Sabtu, 30 Jun 2012

Sabtu, 30 Jun 2012

ubat hati

Entahlah.. naper perlu tersentap dek perkara yang remeh temeh, hmmmmmm..

Sabda Nabi s.a.w.. "Ubat hati yang paling mujarab adalah dengan mengingati Allah taala". sebab itu Allah turunkan Al-Quran sebagai ubat dan penawar hati untuk diri kita, Al Quran adalah ubat yang paling mustajab untuk mengubati hati..

cubaan buat aiskrim goreng

Maaf ye entri ini bukan menceritakan mengenai kerajinan (kononnyalah...) tuan rumah main masak2, cuma nak kongsi pengalaman pertama kali menyediakan aiskrim goreng, nak tau sedap @ tidak,baik cuba sendiri..

3 ketul habis dimakan dek Alya, selagi tak kenyang, selagi itulah dia berkata2:- "adik lapar" dengan nada manja sambil usap perutnya..

Sebenarnya ia gara2 entri Fieda mengenai ' Jom buat aiskrim Goreng', nak tau caranya, jemputlah ke sana..

Jumaat, 29 Jun 2012

Jumaat, 29 Jun 2012

risaunya

Pagi ni bau hangit semacam je seakan getah terbakar dibahagian ruang tamu, periksa semua plug, nampaknya tak ader sebarang masalah, mungkin bahagian kipas siling, tutup suiz kipas tapi bau tersebut masih kuat.

Tiba2 bunyi letupan disusuli 'black out'- gelap.. nasib baik semua aktiviti memasak dan bersarapan pagi sudahpun selesai, minta tolong en. suami carikan mereka yang berkenaan untuk memeriksa elektrik, mungkin berlakunya litar pintas, mudah2an tiada perkara buruk yang berlaku, amin

Nota: Genap 11 tahun tinggal di rumah sendiri..

Khamis, 28 Jun 2012

Khamis, 28 Jun 2012

sunyi

sunyi bila si kecil tiada, ini baru sekejap, kalau lama2, entah le..

nota: Alya ke masjid bersama abahnya - solat maghrib & isyak
ummi? dok kt umah je (terbalikkan sekarang ni!!!)

Rabu, 27 Jun 2012

Rabu, 27 Jun 2012

dilema: family day

Akan datang family day di D' Rhu Beach Resort, Kuantan, dilema - nak join @ tidak, ada sapa2 yang pernah ke sini?

Selasa, 26 Jun 2012

Selasa, 26 Jun 2012

kerna terpaksa

gambar selingan, tiada kaitan dengan entri..

Petang nanti kami keluar daerah lagi, tinggallah 2 beradik dirumah, hati ini bukannya tenang tinggalkan mereka, macam2 perkara yang berlegar di fikiran, yalah sebagai 'orang tua', apapun cuba positifkan minda, mereka perlu belajar berdikari.

Alhamdulillah kerana kami dilingkungi jiran tetangga yang baik hati, boleh diharap ketika memerlukannya. Itulah kelebihan tinggal di kawasan perumahan meskipun ia rumah kos sederhana cuma, paling penting persekitaran yang selamat. Iya dak??

Isnin, 25 Jun 2012

Isnin, 25 Jun 2012

Alya 2thn 10bulan 1hari

Sekejap je masa berlalu, tak sedar anak2 makin membesar dan ada diantara mereka sedang meningkat ke pra / alam remaja. Alya pula sudahpun berusia 2 tahun 10 bulan dan 1 hari, terlupa nak ambil pic terbaru..

Perkembangan Alya, masih lagi menyusu badan, terfikir nak hentikannya tapi naluri keibuan mengatakan JANGAN!!!, dia semakin petah berbicara dan semestinya semakin MANJA, maklumlah sebagai anak bongsu, perkara ini tak boleh dielakkan, sikit2 -" ummi, tolong adik!!!"

Ahad, 24 Jun 2012

Ahad, 24 Jun 2012

Jejak kasih 2

kredit - en. goggle

Dok tengah layan 'muka buku', tiba2 teringat seorang kawan lama berbangsa kemboja semasaku bersekolah rendah dan menengah dulu, iaitu sebelum dia berpindah mengikut keluarganya ke Segamat, kami sememangnya rapat dan setelah berpindah, sempat lagi kami berhubung.

Entah camner, kami terputus hubungan, semasa buka fb semalam, cuba taip namanya tapi peluang nak kenal agak tipis, maklumlah dia tidak menggunakan gambar sebenar, cuma berdasarkan sedikit biodata & no. telefon yang tertera, cuba mesej untuk kepastian.

Tidak lama selepas itu, dia telefon kembali bagi mengesahkan bahawa orang yang dicari adalah tepat, kemain lagi kami berborak panjang, walaupun masing2 bawa haluan sendiri dan rakan lama meneruskan perniagaan kain keluarganya, rupa2nya diapun sudak lama jejaki rakan2 lama tapi hampa.

Rupa2nya 'muka buku' ini membawa kebaikan tersendiri jika kita tidak menyalahgunakannya.

Sabtu, 23 Jun 2012

Sabtu, 23 Jun 2012

alahai siannya anak ummi

Semalam Alya demam secara tiba2,  boleh dikatakan banyak kali juga dia terlena, agaknya badan dia lemah dan keletihan.

Malamnya sesudah mandi, terus susukan dia dan Alya terlena lebih awal dari kebiasaan, sesekali dia bangun untuk menyusu dan minum air.

Alhamdulillah pagi ini dia kembali sihat dan aktif, syukur sebab demamnya sekejap cuma dan mungkin juga khasiat susu ibu sedari kecil membuatkan dia jarang2 jatuh sekali, tarikh akhir sekali dia demam ialah pada 19 Mei 2011 iaitu sudah setahun 1 bulan berlalu.

Khamis, 21 Jun 2012

Khamis, 21 Jun 2012

aktiviti petang ini

Sejak dua menjak ini, mood buat kuih muih samada jenis tradisional @ baru agak merundum, sian si Alya, tengok je acuan kek dalam bekas, berulangkali dia minta buatkan untuk dia tapi disebabkan ketiadaan mood, maka niat untuk membakar kek dsbnya terpaksa diabaikan.

Entah dimana munculnya kekuatan, petang ini dan ditemani oleh anak kecilku, aktiviti membuat kuih 'cek mek molek' berjalan lancar, maaf ye sebab gambar kuih sebenar tak sempat diambil sebab dah habis dimakan oleh anak2 terutamanya si Alya (rupanya dia gemar, lain kali kena buat lagi..)

Mungkin ada di antara teman2 yang tidak kenal kuih tradisional pantai timur, nak tak nak pinjam je pic ngan 'en. google', harap2 tuan punya gambar ni beri keizinan..
kuih cek mek molek

Jumaat, 15 Jun 2012

Jumaat, 15 Jun 2012

takziah

Mungkin kalian pernah membaca entriku SEBELUM INI mengenai penderitaan seseorang aka klienku yang mengidap kanser payudara tahap 4 disamping suami yang terlantar sakit.

Tepat jam 4.35petang tadi, beliau telah disahkan meninggal dunia setelah koma selama 3 hari di Hospital Selayang, Al Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Doa Muhasabah Diri

Ya allah, ampunkanlah dosa kami, dosa yang nampak dan yang tidak nampak, dosa yang sengaja dan yang tidak sengaja, dosa besar dan dosa kecil, dosa yang zahir dan juga batin. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami, para pemimpin kami seterusnya kaum muslimin dan muslimat yang terdahulu mahupun yang terkemudian, redhailah kehidupan kami di dunia mahupun akhirat.

Ya Allah Rahman, berilah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa mengagungkan kebesaranMu, taat akan perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Engkaulah yang menghidup dan mematikan kami, engkaulah yang memberi kejayaan dan kegagalan kepada kami. Kami tidak ada daya upaya melainkan dengan izinMu semata-mata.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami patuh dan taat akan perintahMu serta mengamalkan sunnah baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka.

Ya Allah berilah keyakinan kepada kami agar kami berani dan bersedia menghadapi segala ujian yang diturunkan kepada kami. Terangkanlah hati kami, mudahkanlah kami memahami pelajaran dan pengajaran yang engkau ingin engkau berikan melalui ujianMu

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami taat menunaikan solat 5 waktu sehari dan semalam. Dengan solat itu Kau kurniakanlah rezki ilmu yang bermanfaat kepada kami. Dengan solat juga Kau lepaskan kami dari Azab kubur, diberi buku catatan amalan melalui tangan kanan,melintas jambatan sirat sepantas kilat dan memasukkan kami ke dalam Syurga tanpa hisab.

Ya Allah Ya Rahim, berilah kekuatan kepada kami agar kami belajar bersungguh-sungguh dari kesilapan kami tanpa mengenal erti jemu. Dengan ilmu itu ya Allah mudah-mudahan kami tahu yang manakah suruhan dan laranganMu.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berilah kekuatan kepada kami agar kami sentiasa mengingatimu dalam setiap masa dan keadaan. Semasa senang dan semasa susah, semasa lapang dan semasa sempit, semasa muda dan semasa tua, semasa sihat ataupun sakit.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami dapat mengamalkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) ke dalam diri mereka seperti sifat rajin, tekun, sabar, rendah diri, tolong menolong dan sebagainya, sebaliknya kau buangkanlah sifat-sifat keji (mazmumah) yang ada pada diri mereka seperti sombong, ujub, riak, dan sebagainya dari diri mereka.

Ya Allah berilah keikhlasan kepada kami agar kami melakukan dan meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah, bukan kerana dipaksa atau disuruh oleh sesiapa.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kami agar kami berjuang bersungguh-sungguh di dalam menghadapi segala ujianMu terhadap kami. Jadikanlah kami bukan sahaja hamba yang cemerlang di dunia bahkan juga di akhirat nanti.

Ya Allah sebenarnya banyak lagi yang ingin kami minta, tetapi kami tidak pandai berdoa. Cukuplah apa yang nabi minta untuk kebaikan umatnya itu yang kami minta dan apa yang nabi minta jauhkan itu jualah yang kami minta jauhkan.

Rabbana..

Rabu, 13 Jun 2012

Rabu, 13 Jun 2012

cubaan...

Nampaknya 2-3 hari ini 'handset' suami perlu berada di dalam genggamanku, ampunnn... bukan sebab cemburu buta tapi ader beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Mula2 'si anum' telefon kononnya tersilap nombor, pastu mesej minta khidmat nasihat atas alasan punyai masalah rumahtangga, tak cukup dengan itu  minta keizinan untuk dijadikan adik beradik angkat lak,(tua2pn teringin gak - rindu2an, ucapan sayang pada laki orang apakah hal, laki kita pulak jenis lurus bendul, orang bagi salam  & bertanya khabar dia jawab dengan jujur tanpa syak wasangka,..), apa2pun alasan, selagi perkara ini  belum selesai, selagi itulah ia akan berada di dalam genggamanku.

Ermmmm memalukan kaum wanita je, orang dah tak layan, tak perlulah terhegeh2, rasa2nya pedih telinga dek di'basuh' olehku tempohari masih belum hilang lagi tapi tetap hantar mesej (pantang sekali jika daku telefon, diam membisu, konon2nya nak cam suara sapa, ingat bil telefon ni free ke..?), ok dik.. jagalah rumahtangga sendiri sebelum merosakkan kebahagiaan rumahtangga orang lain (tak perlulah berpakat ngan laki sendiri untuk mendapatkan duit lebih)

Nota kaki: peringatan untuk kaum sejenisku, sesekali perlu buat pemeriksaan mengejut barang2 keperluan peribadi suami tersayang sebelum nasi menjadi bubur..

info terkini:   Menerima 1 mesej (017-7394263 - Lin)  mohon maaf..

Sabtu, 9 Jun 2012

Sabtu, 9 Jun 2012

sepetang di Lata

Percutian terakhir kami pada penggal persekolahan, kali ini tidak pergi jauhpun, bajet sudah tinggal seciput, huhuhuhu



Lata Jarum, Raub





Pulau Chekas

Jumaat, 8 Jun 2012

Jumaat, 8 Jun 2012

Cameron Highlands lagi

Kami ke Cameron Highlands sekali lagi pada Ahad lepas bagi membawa anak buah, tiada perancangan sebenarnya, ia berlaku secara tiba2, yalah.. untuk masuk ke Gambang Water Part tak kesampaian, maka kami bawa dia ke sini, sekurang2nya dapat mengubati kekecewaan dia.

seperti biasa, wajah anak kesayangan kami penghias entri si ibu




















penutup entripun tetap wajah kesayangan kami

Khamis, 7 Jun 2012

Khamis, 7 Jun 2012

Sepetang di Teluk Cempedak

Sebaik melangkah kaki ke pejabat jumaat lalu setelah menghabiskan cuti gantian selama 2 hari, terdapat sekeping memo untuk keluar daerah petang nanti bagi bertugas pada keesokkan harinya, apatah lagi kami mengambil kesempatan membawa anak2 bersama dan bermalam di sana.

Perancangan awal, jika tugasan tersebut siap awal, bolehlah bawa mereka ke Bukit Gambang Water Park, sebagaimana dijanjikan keesokkan harinya, selesai tugasan luar, terus bawa mereka ke sana, akan tetapi sayang seribu kali sayang, parking penuh dan difahamkan orang terlampau ramai daripada kebiasaannya.

Kami singgah juga untuk bergambar dan memang tak sanggup beratur panjang membeli tiket, itu baru kat kaunter, pastinya di bahagian dalamnya tiada langsung ruang untuk bermain.

paling kesian pada anak buah kami, niat asalnya untuk bawa  dia ke sini tapi tak kesampaian untuk masuk ke sana, bergambarpun jadilah..

Setelah ditimbang2 antara Melaka @ berpatah balik ke Kuantan (TC), akhirnya kami ambil keputusan untuk ke Teluk Cempedak, ok le, dapat jugak hiburkan hati mereka yang dah kecewa.








Teluk Cempedak pun Teluk Cempedaklah, janji anak gembira.

Memandangkan  masa bersama mereka amat terhad, semalam dan kelmarin balik hampir jam 10 malam sebab siapkan kerja2 rasmi sebelum bercuti gantian hari ini dan esok. Sampai je ke rumah, Alya merengek2:  "Ummi, jangan tingalkan adik...", siankan!!

Insya Allah sekejap lagi kami akan bertolak balik kampung untuk menghantar anak buah. Moga tiada kesesakan lalulintas sepanjang perjalanan pergi dan balik kami, amin.. DIBATALKAN.

ubah plan, hari ini pergi berkelah dulu, hihihi

Selasa, 5 Jun 2012

Selasa, 5 Jun 2012

Trip ke Genting Highlands part 3

Kanak-kanak
ader berani?

masih tersenyum..

akhirnya, sayang takut ye!!!

Dewasa



banyak sangat game untuk dewasa, cuma mampu @ tidak untuk beratur panjang mendapatkan giliran







 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang