Ahad, 27 Februari 2011

Ahad, 27 Februari 2011

Fraser's Hill part 4

Tempat seterusnya yang kami tuju ialah Taman Permainan lagi.



Si Abang dapat tunggang moto sendiri, kemain lagi pucat aje rupa tu tapi disebabkan oleh semangat yang kuat, digagahi juga untuk menghabiskan masa yang ditetapkan

 Melihat si abangnya menunggang moto sendiri, Alya apatah lagi,  diapun nak tunggang sama, sekejappun jadilah..



Setelah semuanya selesai, perutpun mula berkeroncong, kami singgah di kadai makan dan order makanan. Sementara itu,  sempat lagi berposing sebagai kenangan.

Apabila makanan sampai, aku tak sempatpun snap gambar makanan, maklumlah, Alya mula meragam.

errrmm,  sempat menjamah semulut dua aje dan bawa dia pergi jalan-jalan, maklumlah lebih sejam jugak kami menunggu makanan disediakan.
Sesudah makan sekali lagi mereka berlari-lari ke Padang Permainan tetapi memandangkan jam sudahpun mencecah ke angka 6.15 petang, aku terpaksa mempercepatkan aktivi mereka, kesian Alya, dia menangis ketika aku dukungnya masuk ke dalam kereta, nampaknya dia masih lagi belum jemu dengan permainan yang banyak di sini.

Sebelum balik, singgah seketika di sini,  baru terasa udara sejuk dan nyaman.

Masuk aje ke dalam kereta, Alya terus terlena hinggalah kami sampai ke rumah. Semasa singgah di masjid, dia tetap lena, penat agaknya..

Jumaat, 25 Februari 2011

Jumaat, 25 Februari 2011

sekadar coretan kosong

Nampaknya seminggu ni terpaksa lupakan seketika aktiviti berblog akibat kekangan masa dan aktiviti luar (bertugas dari pagi hingga ke malam, Insya Allah.. jumpa lagi di lain masa dan ketika. 

Salam sayang buat semua teman yang berkunjung ke sini. Muaaaahhhhh!!!!

Isnin, 21 Februari 2011

Isnin, 21 Februari 2011

Fraser's Hill part 3

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jua ke Fraser's Hill, nampaknya banyak perubahan telah berlaku di sini setelah sekian lama kami tidak jejakkan kaki ke sana, suhupun tidak sesejuk sebelum ini.

Seperti biasalah jika bawa anak2 kecil, memang tak akan lari daripada taman permainan, singgah sebentar disini


ini pulak aksi junior kami, siapa lagi jika bukan Alya, kecik2pun udah pandai merempit.. jom layaaaannnnn!!!!


 


Setelah berada di sini agak lama, akhirnya kami ke Air Terjun Jeriau.

Permandangan cantik dan sejuk mata memandang

sempat bermain air seketika cuma

xmo daaa, sejuuuukkkk..hu3

Suatu kejadian yang agak 'terkesan' di hati ini iaitu semasa Alya baru masukkan sesudu bihun sup ke dalam  mulut, tiba-tiba hujan turun tanpa diduga, maka aku terpaksa mendukungnya segera dan berlari mencari tempat berteduh.

Makanan tersebut terpaksa ditinggalkan dan ia dipenuhi dek air hujan, "xper dik, balik nanti ummi masak lain!" bisikku perlahan ke telinga Alya. Malam itu juga aku kotakan janjiku padanya.

Inilah tempat berteduh kami, anak-anak menggigil kesejukkan

Apabila hujan agak reda, kami segera balik



errrmmmm, ummi angkat tangan buat Alya, dia sanggup berjalan kaki pergi dan balik sepanjang perjalanan,  xmo langsung dibantu, bila dia kepenatan - rehat sekejap dan berjalan lagi,  cayalah!!        

Ahad, 20 Februari 2011

Ahad, 20 Februari 2011

Fraser's Hill part 2

Bab makan angin, bila2 masa aje Alya ikut, agak2nya pasni kita nak ke mana pulak ye?, he3

Bersantai seketika di kaki Fraser's Hill sementara menunggu laluan naik ke atas dibuka, sempat lagi anak2ku berposing






Ok, jom kita pergi, laluan sudah dibuka

Kenderaan berpusu2 untuk naik ke Fraser's Hill

Keadaan jalan sehala dan bengkang bengkok

Kenangan terindah, ibu jari kaki digigit pacat - nampaknya sudah rezeki kamu pacat!!, habis sandalku basah dek darah, sedar2 semasa berada di Fraser's Hill.

Nota: 
Rujukan di masa akan datang - naik jam 7 - 7.40pagi, 9 - 9. 40pagi, 11 - 11.40 pagi (ganjil sehingga jam 5 - 5.40 petang) manakala turun jam 8 - 8.40pagi, 10 - 10.40 pagi  (genap sehingga jam 6 - 6.40 petang)

Rabu, 16 Februari 2011

Rabu, 16 Februari 2011

Fraser's Hill part 1

Alhamdulillah, semalam kami bercuti di Fraser's Hill (Bukit Fraser), agak lama juga kami tidak sampai ke sana, banyak perubahan dikesan dan kami tidak menemui  banyak tempat menarik untuk dikunjungi kecuali Air Terjun Jeriau, Bukit Fraser.

Seawal jam 11 pagi kami bertolak dan singgah di sebuah kedai makan biasa, pagi semalam aku tak masak, mengikut perancangan awal minta tolong hubby belikan bahan mentah dan BBQ di sana tapi.. entahlah naper, dia agak liat nak ke pasar maka sepanjang hari kami terpaksa membeli makanan yang sudah siap dimasak.

Aku agak kecewa memandangkan hampir ke semua anak2ku tidak suka dengan makanan di luar, ader2 aje yang tak kena di mata mereka dan yang sering kali berlaku ialah setiap kali itulah juga mereka akan mendapat keracunan makanan seperti diarea dan muntah2.  Mungkin emosi menguasai segalanya.

Paling tak terdayanya, harga nasi separuh berlaukkan ikan goreng dan sayur mencecah harga RM 8.00 (mulanya pekedai pulangkan baki RM 1daripada wang RM 10 yang ku hulurkan untuk sebungkus nasi berlauk seperti di atas, aku agak terkejut dan bertanyakan harga nasi tersebut, tidak pernahpun sebelum ini aku bertanyakan gitu.  (targetnya paling mahalpun RM5 - 6 sahaja sebab ikan tu kecil aje), dorang mula wat kira2,  nasi separuh RM 1.50, ikan kerisi goreng RM 4.50 dan sayur lemak RM 2.00 Jumlah keseluruhannya RM 8.00. Nah, masih ader baki lagi RM 1, kalu tidak mati2 dorang dapat keuntungan atas angin).

Sebenarnya bukan nak berkira sangat dengan RM 1.00 tu tapi daripada tertipah tertipu, baik aku ambil seringgit tu buat bayar masuk tandas, lepaslah kami 3 beranak menggunakan tandas awam.

Terfikir pulak, sekilo ikan kerisi mentah kat sini berharga di antara RM 7.00 - RM 8.00 sahaja. Banyaknya keuntungan yang mereka perolehi.

Kami makan petang sebelum bertolak balik  kat Fraser's Hill dengan nasi hidang berlaukkan tomyam campur, telur dadar dan sayur  ditambah lagi jus strawberi setiap sorang  segelas besar baru aje berharga RM 34 untuk kami anak beranak makan. Berbaloi sangat2 tapi perkhidmatannya pula tidak memuaskan hati, lebih daripada 1 jam kami menunggu untuk menerima hidangan tersebut walaupun aku lihat tidak sesibuk mana, pelangganpun cuma ada 2 meja aje termasuk kami  (Alya menangis dan bertepik - kuat pulak tu, agaknya dia  jemu kot)  Mungkin  masa inilah  mereka baru masak nasi, belikan ayam, siang udang, petik sayur kat kebun,  bla.bla.bla...   Adooooi, macam2 hal.

Selasa, 15 Februari 2011

Selasa, 15 Februari 2011

nak update jugak

Sekadar catatan ringkas

Kami baru aje sampai ke rumah, penat sangat2, Insya Allah jika punyai masa terluang, aku akan ceritakan seringkasnya mengenai aktiviti di sepanjang perjalanan kami hari ini.

Buat teman yang tidak jemu2 menziarahi laman ini, terima kasih diucapkan dan ampun maaf dipinta kerana buat masa ini aku belum berkesempatan untuk menziarahi kalian, Insya Allah sedayanya akukan cuba membuat kunjungan balas apabila masa mengizinkan.

Isnin, 14 Februari 2011

Isnin, 14 Februari 2011

Fraser's Hill destinasi kami seterusnya

Insya Allah, lokasi percutian kami esok ialah ke 'Fraser's Hill', agak lama jugak kami tak ke sana, bukan aper, tak gitu suka pada jalan bengkang bengkoknya tapi memandangkan hubby beria2 nak ke sana, ikut ajelah tambahan pulak si Alya dan Suzila tidak pernah lagi sampai ke sana. Biarlah mereka merasa kesejukkan alam semulajadi semasa berada di sana.

Sapa mau ikut?, jom!!

Cameron Highlands part 4

Destinasi kami seterusnya ialah ke Ladang Teh, sayang seribu kali sayang kerana hujan masih turun renyai2, kami ambil masa seketika semasa hujan agak reda dengan membawa Alya turun ke ladang teh.
amboi, amboi anak ummi, dalam cuaca tidak menentu sempat lagi berposing





cantikkan ladang teh!!

Destinasi terakhir kami ialah ke ladang teh 'boh', malangnya hujan makin lebat dan aku cuma mampu ambil gambar dalam kereta sahaja.
sayup aje mata memandang, ladangnya amat luas sekali, aku tak boleh bayangkan camner le petugas yang mengutip daun teh, berbaloilah jika teh meningkat harga dari masa ke semasa.

Cameron Highlands part 3

"Ku sangka panas ke hingga ke petang, rupanya hujan di petang hari", perumpamaan pulak!, betul tau, sebaik aje kami masuk ke dalam kereta untuk ke destinasi seterusnya, tiba-tiba hujan turun agak lebatnya tanpa di sangka2, errrmmmmm, habis program kami.

Kami beli sayur dan jagung manispun didalam keadaan hujan lebat, aku berlari2 anak ke pasar, tak sempat nak pilih dah, terus capai dan bayar . Kali ini kami tak singgahpun  ke pekan sabtu yang menjual pelbagai barangan, tak sanggup nak redah hujan.

Apabila hujan agak reda, kami singgah di Taman Kaktus untuk mencuci mata



Si Alya memang pantang terjumpa permainan ini kat mana2,
tak lengkap jika dia tak naik

Hati-hati sayang, duri kaktus tu tajam...

Berposing bersama bunga kaktus




 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang