Khamis, 31 Ogos 2017

Khamis, 31 Ogos 2017

Kecundang jua

Cuti sakit terakhir saya selepas lahirkan Alya 8 tahun yang lalu,  menjelang Aidiladha kali ini saya betul2 tidak larat,  jauh disudut hati kesian pada anak2.

Jika rakan2 lain sibuk membuat persediaan raya,  saya cuma mampu memandang dari jauh,  nasib baik beberapa hari lepas kakak singgah bekalkan ketupat palas sejuk beku yang disediakan olehnya khas untuk adik yang berada jauh di sini. 

Petang tadi gagahkan diri merebus ketupat dan memasak rendang hijau,  lain2 menu belum difikirkan lagi,  tengok kepada keupayaan diri pagi esok. 

Gayanya tidak dapatlah nak pergi bertandang ke rumah abang no. 4 seperti selalu. 

Salam Aidiladha buat rakan2.. 

Sabtu, 26 Ogos 2017

Sabtu, 26 Ogos 2017

Selamat hari lahir Alya

Tahun ini agak hambar,  tiada majlis hari lahir puteri bongsu kami,  maklum 24/8 jatuh pada hari bekerja dan kebetulan kami baru sampai dari kampung uruskan borang perjanjian PPISMP bujang junior,  penat sangat. 

Sementara waktu beli kek secret recipe sepotong seorang, tidak boleh beli sebiji,  maklumlah si tukang makan berada jauh di seberang lautan.  

Kebetulan anak saudara kami cuti sakit 2 hari sebab demam,  jadi boleh balik awal ke rumah. 

Insya Allah selepas zohor nanti akan raikan diluar, tak pasti lagi lokasinya,  terpulang kepada permintaan dia bersama kakak2nya. 

(nak makan kenyang2pun tak dibagi oleh anak2, dorang risau jika plan makan di luar berubah ikut mood si ibu yang sememangnya di luar jangkaan  ðŸ˜„)

Abang2nya tak dapat balik..   😭


~~~~~~~~
Akhirnya
Sebulat suara pilihan anak2, kami ikut jer..  

Sesudah itu
Haluan kami ke sini

Mencari tempat sejuk..  

Pemandangan malam

Sabtu, 19 Ogos 2017

Sabtu, 19 Ogos 2017

Serawa Bachang

Kalian pernah makan tak Serawa Bachang? saya belajar makanpun dari anak buah yang berasal dari Perak.

Awal pagi tadi, minta tolong suami belikan buah bachang kat pasar pagi, jenuh dia mencari, dah isteri nak makan, terpaksalah.😀😂

Akhirnya jumpa juga walaupun sebiji terpaksa dibuang dek busuk, tak apalah, niat bersedekah.. 🤗

Serawa bachang.

Nak buatnya cukup mudah, campur santan, gula dan garam secukup rasa, curah ke atas buah bachang yang telah dipotong sesuka hati, sejukkan di dalam peti ais, siap untuk dimakan. Rasanya lemak2 manis gitu. 


Selasa, 15 Ogos 2017

Selasa, 15 Ogos 2017

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Setelah 2 orang anak bujang berjauhan dari kami demi mengejar sebuah cita-cita, Allah hadirkan pengganti mereka buat seketika, janji Allah itu pasti, alhamdulillah..

Kehadiran anak saudara sebelah suami ke sini sekaligus menjadikan kami sebagai penjaga dia.

Nur Irien Natasya merupakan anak yatim dan tunggal, kehilangan Papanya secara mengejut 5 tahun  yang lalu (18/08/2012) dan adiknya menyusul 2 tahun kemudian (8/07/2014) akibat kanser kelenjar.

Datangnya jauh dari kampung, tinggalkan negeri asal dan mama tercinta.

Alhamdulillah dia dapat tawaran belajar di Sekolah  Menengah Sains berhampiran sini.

"Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat, aamiin.. kami semua sayangkan Kak Long"



--------------
Selingan.. 
Bekalan Alya dan saya hari ini... 😄

Jumaat, 11 Ogos 2017

Jumaat, 11 Ogos 2017

Santai Dhuha bersama UAI

Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lipis dan kawasan yang berdekatan,  dijemput hadir. 

Tarikh: 13/08/2017 (ahad) 
Tempat: Masjid Sultan Mahmud,  Kuala Lipis. 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang