Khamis, 31 Ogos 2017

Khamis, 31 Ogos 2017

Kecundang jua

Cuti sakit terakhir saya selepas lahirkan Alya 8 tahun yang lalu,  menjelang Aidiladha kali ini saya betul2 tidak larat,  jauh disudut hati kesian pada anak2.

Jika rakan2 lain sibuk membuat persediaan raya,  saya cuma mampu memandang dari jauh,  nasib baik beberapa hari lepas kakak singgah bekalkan ketupat palas sejuk beku yang disediakan olehnya khas untuk adik yang berada jauh di sini. 

Petang tadi gagahkan diri merebus ketupat dan memasak rendang hijau,  lain2 menu belum difikirkan lagi,  tengok kepada keupayaan diri pagi esok. 

Gayanya tidak dapatlah nak pergi bertandang ke rumah abang no. 4 seperti selalu. 

Salam Aidiladha buat rakan2.. 

8 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Syafakillah UA, rehatlah...Tak larat jgn paksa diri tu..nnt Makin lmbt sembuh.
Moga segera sihat yea.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Syafakillah UA..
Semoga segera sembuh ye..

Mummydearie berkata...

Semoga dah mulai sembuh ya, UA!

Tak sangka sungguh serupa nasib kita di Aidil Adha kali ni. Saya pun dah demam sejak Hari Merdeka, tambah dengan angin satu badan dan diarrhea sampai 5 hari. Baru nak beransur sembuh hari ni!

Kasihankan anak-anak. Saya lagilah malang sebab Ngah takda di KL. Makanya anak-anak saya tak beraya dan tak dapat makan juadah raya di pagi raya pun. Huhuhu!

OKje berkata...

Patutlah senyap je kat WA. Sakit rupanya awak ye. Demam ek?
Penat sangat badan tu agaknya geng. Tu yg akhirnya tumbang jua di Aidiladha. Allah nak bagi awak rehat tu....

OKje berkata...

Singgah petang....uiii tgh buat apa tu?

Adam berkata...

sekarang dah ok ke?
mudah2an dak pulih terus.

Ainniah Zulkefli berkata...

ya Allah, sekarang macam mana? harap2 dah sembuh & sihat2 aje.

Adam berkata...

eh, saya dah komen dah rupanya kat atas.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang