Ahad, 30 Mac 2014

Ahad, 30 Mac 2014

Perjalanan tanpa dirancang

Perjalanan kali ini dek anak bujang kami di mana dia & teman2 tekad untuk ke Bukit Gambang Water Park 3 hari 2 malam (puas dihalang tapi naluri anak muda, xmo dengar nasihat..), tentunya hati kami risau akan keselamatan dia,  lagipun baru jer dapat lesen kereta 2 bulan lepas.

Walaupun penat kami belum hilang lagi sekembalinya dari Cameron Highlands & RM banyak mengalir bak air lalu, demi keselamatan mereka dan kebetulannya saya masih bercuti rehat, maka kamipun join sekaki sebagai pemandu arah, perjalanan agak jauh dengan jarak hampir 250KM, jalan berliku & berbukit, paling dirisaukan cuma dia seorang yang punyai lesen memandu dikalangan mereka berlima.

Alhamdulillah perjalanan yang lancar, si bujang & rakan2nya  ikut belakang..

Tiba2 dapat panggilan dari dia, suhu kereta meningkat, rupa2nya air hampir kering sebab penutup tertanggal.

Keesokkan harinya sesudah sarapan, kami terus ke Bukit Gambang Water Park, harga tiket dewasa RM25.90 & kanak2 >90cm - 12 tahun RM 18.90.





Edisi bapa & anak




Tak terkejar nak ambil gambar anak2 yang lain, maklum le mereka hilang entah ke mana, sebenarnya banyak permainan disediakan di sini.

Pose terakhir Alya sebelum melangkah keluar dari BGWP

Setelah memastikan semuanya berkeadaan baik, akhirnya kami pulang ke destinasi manakala anak bujang serta rakan2nya  menyewa semalam lagi di sebuah hotel bajet di sana. 

Sabtu, 29 Mac 2014

Sabtu, 29 Mac 2014

Selamat Pengantin Baru

Buat Rakan Blogger - Eita (Sekadar Coretan) dan Pasangan

Terima kasih di atas jemputan itu, maaf sebab kami tak dapat hadir dan...

Terimalah ini dari kejauhan sebagai pengganti diri
(TERHANTAR awal sebab silap tarikh, ingatkan minggu lepas, ahakkkkkkkkk...) 

Khamis, 27 Mac 2014

Khamis, 27 Mac 2014

Cameron Highlands lagi part 2

Sambungan dari episod lepas (ala2 drama minggu ini...)


Ke Ladang Teh Boh Sungai Galas , masa ni tak turunpun sebab anak2 tertidur dek keletihan, jalan masuk untuk ke sini betul2 mencabar -  berbukit bukau dan curam.

Akhirnya kami sampai ke Lavender Garden, tiket masuk RM5/dewasa & RM3/kanak2

Tengah mamai, maklum le baru bangun tidur.

Aktiviti Alya & Kakak, memetik buah strawberi, min 200gm/RM10



Acara petik buah strawberi  hampir 100% dibolot dek Alya, nak wat camner, gunting di tangannya..


Seronoknya dapat petik sendiri buah strawberi dari ladang.

Hasil Tuaian Alya, sikit jerkan.. itupun hampir RM20 kena bayar.

Menikmati kemanisan buah strawberi hasil tuaian sendiri

Beberapa minit jer buah tu habis di makan lagipun dia sememangnya penggemar strawberi, lepas tu beli lagi sepeket dua sebagai bekalan (harganya jauh lebih murah berbanding petik sendiri).






 
Di tangan Alya adalah hasil rembatan (doll bersaiz kecil RM25/piece, mahal..) di mini market kat sini..

TAMAT.. Nantikan perjalanan kami seterusnya di musim cuti sekolah & pelajari 'Langkah2 Untuk Perabihkan Duit..', ahakkkkkkkkk..

Rabu, 26 Mac 2014

Rabu, 26 Mac 2014

Cameron Highlands lagi

Kesesakan lalulintas agak teruk, redha jerlah..

Sempat lagi hadiri Majlis Perkahwinan bertempat di Desa Anthurium Apartment CH Rombongan pihak Pengantin Lelaki

Amboi2 kakak, naper tu??

Ralit tengok pengantin

Seterusnya biarlah gambar berbicara
















\

Persinggahan kami, RM3/dewasa

Bersambung...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang