Memaparkan catatan dengan label kek/tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek/tart. Papar semua catatan

Sabtu, 5 November 2016

Sabtu, 5 November 2016

Aktiviti 2 beranak di hari minggu

 
Bluberry Cheese Tart


 
Panas dari Oven...

Cantik tak corak di atas tu? ia hasil kerja seni Alya, si manja kami, gayanya dah semakin mahir.

Dek penangan biskut raya Deepavali yang Auntie depan rumah hulur petang semalam, Alya teringin sangat nak merasa, jadi si ibu kena rajinkan diri 'berbaking', lagipun nak kembalikan pinggan itu, bak kata pepatah "orang berbudi, kita berbahasa", kalau tak,"idok hingin' nak uli adunan biskut bagai.

 
Gambar hiasan semata2
 ("Majlis menyambut menantu" hampir 2 bulan lepas, dah basipun... )

Rabu, 25 November 2015

Rabu, 25 November 2015

Edisi Menayang..

Gara2 jeles dengan Geng Kilauan Emas - Hainom Okje dok tayang Ikan Selar Kuning Sos Kicap semalam, erkkkkkkkkkkk tiba2 pagi ni ada pula gambar  Pizza, wowwwwwwwww cayalah, yang mana lebih sedap geng- Pizza Hut @ Homemade?

Cikgu Etuza dengan menu Soto hasil air isteri tercinta beliau manakala Teacher Nor Azimah dengan Sambal Ikan.

Kak Zakie pula dengan menu Cencaru Bakar, betul2 menggoda tau, nasib baik jauh, kalau tidak bawa mangkuk bertingkat untuk isi semua tu.

Apa kata hari ini kita tayang pula beberapa jenis makanan yang di masak sendiri @ 'homemade', kata omputeh.

Menu pertama, Laksa Asam, tiba2 teringin nak makan, jangan minta resepi k, maklumlah resepi kita main campak2 jer, alaaaaaaaaaaaaa kata orang ikut suka hati memasing nak masuk bahan2 ke dalam kuahnya, janji ada rasa masam, pedas, masin,, kiranya secukup rasa.

Laksa Asam (Laksa Penang)

Pssstttt: Agak2nya kalau letak ke dalam mangkuk putih Cikgu Etuza nampak cantik tak? ahakkkkkkk..


Spagetti Cabonara Mushroom 
(Saya guna Spagetti jenis Vermicelli), ia menu pada hari minggu yang lepas.

Pertama kali mencuba resepi ini..
Chewy Gooey Cheesy Brownies

(Sesiapa berminat, google ya, pasti terjumpa resepi ini, senang sangat (kawan2 yang tidak punyai asas membuat kekpun pasti menjadi) tapi pada pandangan saya, sila kurangkan sukatan gula (Mungkin tidak masukpun ok kot sebab sudah ada penggunaan coklat) sebab ia agak manis pada citarasa saya.

Opssssssssssssss cukup2lah menayang UA oiiiiiiiiiiiiiiii..

Sabtu, 16 Ogos 2014

Sabtu, 16 Ogos 2014

kepuasan

Pertama kali mencuba resepi ini, alhamdulillah hasilnya memuaskan hati walaupun semasa membancuh adunan, diri kepenatan setelah selesai  jalani tugasan rasmi diluar daerah..

Nampak gayanya lain kali boleh buat lagi..

Kek hokkaido

Khamis, 14 Ogos 2014

Khamis, 14 Ogos 2014

Bila teringin..

Gigih membuatnya..

Sebelum dibakar

Kek Pisang jer...

Soto

Alhamdulillah...

Sabtu, 26 Julai 2014

Sabtu, 26 Julai 2014

tersurat & tersirat

Apakah maksudnya itu??

Oven baru pemberian hubby semalam

Sedangkan..
Oven lama masih elok lagi cuma bersaiz kecil..
Berjasa kepada kami berbelas tahun sudah..

Nota: Masih tercari2 mood 'berbaking'..

Khamis, 1 Mei 2014

Khamis, 1 Mei 2014

Kek lagi..

Setiap bulan adalah bday Alya - "untungkan jadi anak bongsu.."

Tempahan khas dari kejauhan - hasil kreativiti sahabat merangkap 'exboss' 


Antara hasil seni beliau..(ambil dr fb)

Bagi teman2 yang tinggal di Kolumpur & teringin kelainan, boleh le tempah..

Khamis, 13 Mac 2014

Khamis, 13 Mac 2014

Doa buat MH370

Teruskan berdoa, mudah2an segala kebuntuan selama ini terlerai jua, aamiin..

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehNya" (Al Baqarah ayat 286)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Merujuk entri SAHABAT KARIBKU awal pagi tadi, maaf ye geng, UA tak berapa reti daa nak masak Sambal Bilis Rangup (dasar MANUSIA lupa daratan, hi3..), maklum le sekarang ini kita lebih mahir memasak masakan simple2 seperti menu di bawah, lagipun tekak kita udah ala2 omputih gitu dalam sehari dua ini walaupun HAKIKATNYA keenakkan BUDU tak mungkin dilupakan apatah lagi BELACAN mahupun CINCALUK, ahakkkkkkk

Kek Lapis Cream Cracker Cheese

Pssttt: jangan le salah faham k, kita bukannya riak tau, sesaja nak hilangkan rasa jeles tengok Sambal Bilis Rangup kat sana tadi, terliur geng.. hu3

Sabtu, 8 Mac 2014

Sabtu, 8 Mac 2014

Kek Karamel lagi

Sentuhan terakhir sebelum dibakar..


Rabu, 5 Februari 2014

Rabu, 5 Februari 2014

kemaruk

kek lagi..

model tetap si ibu..

Khamis, 30 Januari 2014

Khamis, 30 Januari 2014

persiapan terakhir

Teruskan misi & ambil cuti tahunan demi KAKAK tersayang

** "Balik kampung oooo balik kampung, hati girang..",
 Doakan perjalanan kami diberkatiNya, aamiin..

Oh ya.. tempahan DITUTUP, harap maklum, ahakkkkkkk..

Selasa, 28 Januari 2014

Selasa, 28 Januari 2014

tempahan khas


Demi memenuhi permintaan KAKAK tersayang.

Ianya dibuat dengan penuh kasih sayang walaupun di awal terpaksa 'bercintan cintun' dek KEMALASAN melampau, petang kang bersambung lagi.. (erkkkkkkkk teruknya tatabahasaku.. hu3).

Nota: Urmmmmm kena bertungkus lumus siapkan selewat2nya esok, nanti nak bawa balik kg.. oh ya.. sesapa nak tempah, cepat2 selitkan order sementara tempahan masih dibuka, opssssssss....

Selasa, 15 Oktober 2013

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidiladha

Salam aidiladha buat semua, semoga raya kali ini penuh makna dan disambut dengan kegembiraan, kami anak beranak beraya di sini cuma, agak sepi sedikit maklumlah ramai yang telah pulang berhari raya di kampung halaman masing2.

Sekarang anak2 kecil yang menemani cuma, hubby masih belum balik sesudah solat raya, dia sibuk membantu apa yang patut di luar sana.

'fresh' dari oven

Kek orang malas, itupun atas permintaan Dak Alya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rezeki yang dikongsi bersama, alhamdulillah..

Selasa, 5 April 2011

Selasa, 5 April 2011

Tart Keju Blueberi

Adoiii, aku ni ngalahkan orang ngidam aje, 2 hari lepas semasa ronda2 di sebuah pasaraya, terpandang krim keju  (cream cheese) Philadelphia, tiba2 terbayang Tart Keju, sedapkan!!

Aku terus sambar seketul cream cheese, di fikiran ini mulalah berangan2 nak masak Tart Keju Blueberi tapi nak wat bila ye? 

Petang semalam,  aku dah kuarkan butter tapi essen vanilla pulak xder, justeru itu misi membuat tart tenggendala, rehat t/hari singgah jap di kedai beli essen vanila dan teruskan misi ngadun pastri dan sejukkan dalam peti ais, sebaik sahaja balik keja ptg tadi, misi menyiapkan tart bermula.

Maka inilah hasilnya:-
Gambar tak cantiklah. hu3

Resepi Tart Keju Blueberi ala umialya

Bahan2nya
Untuk Pastri
1 ketul buttercup (250gm) - Boleh campur 125gm margerin n 125 gm mentega (guna margerin sepenuhnyapun ok)
100gm gula halus
1 camca teh essen vanilla
1 biji telur (gred B)
500gm tepung superfine (Tepung biasapun bolehlah)

Cara2nya
i) Masukkan buttercup dan gula ke dalam mangkuk, pukul hingga rata (tak perlu kembang)
ii) Masukkan telur dan essen vanila
iii) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, adun sehingga menjadi doh (xmo adun lama2 ye, nanti tak ranggup)
(Simpan seketika ke dalam peti ais)

Untuk Krim Keju
1 ketul krim keju Philadelphia (250gm)
50 gm gula halus
50 gm mentega (tadi main agak2 je)
i biji telur
6 camca besar krim putar2 camc besar tepung
secubit garam jika suka (tak masukpun)
** Campurkan kesemuanya,  pukul hingga rata dan berkrim.
Filing Blueberi @ apa2 aje perasa yang digemari.

Cara2nya
i) Panaskan oven pada suhu 175'c
ii) Ambil sedikit pastri dan tekankan ke dalam bekas tart, kemaskan tepinya menggunakan pisau, cucuk bah. dalam doh menggunakan garfu bagi mengelakkan ia mengelembung.
iii) Bakar 15-20 minit (hingga sedikit kekuning2an)
iv) Angkat dan masukkan sedikit filing blueberi dan lapiskan dengan krim keju dan hiaskan dengan filing tadi (aku main letak aje, xder hiasan2nya, x minat seni2 ni, janji siap dan sedap. hu3)
v) Bakar lagi selama 10 minit, angkat dan sejukkan

Nota:  Tart Keju saiz agak besar dapat sebanyak 15 biji  manakala kulit tart yang lebihnya (17 keping)  nak buat tart telur pagi esok. Mungkin jika buat nipis2 lagi dapat lebih lagi kot!!

Jumaat, 19 November 2010

Jumaat, 19 November 2010

Tart Telur

Adoooi, teringin sangat nak makan tart telur, (dah tua2 ni, dah x ngidam daa..)  mula tu cadangnya nak buat pagi raya tapi tak kesampaian, awal2 pagi raya, butter dikeluarkan daripada frezeer dan masukkan ke dalam mangkuk, nak tau apa nak jadi, malamnya sebelum masuk tidur, simpan semula butter tersebut kedalam peti ais, gitu juga keesokkan harinya, awal2 pagi lagi keluarkan, cadangnya balik keje petang tu boleh le buatkan kuih tart ini tapi seperti hari sebelumnya, simpan semula.

Hinggalah ke hari ni, call anak jam 10 pagi tadi minta dia tolong keluarkan butter tu daripada peti ais dan biarkan ke suhu bilik, Insya Allah, balik rehat tengahari, kena buat juga. Nekad hati ini.

Ingatkan nak kongsi resepi tart telur dengan rakan semua, mana tau, kot2 kalian nak mencubanya dan ia juga sebagai rujukanku, mana le taukan, dilain masa, tiba2 terlupa pulak sukatannya, bolehlah rujuk kat sini. (walhal aku main campak2 je, ikut suka je nak masukkan sukatan banyak mana, janji siap dan paling pentingnya sedap)

Tart Telur
Bahan2 (kulitnya)
250gm (1 ketul) Butter @ Margerin
440gm Tepung Gandum
100gm -125gm Gula Halus (terpulang kepada memasing, kalu suka manis, boleh tambah lg, tapi ingat, kesihatan perlu dijaga)
2 biji telur (aku ambil bah. kuningnya sahaja)*
sedikit essen vanila*
* di campur dan pukul seketika

Cara2nya:
Gaulkan butter, tepung dan gula (guna hujung jari je bagi memastikan kerangupannya) sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan campuran telur dan gaul hingga menjadi doh. (tambah ais sesudu dua jika perlu)

Isinya (filing)
1 tin susu cair 
-1 cawan Air Suam
-1/3 Cawan Gula Pasir 

1 camca kecil esen vanilla
-4 biji telur

Campurkan kesemuanya dan tapiskan.
(untuk hari ni,cuma bancuhkan 1/2 sukatan bahan untuk filing, inipun cukup2)

Cara2nya

Ambil sedikit pastri dan tekan kedalam acuan, kemaskan bah. lebihan tepinya menggunakan pisau.
Cucukkan bah. tengahnya menggunakan garfu
Bakar lebih kurang 15-20 minit menggunakan suhu 175'c atau sehingga kekuningan
Keluarkan dan tuangkan filing tadi secukupnya
Bakar lagi lebih kurang 15-20minit (hingga tart tadi masak)
Angkat dan biarkan seketika sebelum di keluarkan daripada acuannya, sejukkan.

Sedap tau, kalu kali ader masa terluang, boleh le mencubanya

Acuan Tart

Ahad, 16 Mei 2010

Ahad, 16 Mei 2010

Menu petang


Dalam kesibukan melayan kerenah Alya yang tidak mahu berenggang denganku, sempat lagi aku memasak 'Kek Cawan Coklat Moist' untuk minum petang nnt. Hari ini 'terajin' sikit buat kek. Mula tu cadang nak buat tart tapi ubah disaat2 akhir.



Selasa, 27 April 2010

Selasa, 27 April 2010

n3 ari ni

Sudah dua hari aku tak menulis n3, tak sempat.. tenet rumah lak lembab semacam je, nak siapkan n3 nipun ambik masa agak panjang..  nak ziarah blog teman lagi le tak  berkesempatan!
Balik keje semalam, sibuk  masakkan tart buah.. ntahle, sejak 2 mejak ni, dalam peti ni tak leh habis makanan, lapaaaar manjang.. sambil tu, bawa sedikit kat pejabat pagi ni, boleh le makan sama2. ada pulak  tempahan kuih tart ni tapi.. ummi bukannya kaki bz.. sblm ni pun dorang sibuk suh bz kek coklat tp aku wat senyaaap je.. untuk makan anak beranak boleh le.. camner ni..??

Si Syafiq pulak sibuk mempromosikan tart ni kat depan laman pd kawan2nya, siap bg rasa lg!!. hai, tak ke haru umminya, kiter buat untuk makan, dia pula sibuk ber 'bz'.. ramai pula yg berminat.. 'yang ruginya ummi tp untungnya dia.. ' hai anak aku sorang ni!!)

Selepas itu, masak untuk makan malam. Ha'a.. satu lg, mangga muda yang hubby ambil di rumah Suzila ptg ahad lepas, aku jerukkan, last sekali pula renihkan tulang sblm tido, buat sup tulang untuk menu pagi ni (kes malas nak ambil 'pressure cooker'.)  Rajinkan aku!! puji diri sendiri, sbb tak der org lain nak puji!! syok sendiri kiranya.

Petang nnt cadangnya nak masak nasi impit dan kuah kacang, untuk sarapan pagi esok, agak lama juga aku tak masak nasi impit, jgn ingat, raya baru boleh masak nasi impit tau. Kalau jadi le..

Perancangannya esok dan lusa pula nak siapkan 'kek permaisuri' untuk dibawa balik umah kakak, tempat kumpul adik beradik dan sedara mara.. Dok tengah fikir2 nak wat yg kecik ke atau besar..???  Sekarang ni, angin rajin bertiup kencang, tu le tak leh dok diam, sib baik le Alya memahami 'kesibukkan' umminya,



Untuk mengasyikkan dia, beri je le apa2 yang ada kat dapur, tin kosong ke, pinggan melamin @ sudu, kalau tidakpun, biar le dia bebas kat belakang sana, janji tempat tu bersih dan tak ada benda2 bahaya.. seronook le dia dapat main benda2 gitu, maner le tau, suatu hari nnt dia pun minat memasak lak, jgn jadi spt kakaknya, adooooi! liat sekali menolong, pinggan gelas sendiripun letak dalam sinki! apa le punye anak dara sorang ni!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang