Sebaik melangkah kaki ke pejabat jumaat lalu setelah menghabiskan cuti gantian selama 2 hari, terdapat sekeping memo untuk keluar daerah petang nanti bagi bertugas pada keesokkan harinya, apatah lagi kami mengambil kesempatan membawa anak2 bersama dan bermalam di sana.
Perancangan awal, jika tugasan tersebut siap awal, bolehlah bawa mereka ke Bukit Gambang Water Park, sebagaimana dijanjikan keesokkan harinya, selesai tugasan luar, terus bawa mereka ke sana, akan tetapi sayang seribu kali sayang, parking penuh dan difahamkan orang terlampau ramai daripada kebiasaannya.
Kami singgah juga untuk bergambar dan memang tak sanggup beratur panjang membeli tiket, itu baru kat kaunter, pastinya di bahagian dalamnya tiada langsung ruang untuk bermain.
paling kesian pada anak buah kami, niat asalnya untuk bawa dia ke sini tapi tak kesampaian untuk masuk ke sana, bergambarpun jadilah..
Setelah ditimbang2 antara Melaka @ berpatah balik ke Kuantan (TC), akhirnya kami ambil keputusan untuk ke Teluk Cempedak, ok le, dapat jugak hiburkan hati mereka yang dah kecewa.
Teluk Cempedak pun Teluk Cempedaklah, janji anak gembira.
Memandangkan masa bersama mereka amat terhad, semalam dan kelmarin balik hampir jam 10 malam sebab siapkan kerja2 rasmi sebelum bercuti gantian hari ini dan esok. Sampai je ke rumah, Alya merengek2: "Ummi, jangan tingalkan adik...", siankan!!
Insya Allah sekejap lagi kami akan bertolak balik kampung untuk menghantar anak buah. Moga tiada kesesakan lalulintas sepanjang perjalanan pergi dan balik kami, amin.. DIBATALKAN.
ubah plan, hari ini pergi berkelah dulu, hihihi