Ahad, 31 Mac 2013

Ahad, 31 Mac 2013

PENGUMUMAN - Pencarian Top Komen Jan - Mac 2013 TAMAT

Keputusannya akan diumumkan pada bila2 masa bermula dari sekarang, terima kasih tak terhingga buat teman2 yang sentiasa memberi sokongan, sayang kamu semua..

Cash out penggal pertama

Baki terkini - RM0.00 
& 5 CPUV Nuffnang masih berlegar2 dilaman ini.


Sabtu, 30 Mac 2013

Sabtu, 30 Mac 2013

Cerita hari ini...

Bangun tidur, masak, pastu makan, sambung tidur, bangun, makan lagi, arggghhhhhhhhhhhh leganya setelah seminggu tak cukup rehat. Hurmmm esok boleh le nak mengemop rumah, tenaga dah ada.. (sib baik bab  vakum rumah & kain baju - hubby & anak2 ambik alih, senang sangat kejaku.)

Nota: Malam nanti nak bawa anak2 kuar makan, umminya nak gantung periuk kuali seketika.

Jumaat, 29 Mac 2013

Jumaat, 29 Mac 2013

'Hen Curry''

Gara2 entri Cikgu Anis - 'Hen Curry Punya Kisah', awal2 pagi tadi terfikir nak masakkan lauk 'Hen Curry' ala2 Cikgu Anis untuk hidangan keluarga di rumah sepanjang hari ini.

Bila dah secukup rasa, padamkan api & saya mula bersiap untuk ke tempat kerja, ambil sedikit sebagai bekalan ke pejabat, tiba2 terlihat 'rempah kari' tak berusik, "alamakkkkkkkkk terlupa nak masukkan rempah kari tapi xperlah sebab dah ada rasa, tak tau le nak panggil resepi apa erk, sapa2 leh bagi cadangan?"

Nota: 'Hen Curry' (gaya penceritaan Cikgu Anis) bersamaan dengan Chicken Curry (Omputih style) @ Kari Ayam (bahasa melayunya) @ dibelah2 utara @ timur, dipanggilnya Gulai Ayam Noktah...

Khamis, 28 Mac 2013

Khamis, 28 Mac 2013

Update: Pencarian 'Top Komen' Jan-Mac 2013

Tinggal 3 hari jer lagi masanya, persaingan agak sengit & saya tak pasti siapakah diantara kalian yang bakal memenangi HADIAH UTAMA,

Agak2nya siapa ye?


Rabu, 27 Mac 2013

Rabu, 27 Mac 2013

kekangan masa

Tak tau nak mula dari mana, pastinya bermula hari ini hingga hari2 seterusnya, akan alami kesibukkan yang melampau, harap2 aktiviti berblog tiada halangan (maklum le blogger tegar..).

Cer bayangkan kena handle program sebanyak 8 kali pada April dikala kekurangan staf dan akan kuar daerah  ntuk hadiri meeting (harap2 bigboss bagi kelonggaran ntuk wakilkan staf, alaaaaaa setakat nak bentangkan laporan), awal2 bulan perlu compile reten bulanan & penggal ntuk negeri dan sebagainya, huwaaaaaaaaaaaaaa  makcik dah mula alami tekanan.. (sabar2... )

Ingatkan 2013  akan alami perjalanan masa yang lancar setelah 3 bulan berlalu penuh dengan ketenangan, mungkinkah ia penangan PRU yang semakin singkat?  

Cameron Highlands, sila tunggu kami ya!!!

Nota: Baru jer abis odit ptg td, udah le hari ini busy giler, sikitpun tak dimaklumkan, yalah.. pemeriksaan mengejut katakan..

 

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ke 15/2013

xmo jeles2 k, makcik dpt seketul lg CPUV aka BE Nuffnang
 

Tk semua..

Isnin, 25 Mac 2013

Isnin, 25 Mac 2013

keseorangan

Nampak gayanya hari ini keseorangan jer kat pejabat setelah kesemua anak2 buah bercuti manakala seorang terseliuh kakinya secara tiba2, karang ini berada di hospital untuk dapatkan rawatan, kemungkinan besar dapat MC.  kemaskini: dpt mc sebulan setelah dibuat x-ray - patah bah. buku lali (kemungkinan osteoporosis)

Alhamdulillah klien datangpun secara berkala2, cam faham jer keadaan, idok le makcik terkejar2 nak buat kesemuanya serentak, haiiiii pengsan jadinya.

Hurmm... impian untuk bercuti pada minggu ini tak kesampaian.. Insya Allah apabila punyai masa terluang, barulah fikirkan masa untuk keluarga, buat sementara waktu, kita simpan dulu cuti tu..

Nota: sejuk hati dapat cek elaun perjalanan..

Ahad, 24 Mac 2013

Ahad, 24 Mac 2013

Contest sempena ulangtahun Bank Islam ke 30



tonton iklan

Jawab soalan
(Berbeza setiap hari)

Cara Penyertaan:

  • Peserta perlu TONTON iklan TV Ulang tahun ke-30 Bank Islam dan ‘SUBSCRIBE’ akaun YouTube Bank Islam. Peserta perlu menjawab semua soalan yang dipamerkan di laman Facebook Bank Islam dan ‘SHARE’ maklumat peraduan sebelum menghantar jawapan dengan klik butang ‘SUBMIT’. Setiap penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat (Sila baca terma dan syarat peraduan sebelum menyertai peraduan ini)
  • HANYA 30 peserta pertama dengan jawapan yang betul dan ‘SUBSCRIBER’ akaun YouTube Bank Islam yang akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap hari. Terdapat 300 hadiah untuk dimenangi (30 pemenang x 10 hari)
  • Pemenang akan diumumkan melalui laman Facebook Bank Islam dan laman rasmi Bank Islam. Pemenang juga akan dimaklumkan melalui e-mel.
  • Hadiah boleh dituntut di cawangan Bank Islam yang berdekatan.
Due date: 30/03/2012

Sabtu, 23 Mac 2013

Sabtu, 23 Mac 2013

Kelakarnya..

Emaill spam lagi..

dan..


ini

&

kelakarkan, kesemuanya menggunakan nama melayu & kononnya muslim..





CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ke 14/2013

Tanpa disangka, petang ni dapat seketul lagi CPUV (BE) Nuffnang, terharu sangat2, rasanya baru jer beberapa hari lepas en. nuff berikan CPUV, nampak gayanya makcik kena merajinkan diri mencari idea untuk coretkan sesuatu di kedua2 laman terutamanya 'Coretan Peribadi', ia seumpama 'Hidup segan, mati tak mahu..' 


Magnum

Terima kasih Nuffnang & pengiklan yang sudi menyinggah ke laman ini, begitu jua buat kalian sahabat2ku di alam maya, tanpa kunjungan anda, laman ini kaku menyepi tanpa serinya. Sayang semua....

Jumaat, 22 Mac 2013

Jumaat, 22 Mac 2013

Untungnya...

Setiap pagi sampai jer ke Tadika, ramai teman2 tak kira lelaki @ perempuan berlari2 anak mendapatkan Alya sambil memanggil 'Adik Alya, Adik Alya, Adik Alya!!!' berulangkali..

Kadang2 kami cuma sempat menghantar dia setakat luar jer sebab ramai teman2 yang sudi hulurkan tangan & pimpin dia masuk ke kelas, mudah2an dia akan sentiasa disenangi & disayangi oleh ramai kawan.

Guru kelasnya ada bercerita, terdapat seorang pelajar lelaki (tak pasti samada berumur 5 @ 6 tahun) suka mengusik Alya, contohnya semasa dia sedang menulis, pelajar tadi suka pangku dagunya ke bahu si Alya menyebabkan dia marah2. (mungkin dianggap  Alya sebagai baby sebab badan dia yang kecil molek, xmo besar2)

Khamis, 21 Mac 2013

Khamis, 21 Mac 2013

Jurnal Penyusuan Alya

Alhamdulillah selama 3tahun 7bulan menyusukan Alya sepenuhnya tanpa pemberian susu formula, 3 hari lepas cuba ceraikan susu ibu menggunakan jus limau kasturi, pasti masam...

Tiba2 pagi tadi, disuruh dek hubby 'berilah susu pada Alya, sian dia, kurus daa..' takkala dia melihat perut Alya yang agak kempis sewaktu bangun pagi. Sebagai isteri mithali, kita wajib turuti perintah suamikan.. lagipun di hati ini sebak takkala menatap wajah Alya.

Pada mulanya dia menolak, yalah risau jika rasanya masam lagi tapi setelah diyakini, barulah dia menyusu semula, serentak dengan itu, terukir senyuman manis dibibir Alya. Gembiranya hati si ibu.

Balik rehat tengahari tadi, Alya berkata "Alya xmo nyusu ummi dah sebab Alya dah besar.." 'Alhamdulillah sayang, kamu anak yang pintar, sayang anak ummi..', maka bermula hari ini tamatlah sejarah penyusuan ibu buat Alya, Insha Allah.

Jika teman2 yang sudah lama bersama, tentunya tahu sejarah awal lahirnya blog umialya ialah bagi mencerita detik2 bersejarah & suka duka sepanjang penyusuan ibu buat Alya di Laman Coretan Peribadi  


Saya pasti inilah penyusuan terakhir yang mampu saya berikan buat anak2 kecuali berlakunya keajaiban & di atas ketentuanNya, bukannya tak mahu punyai anak kecil lagi tapi dek faktor usia, maka hasrat itu terpaksa dilupakan buat selamanya.

Inilah anak pintar kami hasil penyusuan ibu sepenuhnya, 
 'ummi sayang kamu..'

Rabu, 20 Mac 2013

Rabu, 20 Mac 2013

Parents Kids & Baby Expo 2013

Teringin nak pergi tapi jauh bangat, apa kata kalian mewakili akak pergi memborong, 23hb dah masuk gajikan... hurmmmmmmmmmmmm 25hb, sori...

renungan



Selasa, 19 Mac 2013

Isnin, 18 Mac 2013

Isnin, 18 Mac 2013

Bila selsema melanda

Betul2 buatku stress, permulaan cuma ambil beberapa biji tablet vit. c sebagai altenatif, terover dose sikit, tak apa kot.. seboleh mungkin elakkan ubat selsema yang bisa buatku terlena sepanjang malam & bikin kepala pusing2.

Harap2 pagi esok ia berlalu pergi...

Kemaskini 19/03/2013: Tak tahan daa, terpaksa ambik tab. clarinase (Loratadine 5mg bd) - jenis yang tak mengantuk berbanding tab. piriton & pagi tadi tab. pcm serta vit. c & secamca besar madu (sebab batuk, alhamdulillah sudahpun hilang batuk setelah lebih sehari alaminya)

i like..

Nota: sibuk sangat2,  baru jer beberapa hari tiada kat pejabat, banyak perkara yang tertunda, cer bayangkan jika cuti lebih lama lagi, hurmmmmm

Ahad, 17 Mac 2013

Ahad, 17 Mac 2013

Eksklusif dari Langkawi

Hari ini xmo citer panjang2, layan jer beberapa keping gambar yang sempat di ambil 

Hari pertama

Tempat penginapan

Pemandangan dari bilik, cantikkan..

Lamanya makcik tak berposing, boleh le..

Lagi.. (control ayu)


Gambar sekitarnya

Hari terakhir


Sabtu, 16 Mac 2013

Sabtu, 16 Mac 2013

Hadiah Bakal Dimenangi oleh Top Komen Jan - Mac 2013

Update Hadiah.16/03/2013.

Berdasarkan ENTRI DI SINI, pemenang utama 'Top Komen Jan - Mac 2013' akan memenangi:-

  • PEMANGGANG AJAIB 
(Jenama Idaman Suri, murah jer tapi paling penting tenaga yang digunakan untuk membawa ia keluar dari Langkawi tak boleh disangkal lagi, naik turun van, flight, komuter, Monorel & bas, gitu juga naik turun tangga & lift, fuhhhhh berpeluh2 untuk sampai ke destinasi tapi gagahi jua demi menghargai teman yang setia bersama)  
Teman2 yang berada di tangga ke 2 hingga 5 (4 orang), masing2 akan menerima:-
  • FM Langkawi (Jika pemenangnya berasal dari sana, ia akan ditukar kepada FM Cameron Highlands) & 
  • BROOCH
  • KAIN SARUNG *** (untuk pemenang di tangga ke pertama @ kedua sahaja)
Keseluruhannya 5 orang Top Komen yang berada di tangga keatas akan dikira sebagai pemenang.

Nota:
  • Gambar akan upload kemudian, tak sempattttt (rasanya tak perlulah kot, lagipun kamera wat hal pulak....)
  • Buat sementara waktu, Widget 'Top Commenters' - tidak akan dipaparkan sehingga keputusan diumumkan.

Jumaat, 15 Mac 2013

Jumaat, 15 Mac 2013

Doktor Cinta

Adoiiiiiiiiiiii dah tua2 boleh pulak jadi 'Doktor Cinta' tak bertauliah si adik ipar kesayanganku & pasangannya, tak tau le nak kata apa dorang berdua, kejap baik, kejap gaduh, ala2 chips more gitu, bila dah sampai ke tahap kronik, kakak ipar kamu ni le jadi orang tengah, kanan dgr drp pihak sini, kiri  lak drp sana, last2 akak kamu le yg pengsang... (opsssssss terlebih g...)

Rasa2nya baru jer 3 hari lepas dok kecoh2, pastu slps diberi kaunseling, baik semula, tup2 hari ni gaduh lagi, apa ni dik oiiiiiiiiiiiiii..

Nak suh nikah awal2, tak cukup umur lagi dik, muda sgt.. (alasan ipar kamu semata2, huhuhu)

Nota: Tak sabar nak jumpa buah hati kesayangan ummi tapi flight petang karang, :( ' i miss u....'


Selasa, 12 Mac 2013

Selasa, 12 Mac 2013

perhentian..

Nak tanya teman2 yang dok area KL, kat sini hujan ke setiap hari? makcik dah mati kutu wehhhh, nak kuar bilik, payungnya xder, ingatkan sama jer kat daerah sana, panas sepanjang hari. Waduhhhhhhhhhh lebat pulak hujannya ditambah dengan guruh di langit tak henti2 dari tadi. 

Terpaksa tutup aircond buat sementara, sejuk bangat ditambah dengan cuaca sebegini.

Ohya, petang ini terpaksa transit di sini dulu sementara menunggu flight hari esoknya, jika bertolak awal2 pagi, memang sah tak sempat, melompong kang makcik nak g kursus nun jauh di sana.

Perut berkeroncong minta diisi, uwaaaaaaaaaaaaa.. ada sapa2 yang leh bantu bawakan makanan ke sini?

Nota:  
  • Malas lak nak calling2 anak sedara kat sini, tak suka nak ngacau dorang, yalah memasing sibuk ngak kerjaya, kena lak tengah jammed giler, kalu dorang tahu mesti bising tu...
  • Rindu anak comel ummi, sib baik dia memahami "ummi naik bas nak g kejakan??"

Isnin, 11 Mac 2013

Isnin, 11 Mac 2013

Menghitung hari

Sebagaimana entri tempohari, tinggal sehari lagi untuk keluar daerah tapi masih belum membuat persiapan, baru jer buka beg untuk mengisi pakaian, sepantas kilat Alya akan merengek manja "Alya nak ikut ummi, letaklah baju Alya jugak", serentak dengan itu mood mengemas terus ke laut.

Lagipun hingga kini, tiket penerbangan masih belum diterima lagi, "entah bila dorang akan emailkan, masa makin suntuk daa..."

Perasaan bercampur baur kini, dilema antara famili & kerjaya.

Nota: Insha Allah hadiah untuk Pencarian Top Komen akan dibeli di sana, itupun jika berkesempatan.

Ahad, 10 Mac 2013

Ahad, 10 Mac 2013

CPUV Nuffnang paling lama bertahan

Masih aktif sejak 08/11/2012, yap.. sudah lebih 4 bulan ia berlegar2 di ruang bawah laman ini


Tk Nuffnang sebab berikan kepercayaan &
 tk teman2 sebab menjadi pembaca setia, sayang korang.

Sabtu, 9 Mac 2013

Sabtu, 9 Mac 2013

renungan



Rabu, 6 Mac 2013

Rabu, 6 Mac 2013

Cukai Pendapatan

Selesai 90% mengisi borang e-filing online, kemudian status itu dibiarkan 'pending', naper banyak sangat baki tunai yang perlu dibayar walaupun sudah dibuat Pemotongan Cukai Berjadual setiap bulan?

Masa terima gaji setiap hujung bulan tersenyum lebar jer tapi bila kena bayar cukai cenggini lagunya, ngelat erk, mulalah lengahkan masa, aci tak?? alaaaaaaaaaaa tarikh tutupnya lambat lagi, 30 Aprilkan?

Untuk rujukan kita semua



Tertipu

Tiba2 mood menjoinkan segmen seorang Hamba Allah merundum, kena follow sana sini termasuk like FB rasanya oklah tapi syarat2 lain iaitu kena klik beberapa link seperti arahan, rupa2nya ia adalah iklan CPUV nuffnang semata2, nampak sangat menipu, mak cik tak suka tau.

Rupa2nya ada udang di sebalik mee, terus unfriends & tiada like2 bagai, jika jujur rasanya ok jer, boleh terima..hurmmmmmmm, tak pasal2 dia untung atas angin...

Janji ditepati

Alhamdulillah tertunai sudah hasrat di hati, hari ini bercuti menjaga dak kecil, kesian dia, berat badannya makin susut, harap2 ia tidak berpanjangan.

Badan masih terasa hangat & batuk2 kecil kedengaran, bab makan ubat, alhamdulillah dia tiada masalah hatta dikejutkan seawal jam 5 pagi (pemberian ubat antibiotik) sekalipun cuma dia tak suka minum madu, biasanya jika batuk2 saya suka berikan madu kepada anak2 berbanding ubat batuk tapi malangnya ia tidak digemari dak alya.

Mudah2an kesihatan Alya makin baik, 'Ummi tak senang duduk sayang jika kamu sakit...'

Nota: Terasa gagal amalkan 'Nursing Care' di saat famili sendiri jatuh sakit..

Selasa, 5 Mac 2013

Selasa, 5 Mac 2013

Antara Keluarga & Kerjaya

Bagi saya kedua2nya sama penting & berkait rapat, keluarga tunggak kebahgiaan manakala kerjaya penstabil ekonomi keluarga, ia perlu seiring antara satu sama lain.

Nota: Dilema si kecil demam setelah kami semua kembali sihat, Ya Allah berikan kekuatan terhadap hambamu ini untuk hadapinya. 

Cuba siapkan tugasan urgent hari ini, In Shaa Allah mohon cuti untuk hari esok bagi meluangkan masa bersamanya.

Isnin, 4 Mac 2013

Sabtu, 2 Mac 2013

Sabtu, 2 Mac 2013

renungan


Jumaat, 1 Mac 2013

Jumaat, 1 Mac 2013

Pencarian 'Top Komen' Jan-Mac 13

 Entri melekat hingga 31 Mac 2013, untuk entri terkini sila scroll ke bawah
Syaratnya seperti dulu jugak
SINI.

Tarikh tutup: 31/03/2013


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang