Khamis, 28 Julai 2016

Khamis, 28 Julai 2016

Entri rojak

Sepetang di Genting Highlands

Iaitu 3 hari sebelum menyambut Ramadhan, kebetulan pada masa ini cuti sekolah yang agak panjang, jadi semasa balik kampung, kami membawa beberapa orang anak buah aka sepupu Alya balik ke rumah bersama.


Alya dan sepupunya


Seronok Alya punyai kawan, walaupun mereka jarang2 bertemu, keakraban tetap terjalin, talian persaudaraan katakan.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Sepetang di Cameron Highlands

Bawa anak2 buah merasa udara sejuk di tanah tinggi.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kisah 1 Syawal..


Demam mula melanda pada akhir Ramadhan aka sehari sebelum Aidilfitri, kebetulan pula pada hari tersebut, saya masih lagi bekerja dan apabila balik ke rumah untuk memasak sebelah petangnya, bekalan air terputus, maka hari itu kami berbuka secara ala kadar, kebetulan pula air tangkipun hanya tinggal sedikit sahaja dan kami perlu menyimpan untuk mengambil wuduk dan kegunaan yang lebih penting.

Seawal jam 1:00 pagi (1 Syawal), saya tersedar dari tidur dan meninjau bekalan air paip, Alhamdulillah sudah ada air tapi dalam kuantiti yang sedikit, gagahkan diri untuk mengemas rumah dan memasak untuk juadah di pagi Syawal.

Aiskrim homemade khas untuk Aidilfitri

Pagi syawal, sempat siapkan lagi satu adunan muffin untuk jamuan raya tapi tak ada gambar, ia menjadi pilihan tetamu, tak sempat nak agihkan sikit kerumah abang, habis pagi raya juga.

Sememangnya sepanjang 1 Syawal, saya tidak berkesempatan untuk rehatkan badan, selepas solat raya, rumah diserbu dek tetamu2 kecil merupakan anak & cucu jiran tetangga untuk beraya di dalam jumlah yang agak ramai (sekali datang berbelas orang).

Amat kalut ditambah dek bekalan air yang sedikit untuk membasuh pinggan mangkuk, belum sempat mencuci, tetamu merangkap rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum bertali arus datang beraya. Niat untuk beraya ke rumah abang no. 4 terpaksa ditangguhkan hingga ke petang.

Sesudah tetamu agak reda, badan mula terasa penat, sakit badan, lenguh2 semua ada dan demam semakin bertambah tapi tetap gagahi jua untuk balik beraya ke rumah abang dan ketemu saudara, maklumlah semangat raya tetap ada walaupun kali ini tidak berkesempatan untuk balik kampung seperti tahun2 sebelumnya.

Seperti tahun2 sebelum ini, saya agak berkira untuk membeli biskut2 raya walaupun sebekas cuma, sibuk camner sekalipun dengan tugas harian, nak juga buat sendiri, maklumlah kalau dah diri tu 'PERAHSANTAN' lebih, minda dok asyik jer kata, homemade lagi sedap.. (xmo kecam saya k, gurau jer hu3)

Sempat buat 2 adunan Tart Nenas menggunakan 5 biji nenas untuk jem, lain2 seperti Almond London (3 adunan), Kek Permaisuri (beberapa adunan) - banyak diagihkan kepada rakan2 sebagai buah tangan serta beberapa jenis lagi biskut (kesemuanya tak bernama sebab adunan mengikut bahan yang ada & citarasa tersendiri).

Malangnya waktu itu terlupa diri seorang blogger, maka tiada le gambar kuih muih rayaku, kesemua makanan ini cuma bertahan tak sampai 3 hari selepas raya, habis, jadi dari masa ke semasa & untuk jamuan raya di sekolah anak2 & Kelas Fardu Ain Alya, gigihlah juga membakar biskut (tak kira Syawal dah nak abispun) selagi bahan2 mentah masih banyak di dalam simpanan, simpan lama2kan rosak, untuk raya haji, kita kira kemudian.

Saya cuma membeli beberapa jenis kerepek2 tradisional (itupun homemade dari rakan2), maklumlah selera tinggi benar, xmo kuih muih dari kilang @ stok yang telah lama, bak kata pepatah, "alah membeli, menang memakai..."



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Minggu ini iaitu di akhir Syawal, saya baru berpeluang untuk berpuasa (Alhamdulillah tinggal sehari jer lagi..) dek kesihatan kurang mengizinkan, sebelum ini saya jarang2 demam (Cuti sakit terakhirpun semasa lahirkan Alya 7 tahun lepas) tapi bila dah demam tu, mulalah melarat (3 serangkai: Demam, batuk & selsema) & berpanjangan, apapun kerja tetap kerja, kena kuatkan semangat dek kekurangan staf.

Menu berbuka puasa hari ini, 
Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat yang di beri..

Pencuci mulut dengan Jeruk Mangga Asam Boi

Maaf ayat tunggang langgang & entri bercampur2, bak kata orang sekali harung.

Jangan ditanya entri seterusnya, entah le bila? tengok dulu kepada mood yang ada., maklumlah angin kerajinan belum mari sepenuhnya.

Ahad, 24 Julai 2016

Ahad, 24 Julai 2016

Biar gambar berbicara






Lokasi: Menara Alor Setar

Rabu, 20 Julai 2016

Rabu, 20 Julai 2016

Keperluan @ kehendak?

KEPERLUAN...

Mengecat semula keseluruhan rumah luar dan dalam setelah genap 15 tahun menghuni..



Bilik Alya
Tengah pening fikirkan deco untuk anak kecil kami ini..

Tukar tile dan mangkuk tandas

KEHENDAK..


Terpaksa abaikan untuk sementara waktu, maklumlah tuan rumah ibarat "ANGAN2 MAT JENIN..."

Khamis, 7 Julai 2016

Khamis, 7 Julai 2016

Salam Aidilfitri..

Buat semua dari Alya sekeluarga.. 

Maaf zahir batin.

Maaf Umi tak sihat, dia demam raya, jadi Alya gantikan Umi ya...

Family kesayangan Alya.. 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang