Ahad, 29 Januari 2017

Ahad, 29 Januari 2017

Bila banjir melanda..



Suatu pagi laluan ke tempat kerja tersekat dek air banjir, stress seketika, akhirnya saya menumpang Hilux siapa entah le, janji boleh sampai ke tempat kerja walaupun "Punch Card" merah, selesai satu masalah.



Beginilah keadaan kami waktu ini, terkepung bak berada di sebuah pulau, semua laluan terputus.




Hari ini, bergotong royong bersihkan bilik2 kelas dan kawasan sekolah yang ditenggelami air dek banjir tempohari, walaupun penat tapi seronok dapat membantu.

Sebaik sampai ke rumah, baru terasa sakit di sana sini, lenguh2 badan, akhirnya terpaksa makan ubat tahan sakit  - Ponstan dan tidur sepetang, baru perasan, stamina diri bukan seperti dulu, apabila sudah berusia dan melangkah ke usia 40an, sudah tidak boleh lasak seperti di usia belasan tahun dan 20an,  masa semakin berlalu.. 

Muhasabah diri: Sudah cukupkah amalanku untuk melangkah ke fasa seterusnya.. ?

Tidak mampu untuk menghadiri rumah terbuka sempena "CNY" rakan baik, akhirnya dia menghantar makanan ke rumah kami (Menu: nasi minyak yang di masak oleh kenalan kami). "Terima kasih sahabat, sedap nasi minyak Kak Izah masak"

Khamis, 12 Januari 2017

Khamis, 12 Januari 2017

Diftong dan Vokal Berganding

Pening kepala si ibu nak memahami maksud Diftong dan Vokal Berganding, semuanya gaya2 memantau si cilik buat kerja2 sekolah Bahasa Melayu, digelaknya si ibu sebab masih blur dan Alya terangkan satu persatu maksudnya, sebagai inisiatif sebab masih kurang faham, Pak Googlekan ada.

Diftong
Wujudnya 2 huruf vokal (a, e, i, o, u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan di sebut satu suku kata atau satu sebutan bunyi, ada 3 jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi



Vokal Berganding
Wujud 2 huruf vokal (a, e, i, o, u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan TETAPI terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.




Alhamdulillah ada untung juga memantau anak siapkan kerja2 sekolah, si ibupun boleh belajar sama, maklumlah semasa zaman si ibu dulu, rasanya tidak sesukar ini belajar (darjah 1 baru nak belajar ABC***), ini baru tahap 1 tapi memerlukan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

Terima kasih kepada Cikgu Hijau, nota2 yang diberi amat mudah untuk difahami (saya ambil gambar2 di atas sebagai sumber rujukan, mohon halalkan).

Selasa, 10 Januari 2017

Selasa, 10 Januari 2017

Pesanan si cilik


Menu2 berasaskan bebola daging kesukaan famili.

"Ummi, jangan lupa masukkan gambar masakan beserta resepinya ke dalam blog ya,  nanti ummi jadi terkenal"

Alahai anak, ummi hanyalah seorang blogger 'suam2 kuku', kadang2 tenggelam entah di mana, jika timbulpun entri entah apa2... 

Kemaskini..
Tunjuk entri ini kepada Alya, dikomen lagi..

"Orang wat video, hantar ke youtubelah...", kihkihkih macam2 hal anak  manja seorang ini..


Rabu, 4 Januari 2017

Rabu, 4 Januari 2017

Sessi sekolah 2017

Hari pertama sekolah, apa2pun sarapan dulu

Perhimpunan pagi sebelum sessi bermula.


Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada...

Kali ini guna bekas pakai buang, makanan habis, terus buang bekasnya, tak perlu fikir nak bawa balik.

Rutin Alya setiap hari, bersarapan dulu sebelum ke sekolah & dia tidak pernah ketinggalan untuk bawa bekal dan berkongsi dengan sahabat baiknya.

Tengah fikir menu yang sesuai untuk dibawa pada hari2 mendatang.

Dari tahun lepas lagi, Alya jarang membeli di kantin sekolah.

Oh ya, semalam terdengar rungutan seorang ibu semasa mengambil Alya di sekolah, harga nasi lemak mencecah RM2.50 sepiring (katanya pengusaha kantin baru). Entahlah sayapun tak pasti betul ke tidak sebab tidak sempat meninjau harga dikantin sekolah setakat ini .

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang