg dipenuhi dek air hujan semasa dlm perjalanan balik dari kg thun lepas.

rambang mata

Selepas waktu kerja tadi, singgah seketika di sebuah pasaraya, niat dihati untuk membeli bahan mentah aka ikan barang seekor dua untuk menu keesokkan harinya.

Buat anak2 sememangnya bahan mentah aka daging ayam sudahpun mencukupi sebagai stok seminggu ini, buat diri ini, semestinya nakkan lauk yang berlainan setiap hari, kalu hari2 berlaukkan daging ayam, tak ke jemu jadinya.

Nampaknya kesemua bahan mentah berupa pelbagai jenis ikan, ketam, sotong dan sebagai baru aje sampai dan segar2 belaka, kiranya jualan pagi merupakan penghabisan stok semalam, kemain lagi ia menggoda hati ini, nasib baik cuma bawa bakul je, muatlah beberapa jenis bahan2 mentah seperti ketam, ikan, kerang dan sayur2an.

Selepas timbang kesemua itu, tiba2 terlihat beberapa jenis lagi stok ikan yang baru diletakkan, tergoda melihat kesegaran dan saiz ikan yang agak besar, di daerah kecil ini agak sukar untuk kami mendapatkan ikan sesegar seperti ini, kiranya JARANG2...

Seandainya ku bawa troli tadi, pastinya akan diangkut lagi ikan2 yang segar, maunya penuh troli dan bolehlah ia dibuat stok harian kami.

Nota:
Menu petang ni simple je, sup bayam + kerang rebus + ikan goreng + sambal, tak perlu masak pelbagai jenis lauk  sebab ikan segar yang di goreng panas2 menyelerakan ditambah lagi makan bersama nasi hangat..

Ahad, 12 Februari 2012

Ahad, 12 Februari 2012

Tertipu

Pernahkah kalian tertipu semasa membeli keperluan dapur dan sebagainya? saya akui sering tertipu sebab kecuaian diri sendiri.

Contohnya semasa membeli barangan basah di pasar, apabila balik ke rumah seringkali tertanya2, betulkan harganya banyak ini sedangkan barangan yang dibeli sedikit cuma?

Suami seringkali menegur sebab tidak mengambil kisah tentang harga sesuatu barangan, terus bayar aje tanpa menanya harganya terlebih dahulu, sampai aje ke rumah mulalah nak mengira, huhuhu

Pada minggu lepas, sehabis waktu kerja saya telah singgah di Pekan Selasa untuk membeli keperluan harian, ada sebuah gerai menjual sayur2an dan tempat ini sememangnya sudah banyak kali mengenakan caj yang tidak berpatutan.

Kiranya setiap kali saya membeli di sini, balik ke rumah pasti punyai perasaan cam tak puas hati, justeru itu,  dalam pemikiran saya sudah ditanam sikap berhati2, tak nak membeli kat sini tapi tempat lain tak banyak pilihan, maklumlah hanya disini menyediakan pelbagai pilihan.

Saya telah mengambil beberapa jenis barangan seperti mee dan sayur, setiap barangan yang saya ambil pasti akan ditanya harganya terlebih dahulu, kiranya di fikiran ini sudah kira harganya siap2, justeru itu apabila disaat untuk membayar, si penjual memberitahu harga kesemuanya ialah RM9 sahaja. (sikit je tukan...)

Hihhhhhh biar betul? ujar saya

Sayapun mula mengira semula satu persatu dan harga yang dapat cuma RM 7.40 sahaja, akhirnya saya membayar dengan harga yang sepatutnya.

Jika terlalai sudah tentu penjual itu dapat untung bersih RM1.60, itu baru sorang pembeli, kalau dah 100 pembeli, paling kurangpun dia dapat keuntungan bersih (atas angin..) RM160/hari,  sapa nak kasi...?

Sabtu, 11 Februari 2012

Sabtu, 11 Februari 2012

pemeriksaan mengejut 'muka buku' anak

Tengahari hari tadi ambil masa seketika untuk memeriksa fb aka 'muka buku' anak, tengok sapa kawannya dsb, terjumpalah kenalan sorang budak sek. ren dari utara  (dari mana dia dapat kenalan ni entah le...) yang punyai pautan laman yang tak sesuai untuk tontonan kita apatah lagi anak2 kecil.

Kita sebagai orang dewasapun tak tergamak nak tonton video tersebut, rasa2nya geram je nak nyamar sebagai anak dan minta no. telefon mak bapak budak tu tapi bila fikir2 tiada titik penamatnya. (bukan semua ibubapa yg boleh menerima kelemahan dan kekurangan anak2 mereka..)

Tindakan yang terpaksa diambil ialah keluarkan dia dari senarai teman sebelum anak daraku tengok benda yang negatif ini.

Jumaat, 10 Februari 2012

Jumaat, 10 Februari 2012

alahai anak

Sudah 3 hari si abang demam, semalam dia telah diberikan 'cuti sakit' selama 3 hari oleh doktor semasa dibawa gurunya ke hospital 

nak harapkan umminya, tercuai sikit atas alasan kerja, kerja dan kerja yang tak pernah2 habis, terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah diatas keperihatinan itu.

Walaupun berada di dalam keadaan lemah dan tidak berdaya tetapi dia gagahi jua ketemu rakan sekelasnya setiap hari bertanyakan mengenai pembelajaran sekolah yang telah dipelajari  dan kerja2 rumah, seboleh mungkin dia cuba siapkan pada hari yang sama.

Di dalam masa yang sama, dia agak kecewa apabila tugasan sekolah teman2 sekelasnya telah diambil oleh guru untuk disemak, maknanya dia telah tercicir bab ini, maka dengan sabar si ibu kena berikan motivasi supaya dia tak bersedih, adoiiii anak!!

Jika semangat ingin berlumba2 kearah kebaikan ini sentiasa bersama, Insya Allah.akan ada peningkatan pada dirinya dan kejayaan pasti bersama, aminn

Rabu, 8 Februari 2012

Rabu, 8 Februari 2012

Budak2 zaman sekarang..

Tidak mampu nak ulas panjang lebar dengan sikap segelintir anak2 zaman sekarang ni, agak2nya slogan " Budi Bahasa Budaya Kita" sesuai lagi tak?

ermmmm.. cuma mampu geleng kepala bila baca ini:-

A: Saya ne nak tipu takde la tp saya rasa tersentuh dengan jalan cerita filem ini, sangat sedey.. syabas..
B: Waalaikumusalam, terima kasih kerana menonton filem 2 alam
A: Saya tak cakap pun saya tonton cerita 2alam, saya tonton Harry Potter.. kesian tengok Dobby mati, tersentuh jiwa saya.. 2alam buat ape..? Bangla-banglapun tak nak tengok.. *jujur ni*

Family Day Part 4

Masih lagi dalam mood Hari Keluarga di Tiara Beach Resort, PD


mood berposing ntah ke mana..


alahai ummi, panas2pun nak ambil gambar gak ke, silau mata ni..


gaya ginipun ok ummikan!!


main tembak2 air



 




 main air lagi..



Kesemua abang dan kakaknya sudahpun bersalin pakaian tapi si Alya tetap nak mandi juga.. adoiiiii sabo ajelah

Selasa, 7 Februari 2012

Selasa, 7 Februari 2012

mood sedih

Masih lagi terasa kehilangan walaupun sudah lebih 24 jam berlalu.

Biarpun yang pergi cuma seekor kucing jalanan tapi apabila sudah bertahun lamanya bela, setiap sudut terasa ia masih ada. 

Terpandang ikan yang baru dibeli siang tadi, terbayangkan si kucing yang setia menunggu di sudut sana untuk menerima habuan

Meskipun ia kelaparan tetapi tidak pernah menyelongkar saji mencari makanan dan begitu sabar menanti.

Itulah di antara kebaikan seekor kucing yang kami gelarkan ia sebagai 'Kitam' yang telah pergi buat selamanya petang semalam.

Family Day Part 3


Suasana waktu pagi di Tiara Beach Resort, Port Dickson

Aktiviti 3
Ucapan Ketua Pengarah

Aktiviti 4
Upacara perasmian oleh Dato' Seri Napsiah Omar



Simbolik Perasmian


 bergambar kenang2an..




Aktiviti 5
Acara Silap Mata

Sebenarnya banyak lagi acara yang disediakan seperti cabutan bertuah (tak bertuahpun), sukaneka dan karaoke, tak kuasa nak ambik gambar2 tu, baik layan aje gambar si kecil kami yang tak jemu2 berendam air dari pagi hingga ke petang.


 huhhh, tertidur kepenatan daa

atas mejapun jadilah..

Kiriman Ayu minggu lepas, cantikkan!!! akak ucapkan terima kasih banyak2.. Insya Allah ia sentiasa akan dibawa bersama..



Bangun je tidur, nak mandi.. layan ajelah..

sambung part 4..

Isnin, 6 Februari 2012

Isnin, 6 Februari 2012

perginya tak kembali

Mood sedih.. tepat jam 4.50 petang tagi, Kitam telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya semasa di dalam usapanku..

Tak termampu untuk dicoretkan lagi kisahnya setelah ia bersama kami hampir 8 tahun, seekor kucing jantan  bercorak hitam putih dan si kakak menangis mengenangkannya.

Family Day Part 2

Susulan dari entri ini, hari keluarga pada tahun ini diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.



Si manja kami sempat lagi berposing semasa 'on the way' ke sana.

Awal2 pagi gigih ke tempat aktiviti dijalankan dengan membawa beg sandang berisi pakaian

T-shirt yang dibekalkan agak besar,  xper.. janji 'free', hentam ajelah labuuu!!

Aktiviti 1
Senamrobik.. niat asalnya nak ambil gambar Alya bersenam tapi gagal, asyik mengekor aje umminya

Aktiviti 2
Makan-makan aka bersarapan pagi

Acara perasmian belum bermula lagi tapi anak2 tak sabar bermain air, apatah lagi, jummm!!!

Pertama kalinya tempek wajah kesayangan hamba, begitu setia melayan karenah si kecil (maklum le si ibunya tertinggal pakaian persalinan kat rumah, melompong ajelah tengok orang lain bermain air, huhuhu)



Banyak pilihan permainan kat sini, tak tau nak main yang mana dulu
Bersambung daa...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang