Agak lama juga tidak tinggalkan Alya bermalam, akhir sekali ialah pertengahan tahun lepas, hari ini buat pertama kalinya dalam tahun ni terpaksa tinggalkan dia bersama abahnya, petang nanti nak keluar daerah lagi bersama 2 orang staf atas urusan rasmi.
Kuatkan semangat.. "Semalam aje sayang tidur sama abah ye !! Insya Allah paling lewatpun malam esok ummi sampai rumah, nanti ummi peluk cium sayang sepuas hati ye!!! " (Usia Alya sudahpun 2 tahun 1 bulan tapi sebab sebelum ini ke mana aje diri ini pergi, dia sentiasa bersamaku dan malamnya masih lagi lena di dalam pelukanku sambil menyusu)
Ini baru permulaan, pertengahan Okt.kena hadiri kursus di KL selama beberapa hari, justeru diri ini kena biasakan diri berpisah sementara dengan Alya.
Nota: Baru je siapkan Muffin Vanilla dan Coklat untuk dibawa bersama petang nanti, esok ader Mesyuarat Pengarah bersama kakitangan beserta Sambutan Hari Raya
Nota: Baru je siapkan Muffin Vanilla dan Coklat untuk dibawa bersama petang nanti, esok ader Mesyuarat Pengarah bersama kakitangan beserta Sambutan Hari Raya











9 ulasan:
Alahan sian alya, nk plak nyusu badan mmgla tak keruan nk tido mlm, takpe abah Ada, boleh handle alya ;)
salam kenal.....
aju
siang ari ok, cuma mlm aje, asik ngempeng mnjg
ya alya
salam kenal, tk sudi singgah
mesti rindu nk peluk time tidok kan kak ;)
sue
ha'aaaa.. betul tu
NoEn
Insya Allah
hihi,ex ofismate jat,lelaki,dia pun xpernah tnggl anak dia.kalau outstation pun dia snggup balik utk tdur rumah
Jat
anak mesti manja ngan bapanya
Catat Ulasan