Jumaat, 14 November 2025

Jumaat, 14 November 2025

Demi anak

Bila Alya call dari kejauhan, macam2 hal berbangkit, dari isu belajar non stop, kelas tambahan, exam dan sebagainya..

Salah satunya adalah permintaan Alya untuk tahun 2026 dia minta bekalkan makanan segera seperti di bawah @ sediakan makanan retort, alasan perlu belajar setiap malam di asrama untuk persiapan SPM, perut sentiasa lapar & boleh makan bersama2 rakan.

Alahai anak, sejak dok kat asrama, macam2 makanan baru dia dapat, kadang2 tak pernah terfikir dek kami sebagai orang kebanyakan, maklumlah rata2 rakannya dari ibukota, pengaruh rakan sebaya kot..

Gigih umi mencari demi memenuhi permintaan si bongsu, jika tepati citarasa dia, kita order lagi ya anak & boleh standby untuk stok tahun depan.

Nota: Kakaknya dah ambil 1 pack & makan, rasanya ok, tidak mengecewakan, bolehlah buat stok Alya kat sana nanti

Jumaat, 7 November 2025

Jumaat, 7 November 2025

Anak umi yang hebat

Throwback, sessi pembentangan semasa mewakili sekolah di Peringkat Kebangsaan Oktober yang lepas.

Alhamdulillah Alya seorang yang berani ke depan, moga kejayaan sentiasa milikmu anak, aamiin.. 


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang