Jumaat, 4 Februari 2011

Jumaat, 4 Februari 2011

Aktiviti petang ini

Selepas solat jumaat tadi, kami keluar rumah untuk mencari set baju uniform ko-kurikulum sekolah anak2 untuk dipakai hari rabu nanti, malangnya cuma baju Tunas Puteri aje ader, okaylah untuk Nur.

Mati kutu seketika memandangkan baju seragam Kadet untuk Mie dan Suzila kehabisan stok. Camner ni? tambahan pula sekarang ni CNY, banyak kedai ditutup.Tanpa sebarang perancangan, kami menghala ke Kuala Lumpur, manalah tau ader rezeki buat dorang, kesian aku tengok wajah2 kekecewaan mereka berdua.

Dalam perjalanan kami terjumpa sebuah kedai yang menjual pakaian seragam dibuka, Alhamdulillah, terlepas beban di bahu ini apabila dapat menyediakan keperluan buat mereka, rupa2nya pakaian seragam ini lebih mahal daripada pakaian sekolah mereka, 3 orang anak di peringkat sekolah rendah, aku perabihkan budget hampir RM400 petang ini (yang ni belum dicampur dengan kain tudung hitam yang sedang ditempah). Camner le dengan mereka yang punyai anak ramai dan mempunyai pendapatan yang tidak menentu?, kesiankan!!

Kadang2 tension gak ngan anak2, semuanya nak' urgent', sudahlah tinggal di daerah kecil dan tiada punyai banyak pilihan, harga barang2pun agak mahal. Sib baik dapat bercuti panjang sempena CNY.

Tiada ulasan:

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang