Khamis, 28 Februari 2013

Khamis, 28 Februari 2013

susahnya hati..

Siang tadi, dapat panggilan dari HQ, perlu hadiri kursus di sebelah utara tanahair pada masa yang terdekat ni (siap berikan ejaan nama yang betul & no ic untuk booking flight,) mula2nya hepi jer tapi bila di akhir perbualan, terus bertanya 'ada tak teman2 dari negeri ini yang terlibat sama?', apabila diberitahu cuma wakilkan sorang jer di setiap negeri & kemudiannya perlu berikan latihan kepada teman2 sejawat di daerah lain lak, tiba2 migrain tak tentu pasal..

'xmo, xmo gelak k, lagi2 cikgu  anis,  ahkak kamu ni asalnya dari kampung, dok pulak nun jauh di sana cuma berbangga le sikit2  sbb setaman ngan 'tok ti'' (padahal dia tak kenalpun ahkakmu ini.. hihihihi), usahkan nak nek 'belon', keretapipun tak pernah biarpun stesennya sejengkal cuma, hari2 dok terserempak keretapi lalu.

Mulalah terfikir, dari sini ke KL, rasanya xder masalah, cuma dari Pekeliling ke KLIA tu camner erk? ada teman2 leh bagi klu sikit, jika ambik teksi, gamaknya berapa RM driver tu caj (maklum le pelancong dalam negeri yang tak tau apa2), jaraknya dalam  KM & apa2 jelah yang boleh membantu insan yang lomah ini @ jika terus bawa kereta ke sana, perlu ikut laluan mana, bukankah ikut laluan Ampang hala ke Putrajaya @ Nilai @ yang sewaktu ngannya? mungkin ada sesiapa yang sudi menjadi pemandu pelancong seketika? ahakkkkkk...

Klu: Travelling dari Rumah - KLIA (Penerbangan)  untuk ke arah Utara (blum pasti samada ke PP, Kedah, Perlis @ Langkawi), sesetengah rakan mungkin dapat membayangkannya. 

(saya tak risau berkursus kat mana cuma tak tau lokasi KLIA & cara perjalanan yang perlu saya gunakan dari rumah untuk ke sana, semestinya perlu bermalam, jika ada bas terus ke sana pergi dan balik (perjalanan yang mengambil masa beberapa jam dari daerah ini), semestinya ia tiada masalah tapi malangnya cuma sampai ke Jalan Pekeliling jer.. :)

pssstt: Jika ada flight dr sini ke utara, awal2 lg tersenyum lebar malangnya tiada.. :(

Imaan aka Lea, Insya Allah.. akan hubungi prn jika perlukan bantuan, tk dear..

akak tertarik ngan komen lia, tepat sekali, pi mai2 tetap dlm M'sia jer, huhuhuh..


alahai anak..

Suatu malam ketika si ibu sedang rehatkan badan, maklum le sejak 2 menjak ni agak lesu penangan demam.

"Ummi!! ummi!! ohhhhhhhhhhhh ummi comel!!!! ummi comel, ummi comel!!!!!!, ummi comel kat mana ni??"

Sayup2 kedengaran suara anak kecil, cutekan, si ibu seakan mau menyorok dari pandangannya, boleh ke gitu?

Nota: hari ini tca si kakak ntuk 'blood test'

Isnin, 25 Februari 2013

Isnin, 25 Februari 2013

Bubur Nasi

Menu kami malam ni
Maklum le memasing masih belum sihat sepenuhnya

Hurmmm..

Bicara 2 beranak ketika si ibu sedang mencuci muka di bilik air..

Anak: "Ummi wat apa tu?"

Ibu: "Cuci muka sayang..."

Anak: "Alyapun nak cuci muka jugak.."

Ibu:  "Tak boleh sayang, adik kecik lagi.."

Anak: "Nak jugak, muka Alya tak cantiklah..."

Ibu: "Tak boleh sayang, bagi ummi muka Alya cantik sangat.."

Anak: "Alaaaaaaaaaaaaaaaa nak jugak, muka Alya tak cantik.." Si kecil mula merengek manja, hurmm.. apa nak dikata..

Ahad, 24 Februari 2013

Ahad, 24 Februari 2013

Rezeki lagi

Tanpa diduga dapat rezeki kain pasang seperti ini:

Terima kasih banyak2 buat Cik Intan Berlian..

Nota: Buat pemilik 'Herba-Tihara' & 'IntaNBerlian', bek kalian g terjah segera ke sana...

Kemaskini 24/02/13
 Tk buat QasehnyaRania...

Sabtu, 23 Februari 2013

Sabtu, 23 Februari 2013

Tiba2

Tanpa disangka keempat2 kelima2 beranak (termasuk abang di asrama) demam secara serentak, bermula dengan si kakak, abang, adik & akhir sekali si ibu, apabila si ibu demam, tak dapat le dorag nak bermanja2, semua kena wat sendiri walaupun di dalam keterpaksaan, tak larat woo...

Jumaat, 22 Februari 2013

Jumaat, 22 Februari 2013

CPUV ke 10 & 11/2013

 
Alhamdulillah walaupun kini tinggal 5 CPUV (BE) cuma, tk Nuff..

kemaskini CPUV ke 11/2013
Rupanya U Mobile muncul pada laman Coretan Peribadi


renungan



Khamis, 21 Februari 2013

Khamis, 21 Februari 2013

Dah terimapun Ubat Gigi Colgate Percuma


Sebagaimana entri ini, ahamdulillah dah terima samplenya, bukan satu tapi tiga sekaligus sebab kami 'apply' 3 nama yang berlainan melibatkan anak beranak, bolehkan!! (yalah memasing2 nak tapi yang dah ada no. ic jer leh mohon..),  rasa2nya kalianpun ada mohonkan, sudah terima ke belum?

zalimnya..

Biarlah gambar berbicara...

Nota: Gamaknya apakah tujuan depa erk?

Rabu, 20 Februari 2013

Rabu, 20 Februari 2013

Sekadar luahan rasa

Kepala tengah berserabut memikirkan adik yang jauh di sana, hari2 bertanyakan khabar & mengingatkan dia masa tetap untuk habiskan antibiotik, seringkali mendapat jawapan yang mengembirakan hati seperti:
  • "Baru jer lepas makan kak.."
  • "Dah selamatpun ubat tu & xmo dah makan ubat lagi, tinggal ubat demam & sakit tekak jer.."
  • "Adik baik2 jer kak.."
  • "Semalam adik keja 4 jam jer, boss x kasi keja berat2 lagi"
Tup2 petang tadi dapat panggilan daripada adik ipar perempuan tunggal di kampung:- "Akak tau ke adik masuk wad semalaman selepas kak hantar dia balik tempohari, dia tiba2 pitam, sayapun baru tau semasa 'pm' ngan rakan setugas dia di FB?"

"Astaghfirullah sampai hati kamu dik tipu kami hidup2, akak tau adik xmo nyusahkan kami tapi adik tau tak ia amat merisaukan hati kami semua, betul2 ingatkan adik baik2 jer di sana, siang malam bertanyakan khabar tapi langsung tiada tanda2 dia di dalam kesusahan.."

Nota: Doktor syaki  demam denggi (dia baru lepas keluar hutan sebab berkursus..), sedang menunggu keputusaan darah esok, jika positif nampaknya kena admit wad.

Pesan awal2 lagi jika kena masuk wad, mohon surat rujukan doktor untuk 'transfer' ke sini, kami akan segera pergi ambilnya, yalah.. nak ulang alik ke sana bukannya dekat, berjam2 lamanya lagi2 jika 'jammed' giler, harus kematu duduk di dalam kenderaan.

Itu le, kami kata jangan balik lagi, adik berkeras nak balik jugak..pot, pet, pot, pet...(bebelanku stail mak enon)

Ahad, 17 Februari 2013

Ahad, 17 Februari 2013

risaunya..

Kejap lagi kami akan menghantar adik bongsu hubby aka adik iparku balik ke tempatnya, walaupun dia masih belum sihat sepenuhnya tapi nak buat camnerkan, tuntutan tugasan yang sedang memanggil2 di sana, lagipun hari ini dia buat2 sihat walaupun pada hakikatnya dia masih belum bermaya, jika tak jangan haraplah kami akan lepaskan dia seorang diri di sana.

Harap2 kali ini jalan tak 'jammed' sebagaimana 5 hari lepas, doakan perjalanan pergi dan balik kami di dalam keadaan baik2, aminnnnn..

Nota: Kadang2 saya terlupa, dia sudahpun besar panjang & melewati usia remaja, ingatkan masih anak2 kecil sebesar Dak Alya, sayangkan dia seumpama adik kandung dari seusia 'baby' lagi... huhuhu

Sabtu, 16 Februari 2013

Sabtu, 16 Februari 2013

Asyik makan jer....

Alhamdulillah, rezeki Allah.

Selain masak laksam 'klate', buat juga laksa asam, masak pulut berlaukkan sardin & goreng kepak ayam ala2 kfc, "bukannya penat bekerja tapi penat sebab kekenyangan, xbek kan!!"

Tunggu anak bawa balik tepung, jika rajin nak buat cekodok ikan bilis lak, ada tetamu petang nanti.


Jumaat, 15 Februari 2013

Jumaat, 15 Februari 2013

Control ayu

Anak siapalah ni, kononnya ayu le tu..

Nota: Mekap hasil kreativiti Alya sendiri, langsung xmo sentuhan orang lain, comot pun comot le dik..

Hari2 Bday, hurmm..

11/02/2013

  
14/02/2013

"Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Alya Comel
Selamat Hari Jadiiii.."

Nota: Orang lain xmo nyanyi, biar Alya sendiri yang nyanyi.. (hari lahir sebenar pada 24/08...)

Khamis, 14 Februari 2013

Khamis, 14 Februari 2013

Menyepikan diri

Banyak perkara yang hendak dikongsi bersama tapi kekangan masa membataskannya, lagipun sekarang ini adik ipar berada di rumah dan tidak begitu sihat

Puas memujuknya untuk berjumpa doktor  tapi gagal, siap ambil cuti lagi untuk menemani dia, akhirnya malam ini barulah dia terbuka hati tapi dengan syarat 'Kak kena ada sama, adik takut...', aduhai adik kesayangan kami, cam budak2 kecik ajerkan, manjaaaa, opssssssssssss.....

Kemaskini: Rupa2nya dia ni penakut nak makan ubat, risau gak ni, ahad nanti dah nak hantar balik, ubat antibiotik belum habis lagi, sekarang nipun kita yang perlu ingat & hulurkan mengikut masa yang ditetapkan.

Rabu, 13 Februari 2013

Selasa, 12 Februari 2013

Selasa, 12 Februari 2013

Masih di sana

Berdasarkan entri tadi, jam sudahpun melewati pagi, anak teruna sulung masih lagi berada di hospital, walaupun mereka tidak berkawan rapat, akan tetapi di atas dasar teman satu sekolah dan taman perumahan di bawah sana, dia bersama beberapa orang rakan berada di sana bagi membantu menguruskan jenazah.

Pada mulanya dia ingin bersama team ke tanah perkuburan di mana urusan pengebumian akan  disempurnakan pada malam ini juga, akan tetapi tidak mendapat keizinan abahnya, maklumlah dia seorang yang agak lemah semangat, sering 'mamai' (mengigau) apatah lagi jika berada di dalam kesihatan yang tidak baik.  Akan 'merapu' yang bukan2, gamaknya apabila semua urusan di hospital selesai, barulah dia balik ke rumah lagipun tanah perkuburan agak jauh.

Difahamkan 2 orang telah meninggal dunia di dalam kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori di kawasan Felda siang tadi.

Nota: Masih tertanya2 anak siapakah gerangannya, mungkin keluarganya juga adalah kenalanku?

Psssttt: Kemungkinan besar dia pergi jugak sebab jam sudahpun hampir 3 pagi belum balik2.. nak tidur bimbang tak sedar nanti, tepon dia lak dah abis bateri, waduhh risaunya..

Isnin, 11 Februari 2013

Isnin, 11 Februari 2013

Al fatihah..

Masih di dalam mood terkejut, baru mendapat perkhabaran:- teman sekolah anak yang bakal menduduki SPM tahun ini terlibat di dalam kemalangan jalan raya siang tadi dan telah  meninggal dunia.

Al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat, amin..

Ahad, 10 Februari 2013

Ahad, 10 Februari 2013

akhirnya..

 
menjadi juga acara berBBQ yang sepatutnya malam tadi


 
Direalisasikan oleh "Bakal Masterchef Cilik Diari Hidupku.."

Daging masak hitam

Kaler hitamkan? tapi sedap tau, rempahnya dibeli dengan Izan Mama Mia, sengaja beli banyak2, boleh wat stok kat umah


Laksa Asam @ penang ala2 umialya

Menu pagi ni..

Untuk rujukan anak2 di kemudian hari, insya allah
Psssttt: apabila ia untuk rujukan anak2, gerenti satupun rahsia tidak akan disembunyikan. Iya dok??

1/2 paket laksa kering (Saya guna jenama Eka, rendam sekurang2nya 1 jam, panaskan air, bila menggelegak, masukkan laksa, biarkan ianya lembut, angkat dan bilas dibawah air lalu untuk membuang lebihan kanjinya, toskan hingga kering..)

Kuahnya:
3 ekor ikan selayang (saiz besar) -di rebus @ kukus seketika, asingkan isi & tulang)
10 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
5-10 biji cili kering (rendam hingga lembut) *-bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki, jika suka pedas, leh campur cili padi @ tambah cili kering.
Sedikit belacan *
5-7 keping asam gelugur (bergantung jenis asam keping, jika perlu boleh kurang/tambah)
1/2 sudu besar petis (otak udang)
1 kuntum Bunga kantan
Sedikit daun kesum
Garam secukup rasa.
Air secukupnya (lebih kurang 1 liter..)

Ulam2an yang disukai contohnya:-
  • Timun
  • Daun salad
  • Cili padi / cili merah
  • Bawang besar
  • Nenas
  • Taugeh
  • Bunga kantan
  • Limau nipis/ kasturi
Beberapa biji telur, direbus hingga masak.
Cara2nya:-
  1. Kisar bahan2 bertanda *, masukkan isi ikan, kisar sekejap jer. (jika abang ipar, dia tumiskan bahan2 * terlebih dahulu..)
  2. Panaskan air, masukkan bahan2 yang dikisar dan bahan2 lain iaitu asam keping, daun kesum, bunga kantan, garam, petis, renih menggunakan api perlahan, jika pekat sangat, tambah air.. (makin lama renih, makin sedap..), apabila siap angkat & bolehlah dihidangkan bersama laksa & ulam2an tadi.

Sabtu, 9 Februari 2013

Sabtu, 9 Februari 2013

Mencari kekuatan

Gara2 ENTRI ini, masing2 berada di dalam keadaan mood yang agak down, hilang semuanya, justeru itu perapan ayam pagi tadi tersimpan rapi di dalam 'fridge', Insya Allah acara malam ini akan ditunda esok.

Penggantinya ini cuma:-
 
bolehlah.. 
"Anak2 sukalah sebab makanan dorang.."

frust menonggeng

Perancangan awal, adik bongsu hubby merangkap adik ipar akan ke mari, justeru itu, awal2 pagi lagi minta tolong anak sulung ke pasar untuk membeli beberapa ekor ayam, cadangnya nak ber'BBQ' malam ini.

'Last Minute' dia call dengan nada suara yang sebak, mula2 ingatkan dia terjatuh motor ke apa, maklum le malam tadi semasa bercakap ngan dia, dikatanya xmo naik bas, dia nak bawa motor jer ke mari tetapi telah dilarang keras sekerasnya dek kakar iparnya sepersis ibu tiri tapi hati baik punya (puji diri sendiri, huhuhu.)

Berdegup kencang jer jantung ni nak dengar penjelasan selanjutnya dari dia, rupa2nya adik tak dapat pelepasan cuti tapi dia berkeras jugak nak ke mari (tambahan lak bila dapat tau kami akan berBBQ malam nanti..), kita sebagai orang tua (Ceeeeewah...), yalah sebagai pengganti arwah ma&abah (mil & fil), kenalah bagi motivasi sikit kat adik..

"Sudah boss tak bagi pelepasan, nak wat camner? adik kena kerja, jangan sesekali langgar disiplin, len kali jika punya rezeki kita rancang kemudian, Insya Allah..

 jangan risau, akak tak kecik hatipun....."

Walaupun di hati kami terutamanya anak2 buah dia merangkap anak2 'frust menonggeng', kalian faham tak maksudnya??

 
Ayam yang SEDANG diperap untuk acara BBQ malam nanti

Jumaat, 8 Februari 2013

Jumaat, 8 Februari 2013

Aiyoooo...

 
Ini macamkah??

Anak Perempuan vs Kecantikan

 
sememangnya tak boleh dipisahkan, habis daa alat make up si ibu..

opsssss 'sori'.. gambar ter'sexy' sbb baju ini dipakai semasa berada di rumah, balik keja ptg smlm tak sempat nak salin,  dia terus ikut kami untuk ambil si abang yang punyai xtvt ptg di sek.

"Make up" di muka adalah hasil contengan Dak Alya sndiri di kala si ibu keluar bekerja.   

Khamis, 7 Februari 2013

Khamis, 7 Februari 2013

"Ang Pow CNY OTW"

Tiba2 tergatai tangan dok tekan Nuffnang, semak bah. 'Payment History', Alhamdulillah bakal menerima cek Nuffnang bagi akaun penutup pada 31/12/2012.

Cikgu Anis x mo jeles2 tau....

Udah rejeki anak bongsu kami. (hurmmmmm duit Nuffnang yang dapat pada 7 Jan 2013 masih berbaki - ia khas untuk Dak Alya).

Insya Allah hujung Mac 2013 nak claim bagi penggal pertama untuk tahun 2013, 4 kali setahunpun oklah,  sapa nak bagi, iya dok??

Tk Nuffnang.. & tk buat anda semua, muahhhhhhhhhhhhhh...

Nota: Agak2nya duit hasil iklan berblog ni kena lapor jugak ke idok pada LHDN?, sapa leh jawab?

Rabu, 6 Februari 2013

Rabu, 6 Februari 2013

tak terkata..

Terkejut apabila mendengar perkhabaran yang dibawa oleh teman sepejabat, baru kejap tadi seorang anak kecil di dalam lingkungan usia 4-5  6 tahun terlanggar dek kereta di depan sana.

Katanya pemandu itu tak sempat nak elak sebab dia tiba2 keluar dari celahan kenderan 'parking', sib baik terkena bah. cermin - berkecai juga menanda pelanggaran ini berlaku agak kuat.

Sedih sebab ia adalah kecuaian ibubapa kerana biarkan anak sekecil itu merayau bebas ke sana ke mari di kaw. bandar (tempat yang sibuk) tanpa pengawasan. 

Nota: Ibubapa si kecil yang berdarah kacukan Pakistan & Melayu itu adalah peniaga kedai perabut.

Walaupun secara umumnya kita tahu, kadang2 nak kawal anak supaya dok diam2, 'x mo pi' mana2 agak sukar tapi 'lagumana' sekalipun, ia tanggungjawab ibubapa menjaga keselamatan mereka, 'sementelah' lagi dia 'anak  kecil' yang 'nggak ngerti' apa2.

Bak kata pepatah:  "Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna", menangis air mata darahpun xder gunanya, iya dokkkkkkk?? 


Entri Gerammmmmm.... 

Kemaskini: Baru balik melawat, budak itu di dalam keadaan fobia, dimaklumkan sudah banyak kali  kejadian ini berlaku tapi tetap dibiarkan anak itu melintas jalan utama seorang diri.

ww

Idea gersang, selalunya ginilah apabila tiba setiap rabu, kering kontang, pastinya sebelum mulakan tugasan, 'bw' jap bagi membalas kunjungan teman2, so far.. terharu dengan kunjungan kalian samada yang tinggalkan jejak @ silent reader cuma. Terima kasih semua.

Isnin, 4 Februari 2013

Isnin, 4 Februari 2013

CPUV ke 9/2013

Iklan Nuffnang terbaru - DiGi Best Prepaid, baru jer hadir hari ini di LAMAN CORETAN PERIBADI, alhamdulillah.. rezeki dak Alya lagi..
Nota: Buat teman2 yang tinggalkan jejak hari ini, mohon maaf sebab belum sempat nak bw, Insya Allah petang / malam nanti saya akan membalas kunjungan kalian.

Bertuahnya anak

Dinding rumah dipenuhi hasil seni anak2

Ahad, 3 Februari 2013

Ahad, 3 Februari 2013

Sup 'Gear Box'

Hidangan petang kami
Sup Tulang @ Sup Gear Box (Ntah naper nama ini diberi?)

2 dalam 1
Sup Tulang + Mee = Mee Sup

Hasilnya
kegemaran anak2

Berbaloi si ibu memasak..

Nota: Masih berhutang resepi sup..

Alhamdulillah

Sejuk perut ibu mengandung


Sabtu, 2 Februari 2013

Sabtu, 2 Februari 2013

Al fatihah..

Baru menerima perkhabaran dari kampung, abang sepupu telah meninggal dunia jam 4.30 petang tadi setelah koma lebih seminggu di HUSM. Al fatihah buat Arwah Abang Mie, moga tenang di sana..

Buat Edy & Nini, moga tabah dengan pemergian ini.

Nota: Tiba2 rindu zaman kecil2 dulu..



seadanya...

Nasi Lemak

Asalnya ada  tetamu yang akan datang pagi ini tapi tak jadi, justeru itu bagi elakkan pembaziran, tepon le teman yang berdekatan, siab baik dia belum sarapan pagi. Janji nasi lemak ini habis..

Jemput makan semua...


Jumaat, 1 Februari 2013

Jumaat, 1 Februari 2013

sebak..

Alhamdulillah malam ini hubby telah membantu seorang anak remaja yang ditangkap kerana cubaan mencuri baju t-shirt dipasar malam, hampir2 budak itu akan dibawa ke IPD.

Bukan menyokong perbuatan remaja tersebut tetapi kita fikirkan perkara yang positif, kemungkinan besar dia inginkan baju tersebut tapi tidak berkemampuan.

Sebenarnya hubby paling tidak suka apabila diajak ke pasar2 tapi entah kenapa pada malam ini, selesai solat berjemaah di masjid, dia tergerak hati meronda2 di pasar malam seorang diri, tiba2 terserempak dengan kejadian ini, dia merayu agar dibebaskan remaja terbabit dan bersedia membayar ganti rugi sebagaimana yang diminta oleh tuan punya. 

Menurut hubby, tiba2 dia terbayangkan adik bongsunya yang berada di perantauan seorang diri, justeru itu apabila terpandangkan wajah remaja tersebut mampu membuatkan dia "cair hati".

Alhamdulillah.. bersyukur & terharunya sebab dia telah mengeluarkan remaja tersebut dari kesukaran & membayar harga baju itu, bukannya mahalpun - RM20 cuma. Berkali2 anak remaja itu mengucap kesyukuran & terima kasih di atas pertolongannya.

Mudah2an remaja ini tersedar dari kesilapannya, sama2lah kita doakan.. amin.

Sibuk di tahap melampau..

Gara2 bercuti panjang di hujung bulan, masuk jer ke pejabat awal pagi tadi, berderet surat2 rasmi & pekeliling bagai yang di susun rapi atas meja.

Ho'ooo ambik engkau tini oiiiiiiii, len kali bercuti lagi, sepanjang hari tadi kena jalani 'perintah berkurung', sesekali jer terlepas, nak baca juga entri teman2 & tinggalkan jejak.. (maklum ler blogger tegar, tetap jugak bw, ahakkkkkkk...)


Sambung minggu depan ajelah sebarang tugasan yang tak sempat nak siapkan tadi, janji jangan lebih dari limitnya..

Nota:  Kadang2 jeles gak ngan Cikgu Anis- 2 tahun cuti tanpa gaji, tak perlu nak fikirkan tugasan rasmi, kalaulah akak punyai duit banyak, teringin jugak nak ikut jejak Cikgu Anis. huhuhuhu.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang