Isnin, 26 September 2011

Isnin, 26 September 2011

terima kasih semua

Alhamdulillah, kami baru aje sampai ke rumah dengan selamatnya, terima kasih di atas doa yang kalian iringi, terharu..

Sehingga kini masih belum ketemu lagi dengan Alya sebab dia bersama abahnya ke masjid, rindu sangat, menurut cerita anak2 yang lain, tidur malamnya bersama sekeping gambar lamaku (ketika usia muda remaja g2) dan dia terjaga malam sebanyak 2 kali.

Sepanjangku berada diluar daerah, diriku cuba mengepam  susu (bagi mengosongkan 'breast'), Alhamdulillah masih berbaloi diusia Alya 2 tahun sebulan, kini sedang berkira2 samada perlu teruskan sessi pengepaman ataupun tidak setelah beberapa ketika cuma berikan Alya" susu ibu terus dari ladang".

Update sessi pengepaman:
  • 12 t/malam - 3 oz
  • 7.00 pagi - 4.5 oz
  • 1 ptg - 3.5 oz

Ahad, 25 September 2011

Ahad, 25 September 2011

Doakan kami

Selepas asar nanti diri ini akan kertolak keluar daerah, entah kenapa terasa resah semacam aje, hujan pula sedang renyai2 kat luar sana, seakan bakal mengiringi perjalanan kami nanti.

Biasanya jika ngan hubby, kami ambil masa sekurang2nya 4 jam untuk sampai tapi kali ini entah le, tak pasti lagi tambahan pula si Ann yang akan bawa kereta nanti, dijangkakan 3 jam kami akan sampai ke destinasi.

Hubby tak putus2 mnyuarakan kerisauan, maklumlah selama ini dia begitu setia menemani isterinya ini tapi kali ini aku berkeras, biarlah kami sesama kami yang meneruskan perjalanan, apa2pun doakan kami selamat pergi dan balik ye...

Nota: Pastinya malam nanti diri ini akan merindui Alya

Berat Hati


Agak lama juga tidak tinggalkan Alya bermalam, akhir sekali ialah pertengahan tahun lepas, hari ini buat pertama kalinya dalam tahun ni terpaksa tinggalkan dia bersama abahnya, petang nanti nak keluar daerah lagi bersama 2 orang staf atas urusan rasmi.

Kuatkan semangat..  "Semalam aje sayang tidur sama abah ye !! Insya Allah paling lewatpun malam esok ummi sampai rumah, nanti ummi peluk cium sayang sepuas hati ye!!! " (Usia Alya sudahpun 2 tahun 1 bulan tapi sebab sebelum ini ke mana aje diri ini pergi, dia sentiasa bersamaku dan malamnya masih lagi lena di dalam pelukanku sambil menyusu)

Ini baru permulaan, pertengahan Okt.kena hadiri kursus di KL selama beberapa hari, justeru diri ini kena biasakan diri berpisah sementara dengan Alya.

Nota: Baru je siapkan Muffin Vanilla dan Coklat untuk dibawa bersama petang nanti, esok ader Mesyuarat Pengarah bersama kakitangan beserta Sambutan Hari Raya


Jumaat, 23 September 2011

Jumaat, 23 September 2011

malang tak berbau

Petang tadi melawat jiran tetangga dimana rumah mereka mengalami kebakaran semasa sedang memasak di dapur (untuk jualan di pasar malam).

Ianya berpunca apabila gas memasak habis dan tukar kepada balang gas yang baru di mana ia bocor sebaik sahaja penutupnya dibuka (mungkin kesilapan semasa pengilangan gas), sepantas kilat api menyambar rumah dan melibatkan sebuah rumah tetangga.

Apa2pun bersyukurlah kerana mereka yang berada didalam rumah ini dapat selamatkan diri (walaupun agak kritikal, seakan2 api ingin menyambar mereka semasa sedang menyelamatkan diri)

Moga Kak Mun dan Kak Ani sekeluarga tabah menghadapi ujian ini, kita doakan yang terbaik buat mereka semua, amin.

Rabu, 21 September 2011

Rabu, 21 September 2011

Alya kembali

Ada siapa rindukan Alya tak? agak lama jugak laman ini tidak memaparkan wajah kesayangan kami iaitu si Alya, yalah sejak akhir2 diri ini selalu 'down' aje, huhuhu!!!

Oklah... xmo buang masa, jom layan sekeping dua dulu pic Alya buat pengubat rindu "kakak dan antie" kat luar sana!!! (gambar kali ini diambil semasa mengikutku bertugas ke Cameron Highlands pada 15.09.2011 yang lepas.)

umpppppp, sedapnya!!!

Sebelum balik, sempat lagi rembat baju sejuk buat Alya dan adik beradiknya.
Comelkan!!

Selasa, 20 September 2011

Selasa, 20 September 2011

rindu berblog!!

Lamanya laman ni sepi tanpa sebarang entri baru, bukannya tiada perkara yang nak dikongsi bersama tapi kekangan masa membatasi segalanya, banyak gambar yang dah basi tersimpan dalam kamera tu, ermmmm.

Khamis lepas diri ini ke Cameron Highlands atas urusan rasmi, sabtu pula bertugas sehari suntuk pada program luar atas jemputan oleh BSN manakala pada hari ahad, sekali lagi keluar daerah (travelling day) bagi menghadiri meeting, terasa penat, letih dan lesu, semua ada..

Di tempat kerja tadi ngantuk yang amat sangat, maklumlah selepas 'meeting' petang semalam terus berkejar balik dan sampai rumah agak lewat malam, cuba buat ujian stress, nasib baik cuma stress yang minimum, ia masih diperingkat awal.

Petang tadi dapat pula surat tawaran berkursus di Nilai N9 pada minggu depan selama beberapa hari, sedang berkira2 dengan rakan di daerah lain dapat pula panggilan daripada pihak negeri, ia tak diluluskan oleh 'bigboss' memandangkan tiada penginapan disediakan oleh pihak penganjur dan kami dimaklumkan bahawa tiada hotel @ tempat penginapan yang berdekatan dengan kawasan itu.

hai, berputih matalah nampaknya dan nak tak nak sekali lagi kena keluar daerah minggu depan bagi menghadiri mesyuarat beserta jamuan hari raya di peringkat negeri.

Selasa, 13 September 2011

Selasa, 13 September 2011

misi malam ni

Malam ni buat apam polka dot, alhamdulillah, memuaskan dan hasilnya setiap kali masak licin dikerjakan dek anak2 kesayanganku, sekarang nipun dah tinggal 5 ketul lagi, tak tau le tahan berapa lama lagi ni, si Alya sedang makan sambil nyanyi2..
 Resepinya? adoiiiiiii, tadi main hentam2 je, mujurlah menjadi dan lembut walaupun sejuk, masa buat tadi dok kecoh ngan Alya, tiba2 aje dia buat peel, meragam sepanjang masa, nasib baik siap juga kuih apam ni..

Resepinya (agak2 aje)
2 biji telur gred A
140 gm Gula Castor (secawan kot)
160 - 180gm tepung naik sendiri (jika guna tepung biasa, tambah baking powder dlm 2 sudu teh)
100ml susu cair / susu segar
Sedikit Ovalete (1/2 - 1 sudu kecil)
Sedikit esen vanila (nak elakkan bau hanyir telur)

  • Campur semua dan pukul hingga kembang
  • Bahagikan adunan kpd beberapa bah & titiskan pewarna ikut kesukaan
  • Masukkan ke dalam piping bag (tadi guna plastik je)
  • Picitkan sedikit adunan kedalam mangkuk kertas, masukkan sedikit  filing kesukaan dan dilitupi dek adunan lagi hingga hampir penuh
  • Akhir sekali dot2kan dengan warna pilihan dan kukus menggunakan api yang sederhana
 kemaskini: cuba style dot2 besar lak....

    Isnin, 12 September 2011

    Isnin, 12 September 2011

    sedikit stress

    Malam tadi kami telah kuar ntuk edisi 'jalan2 cari makan', maklumlah sepanjang hari cuma makan soto (bihun & nasi impit), kan dah kata selagi tak habis syawal, makanan raya tetap tersedia bagi menyambut tetamu2 yang tak dijangka tiba, maklumlah rayakan!!

    Masa kat sana kebanyakan daripada kami memilih menu 'chicken chop' kecuali hubby n Suzila (anak angkat kami) yang order nasi kerabu goreng dan nasi goreng pataya. Maklumlah tekak melayu, nasi juga pilihan no. 1.

    Malam ni pulak si Suzila sibuk dok ngajak kami ntuk makan kat luar, katanya nak makan 'chicken chop', xper biar dia belanja (amboi kemain lagi ye, mentang2lah duit raya dapat banyak tahun ni..) tapi aku terpaksa menolaknya dengan alasan anak kami Syazmi (bakal menduduki UPSR pagi esok) dapat rehatkan badan lebih awal malam ni (bukan bab kedekut nak belanja makan, k...)

    Kami anak beranak semua dah siap makan malam w/pun secara ala kadar tapi dia berkeras xmo makan apa2, sabor aje le

    Sabtu, 10 September 2011

    Sabtu, 10 September 2011

    Hari Laksa

    Masih lagi rumah terbuka, menu hari ni ialah  laksa asam & masak pulut berlaukkan rendang daging, anak2 buah kat pejabat datang beraya tambahan pulak syawal masih ada, justeru itu kena sediakan sedikit sebanyak makanan untuk mereka yang akan bertandang bila2 masa.

    Nampaknya sepanjang harilah kami makan laksa dan pulut tambahan pulak abahnya sibuk dirumah jiran membantu membuat persiapan kenduri kahwin esok dan malam ni majlis akad nikah, sudah tentulah makan minumnya disana, petang tadi anak2 pula beraya di rumah jiran, ada rumah terbuka katanya.

    Memandangkan laksa masih ada hingga ke malam, maka sikap 'M' mula bertandang di dalam diri ini, hai... kena hadap ajelah makanan tersebut bersama anak kesayangan ummi si Alya hingga ketitisan kuah terakhir. nampaknya hari ni selayaknya dipanggil "Hari Laksa" buat kami berdua, hihihi

    Isnin, 5 September 2011

    Isnin, 5 September 2011

    Rumah Terbuka Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir


    Alhamdulillah, selesai sudah rumah terbuka dan sambutan hari lahir Alya (tertangguh hampir 2 minggu), Walaupun secara ala kadar namun agak meriah dengan kehadiran ramai anak2 jiran tetangga aka teman anak2 

    Walaupun persiapannya secara tiba2 dan tak dirancang, namun majlis ini berjalan lancar, senang hati setelah dapat agihkan duit raya serentak pada anak2 kecil ini, cam vip pulak diri ni bila dorang beratur ambil duit raya, hehehe (rasa2nya ramai diantara mereka hadir, cuma sejumlah kecil aje tercicir)

    Ermmmmmmmm, nampaknya selepas ni ia tak akan mengganggu hari2 bekerjaku nanti, maklumlah selagi tak habis bulan syawal, dorang tabah mengutip duit raya dari rumah ke rumah.

    Sabtu, 3 September 2011

    Sabtu, 3 September 2011

    Syawal kami

    Sambutan raya kali ini tidak semeriah tahun2 sebelumnya walaupun kami telah pulang beraya di kampung, ada  kejadian yang tidak diingini telah berlaku ke atas diri  Alya.

    Terima kasih ayu kerana sudi mendengar luahan hati seorang ibu walaupun kita cuma kenal di alam maya.

    Sejujurnya mood untukku beraya lenyap dan tiada gambar kenangan raya yang terakam.

    Setelah 4 hari berada di kampung, selepas Isyak semalam kami bertolak balik ke sini, niat asalnya untuk elakkan kesesakkan lalu lintas tapi nampaknya 'gagal' setelah ramai di antara kita mengambil kesempatan untuk pulang ke destinasi lebih awal, mungkin mereka juga mempunyai alasan yang sama dengan kami.

     

    Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
    Design by Cik Kumbang