Khamis, 30 Januari 2014

Khamis, 30 Januari 2014

persiapan terakhir

Teruskan misi & ambil cuti tahunan demi KAKAK tersayang

** "Balik kampung oooo balik kampung, hati girang..",
 Doakan perjalanan kami diberkatiNya, aamiin..

Oh ya.. tempahan DITUTUP, harap maklum, ahakkkkkkk..

Selasa, 28 Januari 2014

Selasa, 28 Januari 2014

tempahan khas


Demi memenuhi permintaan KAKAK tersayang.

Ianya dibuat dengan penuh kasih sayang walaupun di awal terpaksa 'bercintan cintun' dek KEMALASAN melampau, petang kang bersambung lagi.. (erkkkkkkkk teruknya tatabahasaku.. hu3).

Nota: Urmmmmm kena bertungkus lumus siapkan selewat2nya esok, nanti nak bawa balik kg.. oh ya.. sesapa nak tempah, cepat2 selitkan order sementara tempahan masih dibuka, opssssssss....

Lepasi rintangan

Tetap xmo lepaskan peluang berposing..

Buat pertama kalinya si abang memandu MPV di hari kedua dapat lesen 'P'.

Ahad, 26 Januari 2014

Ahad, 26 Januari 2014

ala2 ustazah pilihan

Ada gaya tak?

Sabtu, 25 Januari 2014

Sabtu, 25 Januari 2014

fenomena terkini


Suhu pagi ini - 20'c, menggigil satu badan.

Cadangnya nak melepak di Cameron Highlands sambil melatih si bujang memandu MPV tapi niat di hati terpaksa dibatalkan, sudah suhu kat sini sejuk, kat sana lagi le, tak sanggup nak hadapi, lagipun anak2 bersekolah.

kan dah kata..

Jumaat, 24 Januari 2014

Jumaat, 24 Januari 2014

Rezeki tanpa disangka

Kisah anak teruna lagi, kelmarin dia telah disunting oleh Pemilik Pusat Tuisyen & petang semalam selesai menjalani temuduga Guru Tuisyen 'Mathe' Sambilan. 

Asalnya 'Sir' datang ke rumah untuk memaklumkan tuisyen kanak2 tadika akan dimulakan, pada mula itu agak berminat untuk si manja kami - Alya tapi apabila tengok pada kadar yuran yang dikenakan, hati agak berbelah bahagi, sememangnya bulan pertama ada diskaun iaitu RM70 + pendaftaran RM50 (setiap hari sabtu jam 9.00 pagi - 12 t/hari, manakala bulan kedua serta seterusnya RM150/bulan (4 kali sebulan, berbaloi tak di daerah terpencil ini??).

Berbalik kepada kisah anak bujang tadi, kebetulan semasa 'Sir' datang, si abang sedang membantu anak gadis kepada jiran di sebelah rumah menyelesaikan soalan matematik form 5 di luar pagar (sambil lepak & bersembang ramai2 sesama mereka..).

Mungkin 'Sir' berminat cara pengajaran dia & setelah berbincang secara tak formal, dia diminta hadir ke Pusat Tuisyen keesokan harinya bagi menjalani temuduga dan berjaya.

Kemudian dia diberi pilihan samada untuk mengajar Pelajar Sek. Men - Form 1-3 @ Pelajar Sek. Ren Tahun 5 & 6, akhirnya dia memilih subjek Mathe sekolah rendah & sains tingkatan 1 manakala seorang rakannya akan mengajar matapelajaran Bahasa Melayu tahun 5 & 6.

Maka bermula Feb nanti bertambah le kerjaya sampingan anak teruna, siang hari bekerja di kantin sekolah bersama 'Makcik' Asrama sek dia dulu & sebelah malamnya mengajar tuisyen. Sekurang2nya dia dapat pengalaman berharga & masanya tidak terbuang begitu aje.

"Nampak gayanya masa berfutsal selepas jam 10 malam le pula ya abang..")

Khamis, 23 Januari 2014

Khamis, 23 Januari 2014

kebahgiaan kami

 
tenang jer dia tidur..

Rabu, 22 Januari 2014

Rabu, 22 Januari 2014

selesai sudah..

Alhamdulillah anak teruna telah berjaya di dalam Ujian JPJ hari ini, terbarunya 'uncle'  minta bayaran tambahan sebanyak RM63, katanya untuk gabungkan lesen motor (dah ada daa setahun lepas) & lesen kereta..

Keseluruhan bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan lesen motor + kereta:
Nota: "Nampak gayanya, abang boleh le pandu MPV bila balik kampung nanti..  " (tak tau le bapanya kasi ke tak?  kalu idok, sia2 jerlah anak belajar memandu)



Isnin, 20 Januari 2014

Isnin, 20 Januari 2014

i like..

Nampak gaya esok nak cari BUDU, nak cari BUDU, nak cari BUDU, nak cari BUDU, nak cari BUDU..

Jumaat, 17 Januari 2014

Jumaat, 17 Januari 2014

Pengaruh Media Massa

Situasi sebentar tadi..

Anak: "Ustaz cakap nama Alya ialah Aqilah.."

Ibu  : "Ishhhhhhhhh mana boleh dik, nanti sayang bagitau Ustaz, nama adik yang sebenarnya ialah Nur Alya Afiqah"

Anak: "xmo le ummi, Alya malu.."

Ibu   : "Kalau gitu, nanti ummi pergi jumpa Ustaz sendiri bagitahu nama sayang bukan Aqilah"

Anak: "Jangannnnnnn.. Alya takut ummi kena bunuh nanti.." - selamba jer dak tecik tu buat muka tak bersalah..

Ibu  : #@*&^%!#$&^$..



Selasa, 14 Januari 2014

Selasa, 14 Januari 2014

Macam comel jer..


si ibu kekeringan idea daa..

Ahad, 12 Januari 2014

Ahad, 12 Januari 2014

Model Cilik

Asal entri hari ini adalah berkisarkan hal lain tapi model cilik kami xmo lepaskan peluang, bergaya sat depan 'fridge', ala2 model peti sejuk gitu..

Apabila bersama anak2 di hari minggu, mulalah terfikir jenis menu yang digemari dek mereka, maklumlah hati seorang ibu, walau agak berat tulang, pastinya ke dapur tidak dilupakan.
Salah satu menu hari ini - Ayam Panggang yang dimasak menggunakan Pemanggang Ajaib, memang ajaib, sekejap jer lauk itu licin, alhamdulillah..

Sila abaikan lukisan pada dinding hasil seni anak2..

Sabtu, 11 Januari 2014

Sabtu, 11 Januari 2014

Lemau

Sepatutnya hari ini ke N9 untuk menghantar adik ipar ke PULAPAH tapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan dek kerana menguruskan persekolahan anak2 isnin nanti, lagipun esok nak hantar 'kakak' balik ke asrama.

Semasa di N9 nanti  hubby, 2 orang adik kesayangannya bersama ipar serta anak buah akan bermalam di Banglo milik Jabatan yang bertempat di PD, kadar sewa yang dikenakan adalah berpandukan kepada gaji staf  dimana saya cuma perlu membayar sebanyak RM70 untuk 2 malam, walaupun tidak dapat ikut serta, sekurang2nya dapat berikan sokongan moral sebagai seorang kakak ipar yang 'baik' dari kejauhan.. (nada sedih, hu3), len kali xmo daa janji nak join sama, KECEWA nanti..

Maka kini tinggallah si ibu bersama anak2 kesayangan, krg ni dah xder kerja nak buat, tido le gayanya, jgn jeles...ZzzzzZzzzzzZZzzzzz..

Nota: Status seorang blogger agak teruk di awal tahun, baru 3 entri dek kesibukan tuan rumah..

"oh ya terlupa.. ucapan khas buat adik, jalani latihan sebaik mungkin, moga tabah harungi segalanya di dalam masa 6 bulan ini, akak xmo dengar keluhan penat, letih, tak tahan jalani latihan, plzz... jangan malukan kaum adam k.. akak caya, kamu BOLEH lakukan, chaiyokkkkk dik.."

Isnin, 6 Januari 2014

Isnin, 6 Januari 2014

Sepatah kata..

Wowwwwwwwww makcik kayo nakkkkk...

Sabtu, 4 Januari 2014

Sabtu, 4 Januari 2014

Salam 2014

Entri pertama hari keempat 2014,  cepatnya masa berlalu, saat2 kini kalau boleh biarlah masa itu berjalan lambat sekali (Mentang2 le bonus dah masuk..), banyak sangat urusan rasmi perlu disiapkan di dalam jangka waktu singkat.

Bila kerja2 rasmi berlambak di atas meja, hati tak tenang walaupun di hari minggu, nampak gayanya kejap lagi kena masuk pejabat, sekurang2nya dapat siapkan separuh dari tugasan tersebut, alhamdulillah, lega rasanya..

Suasana di rumah kini agak sunyi sepi apabila si kakak terpaksa rela tinggal di asrama sebagai pengganti anak teruna sedangkan OKje terpaksa menadah telinga menahan kebingitan akibat sakat menyakat di kalangan anak2 riang ribena kesayangan, pasti hari2 yang dilaluinya penuh dengan keceriaan. 

Si ibu berhati kering melepaskan anak manja demi masa depannya, situasi jauh berbeza dengan si bapa yang lebih menampakkan ketidakyakinan terhadap keupayaan anak untuk menguruskan diri sendiri.

Pengubat rindu..


bersama sepupu2nya

Gambar dak Alya tetap ada, maklum le blog terhasil dek dia..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang