Ahad, 29 Julai 2012

Ahad, 29 Julai 2012

penuhi hasrat si comel

Sudah lama tak ambil pic Alya, selepas berbuka tadi, tika sedang sibuk mengemas dan mencuci pinggan mangkuk di dapur, si Alya pula bising minta ambilkan gambarnya ketika dia mencuba kasut raya, itulah anak2, apabila dapat sesuatu yang baru, mulalah melaram sakan lagi2 anak perempuan.

Kasut raya yang dibeli hasil rembatanku di  Sogo semalam, ini merupakan kasut raya yang kedua, sebenarnya sebelum raya, kami sudahpun membeli sepasang kasut tetapi telah dibuat basahan, justeru itu kena beli lain, minta2 ia bertahan hingga ke hari raya.

Sepanjang hari ini dia cuba pakai berulangkali manakala stokinnya merupakan koleksi Alya yang lama, stok baru telah di simpan walaupun pada awal paginya dia minta pakaikan stokin baru tapi nasib baik dia faham setelah dijelaskan bahawa stokin itu perlu di simpan untuk pagi raya.

Baju2 raya pula awal2 lagi daku simpan di tempat tersorok, itupun selepas sepasang baju baru sempat dipakai dek Alya siang tadi.
zoom sikit..

Cantik tak kasut Alya?

Perjumpaan tanpa dirancang,  ketemu 2 orang anak saudara bersama famili masing2 di Sogo semalam padahalnya kami tidak berhubung. Kiranya ia boleh dijadikan sebagai majlis berbuka puasa kami anak beranak, huhuhu

Nota: Masih tercari2 (penambahan) sepasang baju kurung berwarna coklat buat si Alya dan kakaknya, sudah puas Jalan TAR & Sogo dijelajah semalam tapi masih belum ketemu yang berpadanan dengan saiz dan jenis kainnya. Jika adapun  dapat kain & patern yang tidak sesuai, ada sesiapa yang boleh bantu?

Mungkin minggu depan misi mencari baju raya diteruskan, 10% lagi belum siap.

Jumaat, 27 Julai 2012

Jumaat, 27 Julai 2012

Rezeki Ramadhan ke 7

Alhamdulillah murah rezeki, pagi ini Iza pemilik laman 'taip tekan tulis tentang aku' umumkan pemenang bagi teka jenis gulai yang beliau masak kelmarin untuk menu berbuka puasa, hadiahnya berupa "Pin Tudung". Terima kasih Iza.

Adil tak bila kita meneka hidangan yang sememangnya sentiasa menjadi salah satu hidangan utama kami sebab ia sejenis masakan kegemaran anak2?

Khamis, 26 Julai 2012

Khamis, 26 Julai 2012

menu berbuka

Ringkas tapi digemari famili...

Rabu, 25 Julai 2012

Rabu, 25 Julai 2012

Bonus setengah bulan gaji

Alhamdulillah sebagai penjawat awam, kami bakal menerima bonus setengah bulan gaji minima RM 500 dan bayaran khas kewangan kepada pesara sebanyak RM 500 sebagaimana diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak, ia akan dibuat pada 9 Ogos 2012, aminnn

Selasa, 24 Julai 2012

Selasa, 24 Julai 2012

Idea..

Hari ini masuk hari ke 4 di bulan Ramadhan, biasalah apabila puasa, macam2 lauk pauk & makanan yang diidamkan kalbu, ngalah ibu2 yang sedang berbadan dua.

Tengahari tadi singgah seketika di pasaraya, tempat yang dituju tentunya bahagian basah, ishhhhhhh betul2 menggugat imanku, kebanyakkan bahan mentah masih segar lagi, mungkin stoknya baru sampai kot..

Mula2nya tengok Lala, terus tergoda, di kotak fikiran ini mula merencanakan sesuatu, mungkin Lala nanti boleh masak serai / goreng bercili gamaknya- tukar menu (masak masa bersahur...)

Pastu terlihat "ketam bunga bersaiz sederhana besar & berat timbangannya ( yang sedang kembang mekar)", terus sambar 4 ekor dan terfikir untuk masak Ketam Telur Asin, sementara teringat terus pergi ambil telur asin.

Masih lagi membelek bahan basah, terlihat pula ikan kerisi bersaiz besar, mungkin boleh dijadikan menu    berbuka & bersahur, semasa sessi menimbang terlihat pula daun kesum, terfikir pula menu untuk hari esoknya "laksa asam', terus beli ikan kembung sebagai stok sementara ingat. (selayang xder le pulak..)

Untuk kuahnya nanti, tentunya sup sayur kegemaranku..

Balik ke rumah dengan pantasnya bersihkan bahan2 mentah & simpan dulu ke dalam peti sejuk, balik kerja nanti senang, terus masak tapi masih ada bahan2 yang tak cukup iaitu daun kari.... hurmmmmmmmmm (ader sapa2 yang boleh tolong hulurkan barang setangkai dua..


hasilnya:


Alya 2 tahun 11 bulan


si kecil kebal dek 'saman', hampir2 masuk waktu berbuka, sibuk dia menayang makanan di depan abang & kakak, sabar ajelah...

Hari ini genap usia Alya 2 tahun 11 bulan, besar sudah anak ummi ye, kadang2 keletahnya mencuit hati, penat lelah tak terasa di kala membesarkan dia, lagipun Alya tidak punyai banyak masalah, jika demampun cuma sesekali  & ambil masa yang singkat., Ya Allah.. aku panjatkan syukur padaMu..

Semasa rehat sejam semalam, sempat balik ke rumah untuk menyediakan barangan keperluan berbuka puasa, sesudah itu bertukar pakaian, ketika Alya melihatku bertukar ke pakaian kerja terus dia merayu2:

Alya:  "Ummi jangan tinggalkan adik..."
Daku: " Ummi pergi kerjalah sayang.."
Alya: " Jangan, jangan tinggalkan adik, adik nak ummi.." menangis manja sambil berguling ke lantai, habis makanan yang dipegang  jatuh berterabur.

Buat seketika kena pujuk dia perlahan2, gitulah jika punyai ibu bekerjaya, masa untuk anak2 amat terhad..

lain2 ayat yang terkeluar dari mulut comelnya, ala2 manja gitu..
"alaaaa adik nak makanlah, jangan kacau.."
" alaaaaaa adik dah mandi tadi.."
" nak jugak, ummi...  kakak tak kasi.." tika dia mengadu padaku..
"kakak tak mandi ke, kakak buchukkkk.."

Ahad, 22 Julai 2012

Ahad, 22 Julai 2012

Hari kedua berpuasa..

Alhamdulillah masuk hari kedua berpuasa, rasanya semangat memasak berkobar2, lagipun kebetulannya ia jatuh pada cuti mingguan, esok tak tau le camner samada rajin @ singgah di bazar ramadhan membeli lauk pauk yang sudah siap dimasak.

Kebiasaannya anak2 kurang menggemari makanan yang dibeli, tidak menepati citarasa mereka kecuali ayam madu / ayam golek.

Sementara masih punyai semangat & kerajinan ke dapur, menu utama hari ini ialah Nasi Ayam Penyek untuk anak2 manakala kami berdua 'ikan gelama  pekasam' yang di goreng & ditaburi dek cili padi serta perahan asam limau, mamam jeruk, ulam2an & sup sayur bebola ikan + set ayam penyet serta sambal, cukuplah tu, banyak2 nanti membazir pula.

nasi ayam penyek (xder tauhu/tempe goreng/timun) - maaf, gmbr kurang jelas..

Pencuci mulut, awal2 pagi anak gadisku sudah masak puding mangga, semalam tak sempat menjamah puding strawberi sebab banyak dihabiskan oleh Alya & selebihnya berikan pada abang2nya. Sukahati apabila ummi beri peluang untuknya sama2 ke dapur.

Nota: Semalam anak sulung kami mengalami kemalangan kecil, habis ranap motor (tak tau berapa kos baiki, moga dato' najib berikan durian runtuh kpd kami lak) & nasib baik dia cuma mengalami luka2 kecil, hari ini mula terasa sakit2 badan, nak tak nak petang ni kena balik ke asrama, Insya Allah cuba bekalkan dia juadah untuk berbuka.

Sabtu, 21 Julai 2012

Sabtu, 21 Julai 2012

kosong...

Hari pertama Ramadhan, kami anak beranak sudah idamkan macam2 jenis juadah berbuka, ishhhhhhhh nafsu makan semata2, tak baik tau..

Si Alya pula, sejak semalam kami  sudah war2kan padanya bahawa hari ini kami semua berpuasa, diapun apa lagi, "nak puasa' berulang kali.

Sebaik balik dari pekan sehari tengahari tadi, cepat2 je dia cari makanan, "nak puasa, nak puasa", bila dijelaskan jika berpuasa kita semua tak boleh makan dan minum, cepat je dia balas semula kata2 kami, "alahhh.. adik nak puasalah", rupa2nya dia ingatkan puasa itu sejenis makanan yang boleh dimakan, tersenyum kami anak beranak melihat telatah lucunya itu.

Bila sudah ada bahan2 mentah, tak tau pulak nak masak apa, ader cadangan?, tolonglah, buntu sudah ni..

Bahan2 mentah:
  • ketam, udang, ikan kembung (rebus air asam kot!!), fish ball, tauhu telur, daging ayam (sudah perap untuk di panggang), ikan tongkol (simpan dulu)
  • Sayur sawi, taugeh, kucai, bendi & sayur apa, entah le, tak pernah makan tp hubby nak merasa
  • Kueytiew
Pencuci mulut: Puding Strawberi Nona (latih anak gadis masak sendiri tapi sudah tinggal sikit setelah di makan dek Alya berulangkali.

Hubby lak awal2 lagi minta buatkan sambal bilis mentah kasi pedas, hurmmmm.. apalah kami anak beranak..

Singgah kat pasaraya tadi, tengok ader lala, haihhhhh berkenan pulak tapi cuba kuatkan hati, jangan ikutkan nafsu makan tini oiiiiiiiiii, hihihi

Jumaat, 20 Julai 2012

Jumaat, 20 Julai 2012

Buah kesukaan Alya

Untuk pengetahuan semua,  Alya amat menggemari raja buah aka durian, caya tak? sekali makan Alya boleh habiskan sebiji ke 2 biji buah durian. Kiranya tak rugilah sapa2 kasi @ ummi/abah membelinya.

Esok baru puasakan. jadi malam ni  masih bolehlah Alya tayang gambar ni ek, jangan terliur lak siang hari esok!!

hurmmm sedapnya..

abissss..

nak lagilah..

Memang berbaloi  "Ummi Along" kasi buah ni seguni semalam, sian kat ummi & abah, mereka tak makanpun,  cuma tolong kopek buah & kasi Alya makan sorang2, kakak & abang pula tak suka, bertuahkan Alya..

Selain daripada buah durian, Alya juga gemarkan semua jenis buah-buahan, contohnya:
Dragon fruit aka buah naga

Jika 'auntie' diluar sana yang punyai kebun buah2an itu, kirimkanlah pada Alya banyak2, pasti tak rugi, Alya akan pastikan buah itu dimakan sampai habis, cuma tinggal kulit & biji je..

Oh ya, buat 'kawan2 ummi' yang bertandang ke sini, Alya nak ucapkan selamat berpuasa, jangan tinggal puasa tau, Alya xper, kecik lagi, hihihi

 automatically published

Khamis, 19 Julai 2012

Khamis, 19 Julai 2012

terima kasih rakan blogger

Terharunya hari ini menerima 2 bungkusan hadiah daripada rakan2 blogger, pertamanya kiriman Azatie berupa sehelai kain sarung aka batik halus Langkawi (siap berjahit..) dan keychain Penang, cantik sgt2, sebenarnya atie poskan agak lama dah tapi di atas sedikit kesilapan, ia ambil masa untuk sampai ke destinasi. Terima kasih buat Ummu Muhammad kerana susah payah poskan kembali ke sini..

Kiriman kedua berupa hadiah untuk Alya sempena bakal menyambut hari jadinya yang ketiga iaitu pada 24 Ogos akan datang (sebulan lagi..) pemberian Ayu iaitu 1 set gelang tangan & rantai mutiara, cantik sangat2, boleh dipadankan baju kurung hijau yang sedang ditempah, ia juga disertakan dengan kuih raya, keropok ketam dan sebotol cincalok, akak suka sangat, maaf ye kuih muih itu tak sempat nak bawa balik rumahpun, masuk je ke dalam kereta terus dikerjakan dek Alya, maklumlan sedap, pandai ayu buat kuih...

Buat kalian bertiga, terima kasih diucapkan, moga persahabatan kita terjalin jua meskipun di alam maya cuma..

Nota: kes malas nak muat turun gambar, jadi entri ini dibiarkan kosong..

Rabu, 18 Julai 2012

Rabu, 18 Julai 2012

Malam penutupan SUKMA

Semasa upacara penutupan SUKMA pada 16 Julai kami berada di Kuantan, suasana jalan raya lengang aje, maklum le ribuan orang sudah berkumpul di dalam stadium, justeru itu kami ambik peluang meronda2 di kawasan sekitarnya..



Malam itu lepak2 di TC, Dataran Kuantan, kemudian bawa famili makan2, terus balik ke bilik, cuma mampu  dengar percikan & tengok bunga api dari bilik hotel je.. hurmm tak mampu nak tunggu daa..

"esok ummi ader meeting sayang.."

Ahad, 15 Julai 2012

Ahad, 15 Julai 2012

Hari Kedua di Cameron Highlands..

Habis aje program, ambil kesempatan 'makan angin' walaupun agak stress sebab kepenatan & jammed yang teruk





apa yg pnting, posing dl ngan cactus..

opsssss terlebiy sudaa..



sempat singgah di Taman Permainan



Sebahagian daripada aktiviti paginya

artis undangan

Kajol...



Jumaat, 13 Julai 2012

Jumaat, 13 Julai 2012

Hari Pertama di Cameron Highlands..

Seawal pagi kami bertolak ke Cameron Highlands untuk membuat persiapan program bertempat di Perkampungan Orang Asli Pos Terisu.




apa2pun berposing tetap no. 1




Sementara menunggu ketibaan teman2 dari daerah lain, rehat seketika di Cameron Bharat Tea, Cameron Highlands sambil menikmati kundapan ringan dan teh panas..


Perjalanan yang betul2 mencabar, sian Exoraku...

bersiaran dari The Star Regency, Cameron Highlands..

Selasa, 10 Julai 2012

Selasa, 10 Julai 2012

Pos Terisu, CH - kami datang..

Pada 13 - 14 Julai bakal berkampung di Pos Terisu, Cameron Highlands untuk persiapan tempat dan bertugas pada program anjuran jabatan kami.

hurmmm ada sesapa nak kirim sesuatu? jangan kirim strawbery segar udah le sebab buah ni mudah rosak pada suhu biasa..

Isnin, 9 Julai 2012

Isnin, 9 Julai 2012

Batuk, demam & selsema

Semalam batuk, hari ini pula disusuli demam & selsema, nak ambil cuti tak boleh disebabkan kekangan masa & kekurangan staf yang agak kritikal, moga diri ini cepat sihat seperti biasa kerana 12-14 Julai kena keluar daerah bagi bertugas.

Insya Allah habis program nanti akan ambil cuti gantian yang masih berbaki sejak beberapa bulan yang lepas, mungkin juga ia diperlukan bagi menyambut Ramadhan kot..

Jap lagi nak pergi ambil ubat..

  • Batuk -Tab Cloperastine HCL 10mg (tak mengantuk) 1biji tds (ambil 1 biji bd)
  • Selsema - Tab. Loratidine 10mg 1 biji dly
  • Deman - Tab PCM 500mg..

Ahad, 8 Julai 2012

Ahad, 8 Julai 2012

Family Day - D'Rhu Beach Resort

Agak lama juga laman ini sepi tanpa entri baru, terima kasih buat teman2 yang tanpa jemu singgah di sini, minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk telah mengundang 'stress di tempat kerja'. 

Semalam meluangkan masa menghadirkan diri untuk ber 'family day' anjuran jabatan, akibat kesibukkan, kami tak sempat bertolak awal untuk keluar daerah, justeru itu seawal jam 5 pagi kami bertolak ke sana, apabila sampai sudah banyak acara yang terlepas.

Beberapa keping gambar yang sempat terakam..


salah satu acara yang disediakan untuk dewasa

cepat dik, cepat..

ha3.. Alya sudah jauh ketinggalan, xper, janji dia seronok dpt main sama2..

acara masuk air ke dlm botol, Alyapn xmo ketinggalan juga..

Alyapun dapat..
memasing dapat hadiah

Habis je acara, masa untuk mandi, jom..




kemain lagi seronoknya mereka

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang