Sudah dua hari aku tak menulis n3, tak sempat.. tenet rumah lak lembab semacam je, nak siapkan n3 nipun ambik masa agak panjang.. nak ziarah blog teman lagi le tak berkesempatan!
Balik keje semalam, sibuk masakkan tart buah.. ntahle, sejak 2 mejak ni, dalam peti ni tak leh habis makanan, lapaaaar manjang.. sambil tu, bawa sedikit kat pejabat pagi ni, boleh le makan sama2. ada pulak tempahan kuih tart ni tapi.. ummi bukannya kaki bz.. sblm ni pun dorang sibuk suh bz kek coklat tp aku wat senyaaap je.. untuk makan anak beranak boleh le.. camner ni..??
Si Syafiq pulak sibuk mempromosikan tart ni kat depan laman pd kawan2nya, siap bg rasa lg!!. hai, tak ke haru umminya, kiter buat untuk makan, dia pula sibuk ber 'bz'.. ramai pula yg berminat.. 'yang ruginya ummi tp untungnya dia.. ' hai anak aku sorang ni!!)
Selepas itu, masak untuk makan malam. Ha'a.. satu lg, mangga muda yang hubby ambil di rumah Suzila ptg ahad lepas, aku jerukkan, last sekali pula renihkan tulang sblm tido, buat sup tulang untuk menu pagi ni (kes malas nak ambil 'pressure cooker'.) Rajinkan aku!! puji diri sendiri, sbb tak der org lain nak puji!! syok sendiri kiranya.
Petang nnt cadangnya nak masak nasi impit dan kuah kacang, untuk sarapan pagi esok, agak lama juga aku tak masak nasi impit, jgn ingat, raya baru boleh masak nasi impit tau. Kalau jadi le..
Perancangannya esok dan lusa pula nak siapkan 'kek permaisuri' untuk dibawa balik umah kakak, tempat kumpul adik beradik dan sedara mara.. Dok tengah fikir2 nak wat yg kecik ke atau besar..??? Sekarang ni, angin rajin bertiup kencang, tu le tak leh dok diam, sib baik le Alya memahami 'kesibukkan' umminya,














Tiada ulasan:
Catat Ulasan