Jumaat, 31 Disember 2010

Jumaat, 31 Disember 2010

Kalian tetap di hati

Hari ini genap setahun blog milikku terhasil,  rakan pertama yang memberi sokongan padaku ialah   Azrina a.k.a MamaAna a.k.a along  iaitu teman yang di kenali menerusi Laman Susu Ibu (maklumlah, kami ibu2 yang memperjuangkan susuibu buat si manja). Tanpa dia, aku tidak pernah terfikir nak wujudkan blog ini. Terima kasih tak terhingga buat along. Jasamu tetap dikenang.

Sebagai permulaan, lahirnya blog yang diberi tajuk CORETAN PERIBADI yang banyak mengisahkan perjalananku sebagai ibu yang memperjuangkan susu ibu buat anak2ku dan diselit dengan bahan2 berkaitan kesihatan (berdasarkan pembelajaran, pengetahuan dan pengalamanku di dalam bidang ini)  serta tercampur sedikit sebanyak mengenai hal2 peribadi.

Setelah berfikir semasak2nya, aku rasakan tak elok dicampur adukkan catatan yang berilmu dan hal2 personal, maka lahirnya blog keduaku pada bulan April 2010 - DIARI HIDUPKU yang berkisar mengenai kisah2 seharian kami sekeluarga dan sesekali terselit juga GA & contest.

Buat kali ketiganya, Oktober 2010, CONTEST @ GA ONLY khas untuk penyertaan sebarang peraduan di alam maya terhasil.

Kalu ada diantara kalian bertanya, sempatkah untukku kemaskinikan ketiga2 lama tersebut? sebenarnya ia bergantung kepada kekosongan masaku, biasanya aku akan buatkan n3 terbaru selepas waktu pejabat, hari cuti ataupun waktu malam sambil melayan karenah anak2 walaupun kadang2 idea tu zero dek kepenatan urusan seharian.

Alhamdulillah, melalui laman ini, aku ketemu dengan ramai rakan2 di alam maya, ada diantara mereka seakan rakan karibku yang dikenali lama meskipun kami belum pernah bersua muka (cuma kadang2 kami berhubung melalui telefon dan email sahaja).

Terima kasih buat teman2 semua diatas sokongan padu anda. Tanpa kalian, laman ini sepi dan tiada serinya.

Hari terakhir 2010

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar kita sudahpun berada dipenghujung tahun 2010 dan esok akan bermulanya hari pertama 2011, jika dikira tahun, umurku sudah meningkat lagi..

Buat teman semua diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.

Azam tahun baru? apa ye. buat masa kini, belum ader idea lagilah, apa yang pasti aku akan cuba sedaya memberi tumpuan sepenuhnya buat keluarga, maklumlah, 2011, kedua2 anakku akan menduduki peperiksaan yang penting untuk masa depan mereka.

Teman2 semua, apakah azam kalian?? meh kongsi..

Rabu, 29 Disember 2010

Rabu, 29 Disember 2010

buntu

Tahun depan anak sulungku akan menduduki PMR, dalam dilema samada perlu di hantar ke asrama atau tidak? Ada apa2 cadangan?

Nota kaki: baru je ambil borang permohonan daripada warden asrama.

dup, dap, dup, dap

Berdebar2 apabila menghitung hari, ermmm.. cuma tinggal beberapa ari lagi nak abiskan sisa2 kehidupan di tahun 2010.. ahhhhhhh... TENSION!!!!! 

Banyaknya keje yang sedang menunggu di antaranya penutupan akaun 2010, laporan peringkat daerah / negeri dan jugak SKT - tambahan pertama kalinya menggunakan sistem HRMIS  (cukup2 x suka sejak bertahun2 nan lalu terutamanya sebagai PPP dan PPK (adeer pilih kasih ke?? hu3) & aku pula akan dinilai dek pihak atasan.. 

Wahai teman diluar sana, ader sapa yang bermurah ati nak tolong?? (seandainya boleh mai2 tukar @ upah owg wat keje kita sesuker ati kan best!!- aper punya owg ni... hu3 (jeles ati bila dpt tau rakan2 di unit dan daerah lain mula bercuti sepanjang mg ni)

Selasa, 28 Disember 2010

Selasa, 28 Disember 2010

Terima kasih semua

Rentetan entriku malam tadi mengenai kemalangan jalanraya yang melibatkan 2 orang kakitangan di pejabat ini a.k.a staf di bawah penyeliaanku petang semalam, ramai diantara rakan2 diluar sana yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua, terima kasih diucapkan atas doa yang kalian iringi.

Bertambah terharu, big boss a.k.a Pengarah kami di Peringkat Negeri mengambil masa untuk turun ke daerah ini (aku pasti tugasan di sana amat padat) bagi menziarahi mereka berdua seterusnya membuat penyeliaan ke atas kami, sekurang2nya ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mereka dengan menerima sokongan dan doa tulus ikhlas daripada semua.

Bagi kami yang masih tinggal disini, tugasan mereka kami tunaikan tanpa sebarang rasa cuak, apa yang penting adalah KERJASAMA antara kami tanpa mengira  pangkat dan kedudukan. Insya Allah, kami cuba mengekalkan semangat kekeluargaan diantara kami sampai bila2.


Sabtu, 25 Disember 2010

Sabtu, 25 Disember 2010

Ahhhh, ngantuknya

Sampai ke rumah hampir jam 2 pagi tagi, letih, penat dan ngantuk, x sempat nak tlg hubby angkut barang2, aku sudah terlena bersama Alya.

Ingatkan hari ni dapat rehatkan diri sambil memeluk buah hati kecilku tapi tak merasalah.. baru je baring, anak2 pula memekik sesama sndiri, bergaduh lagi, sekali turun, menyirap gak darah tapi bila difikir2kan, ahhh.. budak2, biar je le.

Ptg ni lak nak g ambik baju untuk majlis pertunangan di kedai dobi dan di antar ke rumah Suzila, maklum le, kalu wat lupa, kesian lak pada kakaknya, maklumlah, masanya sudah semakin singkat. Itulah, sambil tu ingatkan nak singgah jap kat s/market, belikan butter, cdgnya nak tambahkan sikit kuih muih ntuk majlis esok, kesian pulak jika aku lepaskan tangan.. tapi tahap kerajinanku cuma ader dlm 20% aje, Mampukah aku menyiapkannya?? buat masa ini, jawapanku cuma 'no comment!!', thp kemalasan melebihi segalanya.

Jom Alya, ummi bagi susu ye!!.. he3

50% siap

Alhamdulillah, selesai sudah pembelian barangan persekolahan anak2ku, cuma yang tinggal kini ialah membeli peralatan tulis dan membayar yuran di sekolah & fardu ain minggu ini.

Kesemua keperluan ketiga2 anakku  serta angkatku (Suzila)  dan juga adik kepada Suzila - Amirul (yang akan memulakan sessi persekolahan tahun 1/2011) telah siap  di beli semalam iaitu semasa kami ke Kolumpur. (2+1, sambil bawa famili jjcm) 

ermmm.. lebih separuh pendapatan bulananku telah dilaburkan ke sini, terfikir juga, camner ye dengan mereka yang berpendapatan kecil? waduh, dengan semua barang keperluan meningkat naik.. kesiankan!!

Jumaat, 24 Disember 2010

Jumaat, 24 Disember 2010

Cuti - perancangannya?

Kesibukkan memaksa aku bekerja, bekerja dan terus bekerja. Ruang masa untuk diri sendiri dan keluarga amat singkat sekali. Maka dengan tekadnya aku telah memohon cuti melalui HRMIS beberapa hari lepas. (big boss belum lulus tapi telah dimaklumkan melalui email - maklum le zaman IT, semua di hujung jari)

Mulanya merancang ingin mengambil cuti untuk jangsa masa yang agak panjang tapi apabila menghitung hari, cuma tinggal beberapa ketika lagi untuk sampai kepenghujung tahun 2010 dan melangkah ke 2011, ini bermakna kerja2 harian bertambah padat dan niat bercuti panjang terpaksa dilupuskan dilubuk hati.

Semalam aku difahamkan, ada diantara jabatan kami di daerah lain telah diterjah odit luar, ermmm.. aku bertawakal, jika datang hari inipun, rasanya semua dokumen yang diperlukan telah siap dan semua stok2 yang ader, cukup..  semalam aku sudah periksa dan membuat penyemakan saat2 terakhir dan semua doc disusun setempat,  x tau le jika penggantiku a.k.a stafku buat2 lepas tgn dan bagi alasan tak jumpa kesemua itu (alasan seperti selalu biarpun kesemuanya di depan mata).

Bagiku tak kisahpun dorang datang bila, jika ditakdirkan hari ini, sekurang2nya dorang dapat belajar dan  pengalaman, tidak le terbeban kat bahu ini sorang2. Berat sangat nak pikul amanah yang dipertanggungjawabkan sebaik mungkin dan tanpa bantuan mereka, aku akui,  tak mampu bergerak sorang2. (apa yang penting ialah KERJASAMA DSB)

Berbalik kepada topik asal, kemana agaknya kami hari ni ye? apa yang pasti kesemua bil2 utiliti, ansuran keta dsb aku cuba selesaikan hari ni jugak, keperluan persekolahan anakpun kalu boleh akan cuba diselesaikan dalam jangka masa yang singkat ini tapi nak pergi beli di mana ye? ada cadangan???

Entri pendek

Seringkasnya, kami baru je balik  dari  JJCM kat Rest House. Memandangkan memasing sudah kekenyangan, maka kami makan antara nak x nak je. 

Mulanya xmo pegi tapi sebab sudah berjanji ngan hubby siang tadi, kenalah juga kotakan janji. Sayang seribu kali sayang, tiada gambar kenangan anak manja kami memandangkan 'kameraku masih lagi mendapatkan rawatan' akibat terjatuh tempohari. Pastu pula, memasing tinggalkan hp kat umah. 

Tengah berkira2, bila semua keperluan persekolahan anak2 selesai, mungkinku perlu belikan kamera lain pula sebagai ganti.

Kamera kesayanganku?  errrrmmm, sebulan sudah ia dihantar untuk dibaiki tapi malangnya sehingga kini statusnya masih samar2 samada ia termasuk ke dlm gerenti @ perlu bayar (sebab kecuaian pengguna). Sudah berulang kali call tp tiada maklumbalas positif, wat perabihkan kredit telefon aje.

Rabu, 22 Disember 2010

Rabu, 22 Disember 2010

t/janji jam 2-3pg, terdayakah aku?

Adoooiiii, terdayakan aku nak bngn jam 2 pg n temankan hubby ambil kiriman melalui bas oleh  anak buahku di kg? Entah le, kami blum pasti jam berapa agaknya bas ini akan sampai ke lokasi yg dijnjikan?

Sudahle esok aku dok srg2 je, stafku yg lain semua kuar daerah atas tugasan rasmi, minta2 tak le ngantuk  tp rasa2nya x kot, mklm le keje kt pej. melambak n x tau bila nak abis (xpnah abispun..) tamb. pulak Jumaat nnt aku nak bercuti n tgh berkira2 samada nak smbg cuti ke tak isnin nnt.. tp bila dok ingatkn keje yg brlmbak2 tu, niat brcuti pnjg trpksa diketepikan.

Alhamdulillah, salah satu masalah sepertimana entriku sebelum ini sudah selesai, moga prjlnn majlis pertunangan itu nnt berjalan lancar, nak tengok dulu set pakaiannya camner.. jika perlu akanku antar untuk 'dry cleaning' sblm dipakai.. moga saiznya brsesuaian dgn si pemakai.

Masa cuma tinggal beberapa jam lg sebelum masuk ke tarikh hari lahirku yang ke...? sampai ke detik jam 12t/mlm nnt bermakna usiaku bertambah lg ke satu angka, ohhh.. dah menginjak usiaku menandakan aku makin 'tua'.. ehhh,  tua dah ke aku dan sapa nak bg ucapan serta hadiah buatku?  x malukan, ngalahkan anak2.. .meminta2. hu3

Isnin, 20 Disember 2010

Isnin, 20 Disember 2010

rumahku a.k.a kedai dobi

Waduuuuhhh, masuk je ke dalam rumah, ruang tamu dipenuhi dek kain2an yang tergantung sana sini, semua ini keje hubby, habis segenap sudut ruang digantung dek kain baju.. terukkan?

Itu le kesan daripada musim tengkujuh, ini baru je hujan sekejap2, belum lagi memanjang sepanjang masa. Kalau tak, aku tak pasti bagaimana keadaannya??

Waktu2 gini amat diharapkan moga tiada tetamu datang bertandang, kalu tak, malunya, mana nak sorok kain baju yang separuh lembab ni.. ngeeee

Budak2 tu masih lagi meneruskan misi mereka berkhemah kat luar tu, kami biar je le sementara waktu cuti sekolah ni, terpulang le ikut keselesaan memasing, janji tidak membahayakan dorang.

Jadual Gaji 2011

Entri selingan sebagai panduan diri sendiri dan juga rakan2 diluar sana. (errrmmm...  tahun 2010 belum berakhir tapi jadual gaji tahun depan sudah berada di depan mata), mana le tau kot2 ada perancangan di masa akan datangkan contohnya nak jjcm ke @ sebagainya, boleh le kita jadikannya sebagai panduan.


Ahad, 19 Disember 2010

Ahad, 19 Disember 2010

Naper banyak perkara aku terlupa?

Errrmm, naper ye sejak akhir2 ni, semangat menulis @ membuat n3 baru agak terbatas? mungkin banyak perkara yang perluku fikirkan.

Pertamanya aku terlupa untuk buatkan n3 mengenai 'Hari Lahir' buat anak gadisku - Nursyamimi yang jatuh pada 17hb tempohari yang ke 9. Kek hari jadinyapun aku belikan lebih awal iaitu 2 hari daripada tarikh sepatutnya, risau jika aku tidak  sempat membuat sebarang persiapan buat dirinya maklumlah pada 16.12 aku kena kuar daerah lagi bagi menghadiri tugasan rasmi.

Waktu di pejabat pada hari jumaatpun, masa amat terhad sekali dan sesaatpun aku tidak dapat rehatkan diri, banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan. Seawal jam 9 malam aku sudah terlena dek kepenatan dan untuk santapan keluargaku, habis je waktu keje pada petangnya, kami belikan makanan di pekan jumaat.  x larat rasanya untukku ke dapur.

Keduanya musim persekolahan nak bermula, malangnya persiapan keperluan anak2 cuma selesai di dalam 20% aje (tempahan baju kurung dan tudung je), banyak lagi keperluan mereka belum dibeli tapi bila ye masa yang sesuai? Mungkin aku perlu ambil cuti rehat barang sehari dua tapi kekangan masa seakan tidak begitu mengizinkan.

Ketiga, aku perlu membantu menguruskan majlis pertunangan 'kakak kepada anak angkatku -Suzila' yang akan berlangsung pada hari Ahad nanti, petang semalam aku menerima mesej berbunyi " Salam ummi, pada hari pertunangan nanti *** nak pakai baju aper?, kalau ummi ada kawan2 yang mempunyai saiz badan seperti ***  bolehlah pinjam".. hu3,  terkedu seketika.

Last minute, apa yang mampu aku lakukan untuk membantunya, nak beli kain dan tempoh terdekat ni, x mungkin sempat, masanya semakin suntuk.. sewa????  mungkin inilah jawapannya. Majlis pertunangan inipun aku baru je tau dalam sehari dua ni, emaknya pun dah mengeluh, nak masak apa untuk jamuan nanti? Bantuan JKM yang sepatutnya diperolehi setiap bulan, sehingga kini sudah dua bulan masih belum dapat dan tahun depan anak bongsunya (adik suzila) akan memulakan sessi persekolahan, malangnya hingga kini tiada sebarang persiapan yang dilakukan.

Bagi persiapan persekolahan anaknya, aku telah berbincang dengan hubby, Insya Allah, kami akan membantunya sekadar termampu. 

Keempat, majlis perkahwinan anak sedaraku (2 beradik) di kampung akan berlangsung awal tahun depan justeru itu aku kena membuat persediaan awal,  maklum le, bila balik kampung, mesti perabih sakan. hu3 

Terbaru, aku sedang mencari telefon murahku, entah dimana letaknya, tadiku lihat Alya membawanya ke sana ke mari, puas sudah aku mencari, dailpun tiada guna sebab aku setting "silent", padan muka aku, cuai lagi. Alhamdulillah, pencarianku berakhir, nak tau kat maner letaknya? errmmm.. didalam kabinet dapur, pastinya ini adalah kerja anak kesayanganku.

DAN paling terbaru, habis bantal basah dek air hujan, sejak petang semalam, anak2ku beserta anak2 jiran berkhemah di halaman kawasan perumahan ini,  kononnya sessi perkhemahan sesama mereka dan perancangannya, malam nanti acara BBQ bakal menanti.

Tiba2 hujan turun secara mengejut baru sekejap tadi, apatah lagi, habis basah isi di dalam khemah itu (maklum le dorang guna khemah2 yang TERMURAH dipasaran  dan tugasanku kini masukkan bantal tersebut ke dalam mesin basuh satu persatu, pasti bebelan bapanya kejap lagi akan kedengaran dan  berterusan hingga ke malam,  tension!!

Ahhhhh... banyak perkara yang perlu difikirkan!!

nota: apa2pun minum petang perlu disediakan, nak masak dulu, petang ni menunya 'udang goreng celup tepung'.. jemput semua. 

Jumaat, 17 Disember 2010

Jumaat, 17 Disember 2010

email 'SPAM'

Korang pernah tak dapat email seperti ini?
Jujur aku katakan, aku amat x suka terima email spam sebegini, seandainya seminggu tak buka email, berpuluh email spam sedia berumah tangga di sini.

Kalu nak ikut isi kandungan email tersebut, peringkat jutawan daa agaknya kami ni, yalah, sekali dapat bukannya RM1 juta, tp nilai matawang usd..  tiap2 hari dapat, kan dah jutawan dah aku ni... hai.. tertipah tipu je... hu3

Kebanyakkan daripada email2 tersebut, aku tak bukapun, terus je 'delete'.. nampak sangat mereka nak menipu, agak2nya kes2 ginilah agaknya dimana ada diantara kita kerugian berpuluh ribu RM, mungkin mencecah hinga  ratusan ribu RM.. tepuk dada tanya selera.

Selasa, 14 Disember 2010

Selasa, 14 Disember 2010

Alya sesudah baik demam

Lamanya tak bercerita mengenai Alya, kali ni pun aku cuma nak sentuh sikit berkenaan tingkahlakunya yang sering mencuit hati kami.

Semasa kami ke pekan selasa siang tadi, kami telah singgah di gerai menjual ayam madu dan membelinya untuk dibawa balik ke rumah dan si Alya pula teringin nak pegang sendiri kepak ayam tersebut, biarpun kita cuba pimpinnya untuk ke tempat lain tapi dia tetap xmo berganjak, berkeras juga nakkan ayam madu itu sambil tangannya menunjuk2 ke arah ketulan2 ayam di dalam dulang penjual. Akhirnya aku terpaksa angkat dan dukungnya seketika dan bawa ke tempat lain. Itupun dia masih lagi menunjuk ke arah itu.

Pastu dia terlihat pula ader pisang yang dijual, dia wat peel lagi iaitu xmo berganjak dan minta pisang pula, sebaik je selesai timbang (kami masih belum sempat bayar lagi..) aku telah ambil sebiji dan berikan padanya, apatah lagi, sukahati dia dapat makan pisang tersebut.

G2 gak bila dia melihat belon2 yang terjual di sana, wajib dijadikan buah tangan buatnya. x sampai ati melihat dia pulang dengan tangan kosong. Maklum le anak kecil tambahan pulak apa yang dimintanya x le mahal bangat.. ok le kan!

Berbalik kepada topik asalnya, seleranya kini makin bertambah sesudah baik dari demam, kami bisa tersenyum sendirian bila terkenangkannya, apa je yang kita makan semuanya diminta, xder langsung tolak menolak, bila angkat je dia, terasa berat dan aku suka sangat tengok  bahagian perutnya.. xmo turun2 sejak dua menjak ni.. makan, makan dan makan..tapi ok le, beratnya sedang2 je,  normal bagi kanak2 seusia ini.

kisah petang tadi

Balik keje td, aku ikut hubby g 'check' kete, ntah.. masalah aperpn aku tak pasti, sementara kete tu siap, aku nak bawa Alya g ronda2 kedai pakaian di kedai sebelah yang baru di buka tapi apabila terpandang kedai makan yang menyediakan menu keropok dan pisang goreng yang juga baru beroperasi (gorengpun guna kuali kecik dan minyak yang sedikit - x sesuai langsung untuk kegunaan kedai makan, hubby komen ' spt sedang main masak2 je dorang ni'. . hu3).

Kononnya nak menolong sesama kita, maka aku call hubby jemput sama untuk minum petang kat situ tambahan pulak aku tau dia paling mengemari kopok lekor. Selain daripada order pisang goreng dan kopok lekor, tekak ni teringin pulak nak cuba masakan panas yang disediakan disitu. Maka aku order kuey tiew sup dan mee goreng ntuk hubby.

Makanan pertama yang sampai ialah kopok goreng, kami makan sambil lewa, bila abis, kami minta tambah lagi, pastu barulah sampai pisang goreng.. nak kata ramai klien, x der orang pun selain daripada kami 3 beranak je, pastu baru le masuk sorang dua.

Bila kopok dan pisang goreng hampir habis, mee goreng yang dipesan dek hubbypun sampai, errrmmmm, hampir 1 jam juga kami makan dan mee goreng dipinggan pun sudah tinggal sedikit tapi kuey tiew sup yang dipesan tadi masih x nampak bayangnya.

Kami berbisik sesama sendiri, mungkin dorang terlupa kot, kalu g2, ok le.. kami habiskan minuman dan apabila hampir nak bangun pergi kat cashier untuk bayar, barulah kuey tiew sup sampai, entah camner, mood  aku petang ni agak ok sikit, maka kami duduklah kembali dan hubby order lagi segelas air. Malangnya seleraku sudah tertutup dan minta tolong hubby abiskan bagi pihakku.

Rasa2nya inilah kali pertama dan terakhir kami singgah di kedai ini, sudahlah xder langsung sikap ramah tamah sebagai seorang peniaga, pekerjanya agak2 sombong g2, baik aku ucapkan 'good by'. Kami tak kisah menunggu  jika klien ramai dan x menang tangan nak layan, sekurang2nya senyuman adalah pengubatnya.

Akhirnya untuk anak2 kat umah, kami singgah je kat pekan selasa, belikan ayam madu dan buah2an ntuk si Alya. Sib baik le aku tak order lebih ntuk di bawa balik tadi, kalu tak.. agak2nya kena 2 - 3 jam jugak le kami menunggu.

Isnin, 13 Disember 2010

Isnin, 13 Disember 2010

Sanggupkah???


Sehari dua ini, mood aku pasti dalam keadaan merundum lantaran esok, kami bakal kehilangan rakan seperjuangan merangkap senior, kakak dan ibu.

Pastinya aku akan merindui saat2 ketika kami bersama dikala susah dan senang, kehilangan sebutir permata yang sukar dicari ganti dan tidak mungkin ada penggantinya. Apa yang pasti sukar bagiku untuk menerima hakikat ini dan tidak sanggup untukku berdepan dengannya, moga malam ini, resah dihati reda dan sanggupkah aku ucapkan hari lahir untuknya yang ke 58 esok (14.12.2010) dan sekaligus ucapan perpisahan antara kami. Hepi bday....


sudah kembali

Alhamdulillah, setelah 5 hari kuar daerah bagi menjalani tugasan rasmi di beberapa  daerah, kami selamat sampai ke rumah sekejap tadi setelah mengambil masa sehingga 7 jam perjalanan. (untuk kali ni abis semua anak beranak diangkut bersama sambil CUTI2 MALAYSIA sempena cuti persekolahan - dorang le tapi aku tak sempat ke mana2, kerja, kerja dan kerja!!) 

Semasa dalam perjalanan balik tadi, kami singgah di jeti nelayan (entah, lupa lak nama tempat tu di daerah  Pekan)  sempat le sambar udang segar 3 kg dan ikan untuk di bawa balik ditambah dengan kiriman udang besar dan sotong semalam di Kuala Rompin, geramnya, murah sangat reganya jika nak dibandingkan dengan harga semasa ditempatku dan semalam kami team2 bertugas sempat lagi berbbq di Rompin, oh ya.. sempat lagi belajar masak 'puding diraja' yang sememangnya sinonim dengan 'Bandar Diraja' Pekan.  

Paling istimewanya petang tadi, kami sempat singgah di kedai 'Martabat Mekasar' yang terkenal di daerah Pekan bagi merasai keenakan martabat ini. Bagiku rasanya biasa2 je, mungkin dek kerana dah terbiasa dengan martabat yang enak dikampungku nun jauh disana, apa lagi jika bukan 'Martabat Diraja' (sapa tau, kat maner femes?) justeru itu, selera ini tetap pada yang satu

Semasa mula2 sampai ke rumah tadi, mata terasa amat mengantuk  tapi setelah siap kerja2 menyiang, membersih dan menyimpan bahan2 mentah ke dalam frezeer, mata ini kembali segar. Hilang sudah rasa mengantuk maka sempatlah berfb dan berblog biarpun seketika cuma bagi mengurangkan kerinduanku terhadap laman ini, maka sempat le melawat 2-3 rumah rakan2. (memang dasar blogger tegar, pasti mencuri masa biarpun seketika untuk diluangkan demi laman kesayanganku ini .. hu3)

Rasa2nya cukuplah setakat ini dulu coretan diawal pagi ni.. nak rehatkan badan. Buat teman2 yang tidak jemu2 menziarahi rumah yang terbiar selama beberapa hari ini diucapkan terima kasih banyak2, tanpa anda, maka sepilah rumah kecilku ini.. sayang semua, muaaahhhh!!

Ahad, 5 Disember 2010

Ahad, 5 Disember 2010

Alya makin bijak berposing

Agak lama juga tiada cerita mengenai anak gadisku yang makin hari makin pandai bergaya,  siapa lagi jika bukan si Alya. Diusia 1 tahun 3 bulan dan 1 minggu, pelbagai ragamnya yang sering mencuit hati kami.

Jom kita layan je beberapa pic yang sempat diambil oleh kakaknya semasa berada di Pekan tempohari iaitu sebelum kameraku dikesan mengalami kerosakan. Entah le, memasing xmo mengaku siapa yang telah menjatuhkannya. Sayang seribu kali sayang, ia tiada di dalam 'gerenti' kerana disebabkan oleh kecuaian pengguna.





Sabtu, 4 Disember 2010

Sabtu, 4 Disember 2010

demam lagi

Sekembali dari daerah Pekan dan Rompin tempohari, badan terasa amat lemah sekali, mungkin kepenatan berjalan jauh dan tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi dan apabila kembali ke pejabat, kerja2 rasmi banyak menimbun dan aku tidak berpeluang untuk bercuti.

Pernah suatu ketika, tekak terasa amat kering dan perit hinggakan pernah suaraku langsung tidak boleh keluar. Aku terpaksa berhubung menggunakan mesej je dengan rakan blogger ezurin.blogspot.com aka ayu yang kebetulan call pada hari tu, maaf ye Ayu sebab akak tak boleh bercakap melalui phone, Tambah malangnya, pada hari tersebut kesemua stafku tiada, separuh berkursus dan separuh lagi menjalankan kerja2 rasmi keluar daerah. 

Maner nak terdaya, dengan kepala yang sudah mula berpusing2, badan panas sejuk x menentu, perut kosongnya (tak sempat nak rehat), kena melayan klien yang kebetulan pulak ramai, layan panggilan telefon tapi awal2 lagi mohon maaf terhadap mereka sebab suara sudah ke arah 'lelaki',  buat dan semak claim mereka (ada yg buta IT,  terpaksa juga bantu) sblm di hantar ke peringkat negeri, nak siap dan compile itu ini (inipun masih menunggu dimana sesetengah daerah belum antar laporan untuk compile, mungkin mereka belum sempat menyiapkan laporan tersebut sedangkan masaku cuma ada 1 hari lagi iaitu pada hari isnin sahaja) sebelum ia di hantar ke hq.

Hari rabu pula kena keluar daerah lagi hingga ke hari Ahad (mungkin sampai isnin). Kalu nak ikut penat, letih,  memang penat, penat segala2nya, badan, wang ringgit (duit minyak -naik lg, sewa hotel, makan minum kami anak beranak selama berada di sana). 

Hubby dan anak2 seronok le sebab dorang boleh jalan2 selama aku bertugas, aku jugak le seperti  katak di bawah tempurung, x sempat kemana2.. tapi sekurang2nya aku gembira sebab mereka ambil peluang ini bagi mengisi masa cuti persekolahan, melawat tempat yang kami tidak pernah sampai. tapi sayang seribu kali sayang sebab kamera kesayanganku pecah, mungkin terjatuh dikerjakan dek anak tersayang, maka terpaksa dihantar kekedai untuk dibaiki.. oleh kerana itu, tiadalah gambar2 kenangan selama mereka berada di sana.

Kembali kepada tajuk asal, apabila sudah tidak tahan lagi, aku terpaksa mengambil beberapa jenis ubat walaupun aku tau penghasilan susu ibu boleh  terjejas jika mengambil ubat batuk dan selsema, bertambah malangnya, aku memang tidak tahan terhadap kedua2 jenis ubat tersebut, kepala bisa berpusing2, letih lesu dan mengantuk yang amat sangat. Itulah sebabnya aku cuma mengambil pada waktu malam sahaja dan mengurangkan dosenya.

Moga cuti mingguan ini bisa mengembalikan kesihatanku ke asal, aku kena kuatkan semangat memandangkan aku perlu menjalankan tugasan yang diamanahkan sebaik mungkin dan memberi tumpuan buat insan2 sekelilingku yang memerlukan kasih sayang.

Jumaat, 3 Disember 2010

Jumaat, 3 Disember 2010

rinduku terubat jua

Naper ye tajuk entriku kali ini berkisarkan perkataan di atas? nak rindu kat sapa? en. hubby ader depan mata, apatah lagi anak2ku, kesemua mereka ader sini. Nak ke mana2 WAJIB bawa bersama apatah lagi pada cuti persekolahan, pokok pangkalnya kami tetap bersama buat selamanya.

Sebenarnya aku amat merindui dunia blogging yang sudah sebati dengan diri ini, rindukan rakan2 di alam maya yang sentiasa berkongsi suka dan duka. Mungkin kekangan masa yang begitu mencemburui diri ini, sepanjang hari sentiasa dipenuhi dengan pelbagai tugasan, hatta apabila sampai ke rumah, badanpun sudah terlalu penat, letih yang amat2 sangat, awal2 lagi sudah pengsan dan yang menjaga ummi tentunya si Alya yang kehausan belaian ummi, jika dahaga dan ingin 'nyusu', pandai2 le dia mencari bekalannya.. kesian anakku!!.  maafkan ummi ye sayang!!

Alhamdulillah, boleh dikatakan kebanyakan kerja rumah dibantu dek suami tersayang,  jika tidak, entah le.. agak2nya rumah kami boleh menjadi sebuah bukit dek kain baju yang menimbun, dan dihiasi ngan sampah sarap dan sawang.. Inipun aku mencuri masa menulis n3 bagi mengurangkan STRESS selain mengubati kerinduan terhadap laman ini. Mungkin penghujung tahun 2010 dan di awal tahun 2011, aku terpaksa mengurangkan masaku terhadap dunia blogging bagi memberikan tumpuan terhadap tugasan hakiki yang entah bila akan selesai. Buat teman2, Insya Allah.. jika punyai masa terluang, aku akan cuba sedayanya ziarahi kalian, terima kasih atas sokongan padu semua. Sayang semua!!!!

(tajuk asal rindu, rindu, rindu terpaksa ditukar kepada rinduku terubat jua memandangkan terdapat persamaan dengan tajuk nukilan DAKAPANRINDU, justeru itu ia terpaksa ditukar bagi mengelak kekeliruan, rupanya kami memiliki citarasa yang sama. he3)

Khamis, 25 November 2010

Khamis, 25 November 2010

Kali terakhir

Nampaknya ini adalah entri terakhir untuk minggu ini, buat sementara waktu aku terpaksa melupakan seketika dunia 'blogging' yang sudah sebati dengan kehidupanku dimasa lapang. Aku pasti merindui teman2 seangkatan dan juga sudah pastinya akan ketinggalan beberapa topik menarik  hasil nukilan teman2 diluar sana.

Naper ye, adakah aku  membawa diri? rajukkah? atau masih ada perasaan  kecewa lagikah atas peristiwa semalam? alaaaa.. dah tua2 ni x perlu lagi nak rajuk majuk ni, malu kat anak2 je..

Sebenarnya esok aku kena kuar daerah lagi bersama sorang staf untuk beberapa hari demi menunaikan tugas dan amanahku terhadap kerjaya, sebagaimana akujanji yang telah termenterai sebaik sahaja menerima jawatan ini. Maka hasilnya, aku mampu membantu keluargaku seadanya dan apa yangku miliki kini adalah hak kami bersama, tiada rahsia antara kami.

Kemana ye haluanku kali ini?? Insya Allah akan dimaklumkan kemudian hari bersama2 pic Alya. Insya Allah


Rabu, 24 November 2010

Rabu, 24 November 2010

Kecewa, kecewa dan kecewa

Tak tau nak mulakan dari maner, sejak balik keje petang tadi hingga kini, perasaan ini tidak tenteram sekali,  sedih, kecewa, moody  teramat sangat. Naper ye???

Entah le, salah siapa? semua xmo ngaku kesilapan, semua mengelak.. BENCI!!!  habis stok EBM Alya di dalam frezeer hampir2 cair, aku sedang mencari jawapannya:-
  •  Mungkin pintu peti ais tidak ditutup rapat? 
  •  Mungkin juga dorang tertutup suiznya?
tapi jika suiznya tertutup, tak mungkin  ais pack yang tersusun rapi di pintu frezeer dan ais yang berlambak didalamnya juga hampir2 cair  (biasanya ia dapat bertahan 24 jam jika berlakunya masalah elektrik).

ermmm, jawapannya yang pasti:- pintu frezeer tidak ditutup rapat iaitu selepas dorang bukakan untuk ambil ais.. GERAAAAMMMM...  apa nak buat ni..

Tengahari tadi, aku di pejabat dan tak balik ke rumah seperti biasa, mungkin jika balik ketika itu, keadaan tidaklah seburuk kini. YA Allah..apa aku nak buat ni??

Isnin, 22 November 2010

Isnin, 22 November 2010

Tag - istilah bahasa dengan anak

Hari ini aku telah di tag dek KasehKu a.k.a Lynd berkenaan dengan 'istilah bahasa dengan anak', ambooiiii Lynd, mentang le akak anak dah ramai, sesuka ati je tag akak ye!! apa2pun akak cuba jawab sejujur2nya:-


  1. Private Part:- Boy -bird    Girl-pepet (sama ngan Iea a.k.a imaan09)
  2. Punggung - kekal lg istilah punggung
  3. Buang air besar - BO @ Yak *maner2 tercapai dek akalku)
  4. Buang air kecil - PU @ buang air ye!
  5. Pukul - nak kena ni @ bagi kan!
  6. Tidur - tido
  7. Breast feeding - susu
  8. Makan - makan
Akak dah jawab, maka akak nak tag pula:
  • Hasmah (dah lama daa akak x dengar bebelannya)
  • Ena (sila ambik ye w/pun akak x smpat g umah bgtau)
  • Syamila
  • dan sapa2 yang punyai anak, x kira le anak sndiri ke @ anak sedara, anak angkat bla. bla. bla, moga anda sudi menerimanya.

Ahad, 21 November 2010

Ahad, 21 November 2010

Sekitar Majlis Hari Lahir

Sebenarnya tidak terlintaspun nak buat majlis hari jadi Syazmi, inipun secara kebetulan.

Balik kenduri tengahari ini, ajak hubby ronda pekan kot2 ader kedai kek dibuka, maklum le, niat asalnya nak buatkan sendiri kek coklat sempena meraikan hari lahir dik mie tapi keadaan yang tidak begitu mengizinkan. Alhamdulillah, kedai kek ader di buka maka kami singgah untuk membeli sebiji kek coklat.

Sampai je ke rumah, terdapat anak2 jiran berkumpul 2, 3 orang lantas dijemput je mereka menjamah apa yang ader, x sempat nak masak apa2 lagi, nampaknya jimat le tenaga ummi nak buatkan bihun soto sebagaimana permintaan dik mie pada awalnya (tapi nampak gayanya menu tu kena buat jugak untuk minum petang nanti.. al-maklum le, daging ayam sudah dikeluarkan daripada frezzer pagi tadi.)
comotnye mulut anak ummi.

Sebenarnya selepas majlis ni, ramai lagi anak2 jiran merangkap rakan mereka datang makan kek ( hidangan ala kadar je..)  tapi mood nak ambil gambar kosong, Mimie yang sibuk melayan dorang ni, tu le, sapa yang suh datang lambat.. hu3

Sabtu, 20 November 2010

Sabtu, 20 November 2010

Selamat Hari Lahir

Buat anak manja kami yg sememangnya sinonim  ngan gelaran Dik Mie, tak kiralah peringkat umur berapapn, yang kecik2pn tetap panggil dia dengan gelaran itu, Kami ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 11'  mulakan tekad baru, tak nak lagi manja2, silap sikit, rajuk, mudah sgt mengalir air mata, bak kata org, sensitif.. tak mancho le ngan status anak lelaki, bolehkan?? hu3.. teruk ummikan mengenakan anak sendiri..

Nampaknya hari ni tak sempat buat sebarang acara untuknya, kepala ummi pula dah pusing2 sejak dari pagi lagi, mungkin 'mabuk daging kot!! mandilah guna air hangat berulangkalipun tapi masih tak jalan lagi. Insya Allah.. jika ummi tak sempat buat kek, nnt ummi pergi beli je yang dah siap kat kedai..bolehkan?? kesian pulak kat dia,  sekurang2nya kena le ader sebiji kek coklat kegemarannya..

Jumaat, 19 November 2010

Jumaat, 19 November 2010

Masih lagi di dalam mood aidiladha

Sekejap je dah masuk hari raya ke 3, menu yang istimewanya sempena raya aidiladha tentunya berasaskan daging, akupn dah mula muak daa bila tengok daging. Sudah le di pagi raya wajib ader rendang daging.

Alhamdulillah, meskipun tahun ini hubby tidak berkesempatan untuk membantu di dalam aktiviti ibadat korban memandangkan kekangan masanya tapi rezeki kami tetap ader.
Sebahagian daripada daging korban, banyakkan!! 
kami telah memanjangkan sedekah ini kepada mereka yang memerlukannya, itupun frezeer masih lagi padat + dengan stok EBM Alya.

Salah satu menu daging korban tentunya sup tulang + 'gear box', taukan?? alaaa, itu loghat kami di pantai timur, sedaaaapnya... nyum3

Itu adalah diantara menu semalam. Pagi tadipun aku cuma masak menu berasaskan 'ikan tongkol + daging ayam + sayur2an. simple tapi sedap.

Kalu boleh sehari dua ni aku cuba elakkan menu berasaskan daging, biarlah masak lauk lain pula tapi tup, tup, petang ni kami dapt lagi sup tulang seperiuk (bukan semangkuk ye)  + kari daging pemberian jiran, waduuuuhhh, tak boleh elak, nampaknya inilah lauk untuk makan malam kami, nak tak nak, kenalah juga habiskan lauk ini. Orang kata, rezeki jangan di tolak, musuh jangan sekali2 dicari, ye tak???

Musim2 ini, periuk tekanan (pressure cooker) amat berguna bagi kami terutamanya bagi mempercepatkan proses memasak seperti menyediakan sup tulang, jika sebelum ini proses merebus mengambil masa yang agak lama tetapi setelah menggunakan periuk ini, ia cuma mengambil masa 45 minit - 1 jam, cepatkan!! jimat masa dan sudah tentunya menjimatkan penggunaan gas.

Tart Telur

Adoooi, teringin sangat nak makan tart telur, (dah tua2 ni, dah x ngidam daa..)  mula tu cadangnya nak buat pagi raya tapi tak kesampaian, awal2 pagi raya, butter dikeluarkan daripada frezeer dan masukkan ke dalam mangkuk, nak tau apa nak jadi, malamnya sebelum masuk tidur, simpan semula butter tersebut kedalam peti ais, gitu juga keesokkan harinya, awal2 pagi lagi keluarkan, cadangnya balik keje petang tu boleh le buatkan kuih tart ini tapi seperti hari sebelumnya, simpan semula.

Hinggalah ke hari ni, call anak jam 10 pagi tadi minta dia tolong keluarkan butter tu daripada peti ais dan biarkan ke suhu bilik, Insya Allah, balik rehat tengahari, kena buat juga. Nekad hati ini.

Ingatkan nak kongsi resepi tart telur dengan rakan semua, mana tau, kot2 kalian nak mencubanya dan ia juga sebagai rujukanku, mana le taukan, dilain masa, tiba2 terlupa pulak sukatannya, bolehlah rujuk kat sini. (walhal aku main campak2 je, ikut suka je nak masukkan sukatan banyak mana, janji siap dan paling pentingnya sedap)

Tart Telur
Bahan2 (kulitnya)
250gm (1 ketul) Butter @ Margerin
440gm Tepung Gandum
100gm -125gm Gula Halus (terpulang kepada memasing, kalu suka manis, boleh tambah lg, tapi ingat, kesihatan perlu dijaga)
2 biji telur (aku ambil bah. kuningnya sahaja)*
sedikit essen vanila*
* di campur dan pukul seketika

Cara2nya:
Gaulkan butter, tepung dan gula (guna hujung jari je bagi memastikan kerangupannya) sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan campuran telur dan gaul hingga menjadi doh. (tambah ais sesudu dua jika perlu)

Isinya (filing)
1 tin susu cair 
-1 cawan Air Suam
-1/3 Cawan Gula Pasir 

1 camca kecil esen vanilla
-4 biji telur

Campurkan kesemuanya dan tapiskan.
(untuk hari ni,cuma bancuhkan 1/2 sukatan bahan untuk filing, inipun cukup2)

Cara2nya

Ambil sedikit pastri dan tekan kedalam acuan, kemaskan bah. lebihan tepinya menggunakan pisau.
Cucukkan bah. tengahnya menggunakan garfu
Bakar lebih kurang 15-20 minit menggunakan suhu 175'c atau sehingga kekuningan
Keluarkan dan tuangkan filing tadi secukupnya
Bakar lagi lebih kurang 15-20minit (hingga tart tadi masak)
Angkat dan biarkan seketika sebelum di keluarkan daripada acuannya, sejukkan.

Sedap tau, kalu kali ader masa terluang, boleh le mencubanya

Acuan Tart

Rabu, 17 November 2010

Rabu, 17 November 2010

Salam Aidiladha

Buat semua umat Islam diucapkan selamat menyambut hari raya haji (Aidiladha), Mohon maaf sekiranya ada diantara bingkisan di laman ini ada terkasar bahasa, mungkin menyinggung perasaan rakan semua.

Raya kali ini kami x berkesempatan untuk balik kampung, banyak sgt urusan yang perlu disiapkan.  Cuti pun cuma sehari je.
Sempat lagi buatkan muffin vanilla & strawberi pagi ni

Di antara rentetan kunjungan anak2 jiran selepas solat raya tadi (sila abaikan masa yg tertera di pic, terlupa nak edit)
 
di antara menu hari ini ialah:-
  • Nasi Dagang + gulai ikan tongkol & kari ayam
  • Laksa Asam
  • Lemang + rendang daging
  • Dadih
  • Tapai (masuk dalam bekas dadih je, maklum le dok taman.. nak cari daun pisang susah)
  • Kuih muih 

Sabtu, 13 November 2010

Sabtu, 13 November 2010

Mungkinkah??

Naper le sehari dua ni langsung tiada idea nak buat entri baru dan semangat  berblog merundum ke 'zero'? Mungkin letih dan penat ngan prog. tempohari? bukan setakat tubuh badan je, suara pn antara keluar ngan tidak, sengal2 gitu, mungkinkah ini adalah tanda2nya??? @#$%^. oh, tidddaaaakkkkk!!! hu3. 

Apatah lg minda yang agak bercelaru, byk perkara yang perlu difikir dan disiapkan dalam jangkamasa terdekat. Insya Allah, moga cuti mingguan ini dapat mengembalikan mindaku ke asal dan lupakan seketika urusan rasmi.

Apa yang pasti, salah satunya, kekecewaan dijiwa ini masih lagi menebal ekoran pic2 yang dirakam semasa berada keluar daerah 2,3 hari lepas ter'FORMAT'.. habis kesemua kenangan Alya dan peristiwa sepanjang program itu hilang.

Ahad, 7 November 2010

Ahad, 7 November 2010

Alya suka sgt bantu ummi

Bertuahnye ummi bila punya anak yang suker membantu, tak caya?? jom tengok je aksi Alya  (baru bangun tidur) setelah ummi sibuk buat persiapan untuk kuar daerah beberapa hari lagi. 

Sib baik le, bila Alya bangun tido tadi, aku dah siap masukkan kain baju ke dalam bag dan cepat2 zipkannya.. kalu tak??, ntah le..






 

Wajah natural Alya ngan muka tak berbasuh lg. hu3

Khamis, 4 November 2010

Khamis, 4 November 2010

naper le karang ni pelupa sgt2

Waduuuuh, petang ni baru teringat ansuran kete lum bayar lg.. naper le perkara yang gitu penting buleh luper pulak, x pasal2 dapat surat warning dr bank, patut le duitnya terlebih je, sib baik aku x sempat berjoli sakan.. huwwwaaaa!!

Nampaknye isnin nnt minta tlg abi g bank bayarkan.. tu le, semua dok kat kepala ni, dia lgsg x nak tlg ingatkn, sudah le  semo bil2 kita yg kena settle kan.. maner le terarat nak ingat semo itu tamb. pulak krg ni busy gileeerr.. ngan prog. luar yg byk berlambak2 d tambah lg.. otak dok fikir pasal odit, odit dan odit.. biler le nak siap.. biar le lekas sikit.. x le berdebar nunggu buah yg tak gugur. hu3

Selasa, 2 November 2010

Selasa, 2 November 2010

xtau tajuk aper, blank daa..



Masih lagi kisah si Alya semasa di MVH tempohari, aktifnya ngalahkan anak laki2, panjat sana, panjat sini.. langsung xleh dok diam
 
buat le aper yg patut omeeeeyyy ye, janji bahagia. hu3

Ahad, 31 Oktober 2010

Ahad, 31 Oktober 2010

terlena kepenatan

Rentetan kisah kami kuar daerah minggu lepas, selepas ke TC, kami singgah ke sebuah pasaraya, tujuannya untuk membeli pakaian anak2.. 

Sementara tu, kami rehat jap sambil menikmati aiskrim (antara termahal yang pernah kami makan, maklum le orang kampung - biarpun bagi orang lain, ia sudah menjadi perkara biasa dan pencuci mulut asasi)..  sayang seribu kali sayang Alya terlena, maka kami yang masih segar inilah yang menjamah aiskrim tersebut.
 
Dalam keseronokkan snap gambar anak (bukan disini), kami di tegur dek sorang pekerja yang mengatakan tidak dibenarkan ambil gambar semasa berada didalam supermarket ini, nanti disaman. (pertama kali aku tahu, pasaraya kat KL pun, tak penah lagi aku dengar bab saman menyaman ni..)

ehhh, betul ke??  ambik gambar kat pasarayapn boleh jadi kes saman menyaman jugak ke sedangkan x der satupun tempekan iklan yang mengatakan bahawa tak boleh ambik gambar kecuali di dalam wad (kawasan hospital).. ishhhh, malas nak fikir panjang.. ikut je le..

Sabtu, 30 Oktober 2010

Sabtu, 30 Oktober 2010

Model Kecil

Gaya terbaru Alya.. jom kiter layaaannnn!!
ader gaya tak??

Cewaaaah, anak ummi, berjalanpn ader gaya daa!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang